Syamel

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Syamel

Syameel Aqmal Mohd Fodzly (lahir 26 November 1993) atau lebih dikenali sebagai Syamel merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik, penggubah lagu dan pelakon Malaysia. Beliau popular dengan lagu "Hidup Dalam Mati", "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri). Syamel juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2015. Beliau muncul sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Syamel
Thumb
Syamel ketika membuat persembahan di ABU TV Song Festival 2017, Chengdu, China.
Kelahiran
Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly

(1993-11-26) 26 November 1993 (umur 31)
PendidikanSMK Seri Permaisuri
PekerjaanPenyanyi, komposer, penggubah lagu, penulis lirik, pelakon
PasanganErnie Zakri (k. 2021)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzik
Syarikat rakamanRocketfuel Entertainment
Warner Music Malaysia
Kegiatan berkaitanErnie Zakri, Hazama, Ramlah Ram
Tutup

Kehidupan peribadi

Syamel dilahirkan pada 26 November 1993, dibesarkan di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak. Beliau juga merupakan pemegang diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari KLMU. Hobi beliau ialah bersukan dan beliau suka bermain futsal, ping pong dan badminton. Penyanyi kegemarannya ialah Bruno Mars dan Marc Anthony. Sebelum bergelar penyanyi profesional, beliau pernah 'busking' di hadapan Pasaraya Sogo, KL.[1] Bakat seninya pula diwarisi daripada datuk saudaranya, yang juga merupakan salah seorang gitaris kumpulan Headwind yang terkenal pada era 90-an.

Pada 16 Ogos 2020, Syamel bertunang dengan rakan penyanyi, Ernie Zakri.[2] Syamel dan Ernie berkahwin pada 26 Mac 2021.[3][4]

Ibunya, Wan Faaizah Karim meninggal dunia pada 22 Ogos 2021 akibat kekurangan oksigen dalam badan.[5]

Kerjaya

Akademi Fantasia 2015

Kerjaya nyanyian Syamel bermula apabila beliau terpilih dan diterima masuk ke dalam Akademi Fantasia 2015. Beliau hampir tersingkir di konsert minggu kelapan namun diselamatkan oleh ketua juri AF2015, Dato' Ramli M. S. pada ketika itu dan berjaya melangkah ke konsert akhir, sekaligus dinobatkan sebagai naib juara dalam program tersebut. Berikut adalah persembahan beliau sewaktu berada di Akademi Fantasia 2015 :

Maklumat lanjut Konsert, Lagu Tugasan ...
Konsert Lagu Tugasan Penyanyi Asal Keputusan
Minggu 1 "Potret" Akim & The Majistret Kekal
Minggu 2 "Thinking Out Loud" Ed Sheeran Kekal
Minggu 3 "Warisan Wanita Terakhir" Teacher's Pet Kekal
Minggu 4 "Biarkanlah" Drama Band Kekal
Minggu 5 "Di Ambang Wati"/ "Ukiran Jiwa" (medley) Wings / Awie Kekal
Minggu 6 "Rahasia Perempuan" Ari Lasso Kekal
Minggu 7 "Sepi Sekuntum Mawar Merah" Ella Kekal
Minggu 8 "Mimpi Yang Tak Sudah" Ibnor Riza Imuniti
Minggu 9 "Cinta Yang Sempurna" Qanda Kekal
"In Love With You"

(duet Aizat)

Aizat Amdan & Noh Salleh
Minggu 10 (Akhir) "Hidup Dalam Mati" Syamel Naib Juara
"Sampai Mati" Hazama
Tutup

Duo Star 2016

[6] Setahun selepas berakhirnya Akademi Fantasia 2015, Syamel menyertai Duo Star 2016, iaitu sebuah pertandingan nyanyian terbaru terbitan Astro, yang melibatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air. Beliau berduet dengan Ernie Zakri sepanjang program tersebut berlangsung dan mereka dinobatkan sebagai juara Duo Star musim pertama. Berikut adalah persembahan mereka ketika bertanding di dalam Duo Star 2016 :

Maklumat lanjut Konsert, Lagu Persembahan ...
Konsert Lagu Persembahan Penyanyi Asal Keputusan
Konsert 1 "I Want to Spend My Lifetime Loving You" Marc Anthony & Tina Arena Kekal
Konsert 2 "Gerhana" Kembara Kekal
Konsert 3 "Muara Hati" Hafiz Suip & Siti Nurhaliza Kekal
Konsert 4 "Chow Kit Road" Sudirman Kekal
Konsert Suku Akhir "Bujang Senang" Wings Kekal
"Laksamana Raja Di Laut" M. Daud Kilau
Konsert Separuh Akhir "Ingatkan Dia" Wings Kekal
"Obses (versi raggae)" Akim & The Majistret
Konsert Akhir "Balqis" Dato' Siti Nurhaliza Juara
"Kau Lupa Janji" Jamal Abdillah
Tutup

