Remove ads
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Ernie Shahirah Zakri (lahir 23 Jun 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009.[1][2] Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32.[2][3] Selain itu, beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Ernie Zakri | |
---|---|
Kelahiran | Nur Ernie Shahirah binti Zakri 23 Jun 1992 |
Pendidikan | Ijazah Muzik |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan |
|
Pasangan | Syamel (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Rafiaah Mohamed |
Bapa | Zakri Ahmad |
Saudara | Ziana Zain (ibu saudara) Anuar Zain (bapa saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Balada, Pop & R&B |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2009–kini |
Syarikat rakaman | Universal Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Tomok, Syamel |
Ernie Zakri dilahirkan di Kuala Lumpur.[4] Beliau mendapat pendidikan di SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur, kemudian memperoleh ijazah Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.[4][5] Beliau juga memegang Ijazah Muzik di Universiti Malaya (UM).[6] Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada dua penyanyi tersohor negara, Ziana Zain dan Anuar Zain.[nota 1][7] Bapa Ernie, Zakri Ahmad merupakan pemain dram kumpulan Kilat.[4]
Setelah menjuarai pertandingan Bintang RTM 2009[1], kerjaya Ernie sebagai penyanyi tanah air seolah senyap buat seketika walaupun setelah beliau menerbitkan album berjudul "Sinaran" pada tahun 2011[8]. Nama Ernie menjadi popular menerusi program Duo Star dengan gandingan Syamel[9].
Selain fokus dalam mengusahakan kerjayanya sebagai penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Sehingga kini, kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik termasuklah juga daripada rakan artis yang pernah mengikuti kelas vokalnya. Antara rakan artis yang juga merupakan pelajar beliau termasuklah Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.[10] Pada tahun 2015, Ernie muncul dengan single "Takkan Pudar" hasil ciptaan Akir dari kumpulan Hyper Act, ia menjadi lagu tema drama "Hati Perempuan" di TV3.[11]
Ernie juga telah diberi kepercayaan dalam menjadi pelatih dan guru vokal untuk peserta program Big Stage 2018 anjuran Astro[12]. Ernie pernah berlakon dalam satu telefilem istimewa Aidilfitri di samping Tomok[13].
Berikutan kejayaan kerjasama mereka, duo ini mengeluarkan single duet kedua mereka, "Takkan Terlerai" pada April 2019.[14] Beliau juga terpilih untuk meminjamkan suara Bawang Merah dan Bawang Putih dalam filem animasi, "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".[15] Ernie memulakan kerjaya lakonan menerusi drama "Suri Katriana" yang disiarkan di Astro Prima.[16] Pada November 2019, singlenya "Ku Bersuara" terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[17][18][19]
Pada Julai 2020, Ernie melancarkan single terbaharunya, "Boneka".[20] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya. Ini menjadi muzik video pertamanya di mana beliau mula memakai hijab.[21][22][23]
Pada Disember, Ernie dan Syamel menubuhkan kafe Setable yang beroperasi di Danau Kota.[24][25] Pada Mac 2021, Ernie berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 dengan membawa lagu Gundah yang ditulis dan dihasilkan oleh Ernie sendiri bersama Sharon Paul dan Ernie memenangi Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35
Pada tahun 2020, beliau mula bertudung selepas mengumumkan penampilan terbaharunya di Instagram.[26] Pada 16 Ogos 2020, beliau bertunang dengan rakan penyanyi, Syamel[27] dan berkahwin pada 26 Mac 2021.[28]
Ernie Zakri memiliki jenis suara Lyrical Soprano iaitu suara yang berada di kawasan julat vokal yang tinggi hingga ke not (E6) . Beliau sering meraih pujian kerana penggunaan teknik vokal yang sihat dan seimbang. Beliau juga mampu menyanyikan not-not tinggi didampingi getaran vibrato yang stabil seperti yang didemonstrasikan dalam lagu "My All". Tidak kurang daripada itu beliau mahir memanipulasikan variasi dinamik dalam nyanyian. Oleh itu, beliau mendapat jolokan "Ariana Grande Malaysia" di kalangan netizen. Beliau juga mahir dalam nyanyian klasikal opera seperti dalam lagu Malaysia Prihatin, Ernie Zakri merupakan penyanyi asal lagu ini yang mana ia menjadi lagu tema Hari Kebangsaan yang Ke-63. Beliau juga sering menyanyikan lagu-lagu klasikal opera yang terkenal seperti Phantom Of The Opera. Beliau juga digelar sebagai "Queen of Headvoice Malaysia".
C#6 (Headvoice) - Ku Bersuara | #AJL34
F5 (Heady Mix) - Gundah | #AJL35
C6 (Headvoice) - Aku Cinta | #AJL32
A5 (Heady Mix) - Ikut Rentakku
E6 (Headvoice) - Jangan Marah
Ernie Zakri (sustain) not Bb6 dalam wisel (register).
Beliau juga mempunyai not kegemaran tersendiri yang mana ia sering dinyanyikan tanpa mengira teknik belting mahupun sekadar permainan headvoice. Not G5 , tetap menjadi pilihan untuk ditonjolkan dalam setiap lagu yang beliau nyanyikan.
