merupakan sebuah rancangan program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian di Malaysia yang telah pun disiarkan sebanyak 6 musim di saluran TV Astro From Wikipedia, the free encyclopedia
Kilauan Emas adalah merupakan sebuah rancangan program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian di Malaysia yang telah pun disiarkan sebanyak 6 musim di saluran TV Astro. Tidak seperti program realiti TV nyanyian yang lain, program ini mencari dan mengetengahkan bakat nyanyian bagi warga emas yang berusia 40 tahun dan keatas, dimana tagline bagi program ialah "Otai Masih Berbisa" menepati format dan tujuan rancangan ini diadakan.
Kilauan Emas | |
---|---|
Format |
|
Pengacara | Raja Azura (2011-2015) Elly Mazlein & Joey Daud (2024-kini) |
Juri |
|
Lagu pembukaan | "Kilauan Emas" nyanyian Dato' Jefrydin & Ana Raffali |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Penerbitan | |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 2 jam (per episod) |
Syarikat penerbitan | Astro Entertainment Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima Astro Mustika HD (musim 2 konsert kemuncak) Astro Maya HD (musim 3 konsert kemuncak, 4 - 5) Astro Ria (musim 6 episod 1) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 24 April 2011 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Kilauan Emas Otai |
Setelah 7 tahun tidak bersiaran, rancangan ini akan bersiaran kembali ke udara pada 14 September 2024, setiap Sabtu , jam 9 malam di Astro Prima dengan slogan baharu, "Otai Kembali Berbisa". [1]
Kilauan Emas adalah merupakan sebuah program realiti televisyen terbitan Astro dimana rancangan ini bertujuan mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian bagi peserta yang berusia 40 tahun dan keatas. Peserta akan dipilih melalui proses ujibakat di setiap zon, dan setelah itu mereka akan ditapis untuk memilih peserta yang benar-benar layak dan menepati kriteria yang di inginkan oleh barisan juri.
Kesemua peserta yang berjaya terpilih akan membuat persembahan setiap minggu dihadapan barisan juri tetap dan juri jemputan. Persembahan mereka akan dinilai dan akan dikomen oleh para juri.
Setiap minggu juri akan memberikan 70% markah kepada setiap peserta, manakala 30% adalah hasil undian daripada para penonton dirumah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat undian dan markah yang terendah akan disingkirkan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.