AF Megastar 2017

[7] Pada September 2017, Syamel menyertai satu lagi program realiti tv terbaru Astro, Akademi Fantasia Megastar 2017 iaitu sebuah program yang menghimpunkan 8 bekas juara dan 16 alumni AF dalam satu pentas. Syamel berjaya menempatkan dirinya di antara 12 orang peserta AF Megastar 2017. Beliau berjaya melangkah ke pentas akhir. Meskipun tidak menjuarai program tersebut, namun Syamel tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau memenangi anugerah The Ultimate Performer pada malam konsert akhir tersebut. Berikut adalah persembahan Syamel sewaktu bertanding di dalam AF Megastar 2017 :

Maklumat lanjut Konsert, Lagu Persembahan ...
Konsert Lagu Persembahan Penyanyi Asal #
Konsert Homecoming 2 "Diari Hatimu" Siti Nurhaliza Top 12
Konsert 3 "Aku Tak Akan Bersuara" Nike Ardilla 1
Konsert 4 "Still Loving You" Scorpions 2
Konsert 5 "Hanya NamaMu" Caliph Buskers 3
Konsert 6 (Suku Akhir) "Umpan Jinak Di Air Tenang" /

"Gelisah"

Ahmad Jais 6
Konsert 7 (Separuh Akhir) "Di Pintu Mahligai"

(duet Black)

Iklim 3
"Sedalam Dalam Rindu" Tajul
Konsert Akhir "Biar Cinta" Syamel Finalis
"Seniman Menangis" Jamal Abdillah
Tutup

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Single ...
Tahun Single Album Catatan
2015 Hidup Dalam Mati Hits AF2015
2016 Lebih Sempurna Single
2017 Biar Cinta
2018 Kau Pun Sama
2019 Maafkanlah
Curang
2021 Halusinasi
2022 Bila Kau Tiada
Bahagia Milik Kita
2023 Belakang Tabir OST Drama Luruhnya Bunga Cinta
2024 Hamba Cinta
Tutup

Lagu duet

Maklumat lanjut Tahun, Single ...
Tahun Single Duet bersama Album
2017 Aku Cinta Ernie Zakri Single
2019 Takkan Terlerai OST JEBAT
Seru Hari Lebaran[8][9]
2021 Goodbye Hello
Tutup

Lagu tema

Maklumat lanjut Tahun, Single ...
Tahun Single Lagu Tema
2017 Anugerah MeleTOP ERA 2017 Anugerah MeleTOP ERA 2017
2018 Teruskan Mencuba (Duet bersama Masya, Wafiy & Erissa) OST SUATUKALA
Tutup

Lain-lain

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...
Tahun Lagu Album
2018 Cahaya Aidilfitri (bersama Hazama) Gema Lebaran Legenda[10]
2018 Seloka Hari Raya (bersama Ramlah Ram)
2018 Lambaian Aidilfitri (bersama Hazama)
Tutup

