Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 ialah anugerah yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia dan dianjurkan oleh Berita Harian. Diadakan bersempena sambutan ulang tahun ABPBH ke-37, tema yang dipilih untuk edisi kali ini ialah #TEGUH. ABPBH 36 diadakan pada 11 Oktober 2024 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan disiarkan secara langsung di TV3 dan melalui penstriman dalam talian di Tonton dan saluran YouTube rasmi TV3 serta BH.

Fakta Segera Penerangan, Penaja ...
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36
PeneranganPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio, pelawak
PenajaConboo
Tarikh11 Oktober 2024
LokasiAuditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
NegaraMalaysia
Pengacara
Kali pertama1987
Kini dipegang olehAina Abdul (Bintang Paling Popular 2024)[1]
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan4 jam
Tapak web
www.abpbh.com.my
Kronologi
 ke-35 Anugerah Bintang Popular BH ke-37 
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Gambaran keseluruhan

ABPBH edisi ke-36 diumumkan pada 22 Ogos 2024 dengan tema yang dipilih ialah "#TEGUH" yang membawa "mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia".[2][3] Menurut Pengarang Berita Kanan Hiburan/Projek BH merangkap Pengarah ABPBH 36, Shamshul Azree Samshir, ABPBH sentiasa berpegang kepada matlamat membawa mesej berguna dalam setiap tema diangkat.[2] Beliau berkata: "Sebagai penganjur ABPBH 36, kami di Berita Harian (BH) akan memastikan legasi acara anugerah ini terus dipelihara dan kekal relevan. Kami sentiasa berusaha melakukan penyesuaian dan penambahbaikan secara menyeluruh sebagai sokongan dalam memartabatkan industri seni tempatan,".[2]

Sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan dalam ABPBH 36 dengan penambahan empat kategori baharu iaitu Aktor Pembantu Filem Popular; Aktres Pembantu Filem Popular; Aktor Pembantu TV Popular dan Aktres Pembantu TV Popular.[4] Undian bagi kategori utama bermula pada 22 Ogos manakala undian bagi kategori sampingan, Ekstra! bermula pada 29 Ogos[2] dan undian ditutup pada 30 September.[5]

Majlis pengumuman Malam Kemuncak anugerah ini diadakan pada 18 September di Courtyard by Marriot Kuala Lumpur South. Jenama kecantikan, CONBOO dipilih sebagai penaja utama ABPBH 36 manakala hadiah lumayan yang ditawarkannya menggunakan bahan premium semula jadi kepada Bintang Paling Popular dan juara kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular.[6][7] Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah diumumkan sebagai pengacara anugerah ini[8][9] dengan barisan penyampai trofi ialah Eizlan Yusof; Adi Putra; Azhar Sulaiman;[10] Rita Rudaini; Hannah Delisha; Puteri Sarah Liyana; Anna Jobling; Adira; Mawar Rashid dan Bella Astillah. Turut menjadi penyampai trofi ialah Atu dan Sharif Zero; Muaz Zabir; Mierul Aiman dan Fitri Farouk.[7]

ABPBH 36 turut membawa semula anugerah khas, iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk menghargai jasa dan sumbangan legenda seni dalam pembangunan industri kreatif tempatan.[7] Dua kategori tiket iaitu Terpaling Fan yang dijual pada harga RM175 yang turut menawarkan peminat merasai detik glamor di karpet merah ABPBH 36 dan pilihan tempat duduk terbaik, serta tiket normal berharga RM65, masing-masing telah habis terjual.[11][12]

Majlis pelepasan konvoi ABPBH 36 pula diadakan bersempena Karnival Jom Heboh di Pulau Pinang pada 27 September 2024. Konvoi itu disertai oleh Trisha Ooi, Fieya Julia dan The Gadys serta beberapa artis lain termasuk Nabila Razali, Ernie Zakri dan Bella Astillah.[13][14]

Majlis anugerah ini berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA, Shah Alam, pada Jumaat, 11 Oktober 2024.[15][16]

Calon

Catatan: Senarai calon Top 20 diumumkan pada 29 Ogos 2024,[17] manakala calon Top 10 diumumkan pada 10 September,[18] diikuti oleh calon Top 5 pada 9 Oktober.[19] Pemenang ditandakan dalam teks tebal.[20][21]

Kategori utama

Maklumat lanjut Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular ...
Artis Baharu Lelaki Popular[a] Artis Baharu Wanita Popular[b] Penyanyi Lelaki Popular Penyanyi Wanita Popular
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Aktor Filem Popular Aktres Filem Popular Aktor Pembantu Filem Popular
Aktres Pembantu Filem Popular Aktor TV Popular Aktres TV Popular Aktor Pembantu TV Popular
Aktres Pembantu TV Popular Penyampai Radio Popular Pengacara TV Popular Artis Komedi Popular
Tutup

Kategori Ekstra

Maklumat lanjut Lagu Paling Boom Popular, Couple Filem Popular ...
Lagu Paling Boom Popular Couple Filem Popular Couple Drama Popular Watak Antagonis Drama Popular Artis Sensasi Popular
Tutup

Anugerah khas

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
S. Atan[79][80]

Lihat juga

Catatan

  1. Kategori ini dahulu dikenali sebagai BBNU Lelaki Popular pada edisi ke-35.
  2. Kategori ini dahulu dikenali sebagai BBNU Wanita Popular pada edisi ke-35.
  3. Bukan warganegara Malaysia.
  4. Beliau menjadi ahli politik pertama yang menang ABPBH bagi kategori ini.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.