Sepanjang kerjayanya, beliau telah berkolaborasi dengan ramai artis Malaysia, namun lebih dikenali menerusi gandingannya bersama Syamel.[perlu rujukan]
Gandingan terbaharu beliau adalah bersama Hafiz Suip.[perlu rujukan] dengan lagu duet Berakhirlah Pencarianku.
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Sinaran |
|
Aura |
|
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2011 | "Mahu Ingin Bercinta" | Sinaran |
"Rindu Bukan Teman" | ||
2012 | "Khalimah Janji" | Single |
2015 | "Takkan Pudar" | |
"Ini Yang Ku Mahu" | ||
2016 | "Jangan Marah" | |
2018 | "Misteri" | |
"Ku Bersuara" | ||
2019 | "Buai Laju-laju" | |
"Sinar Mata Hati" | OST Drama "Suri Katriana" | |
2020 | "Gundah" | Single |
"Boneka" | ||
2022 | "Korban" | |
"Astana" | ||
2023 | "Suasana Hari Raya" | |
"Jemput Raya" | ||
"Sirna" | OST Sumpahan Jerunei | |
"The Best" | Single | |
"Masing-Masing" |
Tahun | Lagu | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | "Aku Cinta"
(duet bersama Syamel) |
Single 2017 | Pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-32 |
2019 | "Takkan Terlerai"
(duet bersama Syamel) |
Single 2019 | OST Filem Jebat |
"Seru Hari Lebaran"
(duet bersama Syamel) |
Single 2019 | ||
2021 | "Goodbye Hello"
(duet bersama Syamel) |
Single 2021 | Lagu Yang Dicipta Sempena Perkahwinan Mereka |
"Berakhirlah Pencarianku"
(duet bersama Hafiz Suip) |
Single 2021 | Lagu Duet Pertama Mereka | |
2022 | "Hal Hebat"
(duet bersama Govinda) |
Single 2022 | |
2023 | "Ayuh" | Single 2023 | Lagu Berkumpulan Pertama Ernie, OST Polis EVO 3 |
"Sampai Tua"
(duet bersama Syamel) |
Single 2023 |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | Bawang Merah & Bawang Putih | Suara & Filem Pertama |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Suri Katriana | Suri | Astro Prima | Drama lakonan pertama beliau |
2021 | Kalau Dah Berbini | Siti | Astro Warna | Lakonan Bersama Suami Beliau |
2024 | Luka Cinta | Dirinya sendiri | SCTV | Drama Indonesia, penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | J.K.K (Musim ke-5) | Mira | TV3 | Penampilan khas
|
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Bintang RTM | Dirinya sendiri | TV2 | Juara |
2016 | Duo Star | Peserta bersama Syamel | Astro Ria | |
2018 | Big Stage (musim 1) | Dirinya sendiri | Astro Ria | Jurulatih Vokal |
2019 | Mentor Milenia 2019 | Dirinya sendiri | TV3 | Pemenang Naib Juara |
2020 | Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | Peserta | TV3 | |
2021 | Shuk Nak Tanya 2 | Artis Jemputan | Awesome TV | |
Havoc Nak Raya | Artis Jemputan | TV3 | ||
2022 | Sepahtu Reunion Live | Astro Warna | Episod: "Tolong Jagakan Dia" | |
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Finalis | TV3 | |
Konsert Minggu Ini | Dirinya sendiri | TV2 | Episod: "Syamel dan Ernie" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Juara Lagu ke-32 | Vokal Terbaik | "Aku Cinta" (bersama Syamel) | Menang | [2] |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | Dirinya sendiri (bersama Syamel) | Menang | [29] | |
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-34 | Terbuka | "Ku Bersuara" | Finalis | [17][18] |
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Penyanyi MeleTOP - TOP 5 | Dirinya sendiri (untuk "Ku Bersuara") | Tercalon | [30] | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | Vokal Terbaik | Gundah | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Terbuka | Boneka (digantikan oleh Syamel) | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP Era 2021 | Penyanyi Popular Era [Top 5] | Dirinya sendiri (untuk "Gundah" & "Boneka") | Tercalon | ||
Video Meletop [Top 5] | MV Boneka | Tercalon | |||
Anugerah Industri Muzik ke-23 | Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) | Sinar Mata Hati | Menang | ||
Lagu Pop Terbaik | Goodbye Hello (bersama Syamel) | Menang | |||
Lagu Terbaik | Goodbye Hello (bersama Syamel) | Menang | |||
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/Berkumpulan) | Goodbye Hello & Berakhirlah Pencarianku | Tercalon | |||
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Terbuka | "Korban" | Finalis | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Lagu Paling Boom Popular | Masing-masing (bersama Ade Govinda) | Menang | |
Anugerah SCTV | Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
(OST -Luka Cinta) |
Menang | |||
ContentAsia Award | Best Original Song for An Asian TV Series/Programme or Movie | Ayuh OST "Polis Evo 3" (Ernie Zakri, Aman RA , Kmy_Kmo , Malique) | Menang | ||
Festival Filem Malaysia ke-33 | Lagu Tema Terbaik | Tercalon | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.