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Kalau Dah Berbini Waiz Astro Warna Drama pertama
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2022 Megastar Academy Astro Ceria
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3
2022 Raya Bersama Syamel & Erni Astro Ria
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Sebagai peserta Nyoq Muda Astro Ria
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2015 SuERA Finalis – Juara Menang [11]
Akademi Fantasia Musim 12 Finalis – Naib Juara Menang [12]
2016 Anugerah MeleTOP Era ke–3 Penyanyi MeleTOP Tercalon [13]
Lagu MeleTOP Hidup Dalam Mati Tercalon
Artis Baharu MeleTOP Tercalon
Anugerah Pilihan Online Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online Tercalon [14]
Anugerah Planet Muzik ke-15 Artis Baru Terbaik (Lelaki) Tercalon [15]
Lagu Terbaik (Malaysia) Hidup Dalam Mati Tercalon
Lagu Paling Popular APM Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke–22 Artis Baru Terbaik Menang [16][17]
2017 Anugerah Digital Muzik ERA Pertama Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 2016 Hidup Dalam Mati Menang [18]
Duo Star Finalis – Juara (bersama Ernie Zakri) Menang [19][20]
Anugerah MeleTOP Era ke–4 Lagu MeleTOP Hidup Dalam Mati Tercalon [21]
Anugerah Red Box K-20 Top 10 Lagu Karaoke Melayu Popular Menang [22]
Anugerah Stail EH! ke–6 Selebriti Harapan Pilihan Tercalon [23]
Akademi Fantasia Megastar Star of The Week – Konsert Pertama Menang [24]
Megastar Pilihan Raku – Konsert Kedua Menang [25]
Finalis – Ultimate Performer Menang [26]
2018 Anugerah Juara Lagu ke–32 Finalis Lebih Sempurna Tercalon [27][28]
Finalis (bersama Ernie Zakri) Aku Cinta Tercalon
Vokal Terbaik (bersama Ernie Zakri) Menang [29][30]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular (bersama Ernie Zakri) Menang [31][32][33]
2019
Anugerah Digital Muzik ERA ke-3
Penyanyi Kolaborasi Terbaik (bersama Ernie Zakri) Tercalon [34][35][36]
Penyanyi Pilihan DEEJA Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-33 Finalis Kau Pun Sama Tercalon [37][38][39]
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Ernie Zakri) Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
Tutup

Kontroversi

Isu lagu ciplak

Setahun selepas bergelar anak seni, nama Syamel mula terpalit kontroversi apabila single pertamanya, "Hidup Dalam Mati" didakwa sebagai 'lagu ciplak'. Pada November 2016, Ayai Illusi tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa Syamel telah menciplak hasil karyanya kerana lagu "Hidup Dalam Mati" mempunyai melodi yang sama dengan lagu "Ku Kejar Bayangmu", iaitu lagu yang diciptakan khas untuk Idris, iaitu salah seorang finalis akhir program "Kilauan Emas musim ketiga". Disebabkan tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan tidak ingin isu lagu tersebut berlarutan, pihak pengurusan Syamel membuat keputusan menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 dan lagu tersebut juga digugurkan daripada pencalonan Anugerah Industri Muzik 22. Akhirnya kes itu diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.[40]

Gosip bercinta

Selepas berakhirnya Duo Star dan menjuarai program tersebut bersama Ernie Zakri, mereka sering digandingkan dan kerap muncul di majalah serta di kaca tv bersama-sama sehingga peminat mereka membuat spekulasi kononnya mereka sedang bercinta namun Syamel menafikan gosip tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah atas dasar urusan kerja.[41]

Namun pada Ogos 2020, mereka berdua telah mengikat tali pertunangan, sekaligus telah menjawab segala persoalan dan spekulasi tentang hubungan mereka berdua selama ini.

ABU TV Song Festival 2017

Biarpun tidak bergelar juara dalam program Akademi Fantasia Megastar 2017, tetapi Syamel telah mendapat peluang mewakili Malaysia dalam acara ABU TV Song Festival 2017. Ini merupakan acara antarabangsa pertama syamel sejak bergelar penyanyi profesional.[42]

Acara itu telah berlangsung di Chengdu, China pada 1 November 2017 yang turut menyaksikan penampilan penyanyi hebat daripada kira-kira 13 negara lain, yang menjadi anggota Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU). Beliau telah menyampaikan lagu popular "Lebih Sempurna" pada acara tersebut.

Anugerah Juara Lagu

Syamel telah menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 disebabkan isu lagu ciplak pada November 2016. Meskipun kecewa dengan penarikan dirinya di Muzik Muzik pada ketika itu, namun kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

Pada tahun 2017, dua buah lagu nyanyian dan ciptaan beliau, iaitu "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri) berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 yang telah berlangsung pada 11 Februari 2018. Mereka telah berjaya membawa pulang anugerah Vokal Terbaik untuk lagu Aku Cinta sekaligus menewaskan penyandang bertahan Dayang Nurfaizah.[43]

Pada tahun 2018, lagu nyanyian dan ciptaan beliau bersama Kidd Santhe, iaitu "Kau Pun Sama" berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 yang telah berlangsung pada 03 Februari 2019.

Video persembahan lagu "Aku Cinta" nyanyian Syamel dan Ernie Zakri pada Anugerah Juara Lagu ke-32 telah mencatat sejarah tersendiri apabila ditonton lebih 1.5 juta di laman YouTube sejak dimuat naik hanya dalam tempoh 2 hari. Rata-rata peminat memuji persembahan yang dikatakan antara persembahan terbaik dalam sejarah AJL. [44]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.