Amira Othman

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Amira Othman

Nadia Amira Othman (lahir 26 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Amira Othman
اميرا عثمان
Thumb
Amira ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 29 Mac 2016.
Kelahiran
Nadia Amira binti Othman

(1993-10-26) 26 Oktober 1993 (umur 31)
PendidikanDiploma Jurusan Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyanyi, Pengacara, Pelakon
Tahun aktif2013–kini
Saudara
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanRaqib, The Lomas, Sufian Suhaimi
Tutup

Pada tahun 2015, single keduaya, "Hati-Hati" hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi.[4][5] Selain itu, Amira pernah menjadi pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Kerjaya

Amira Othman terpilih sebagai salah seorang peserta dan pelajar di Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), antara lain turut disertai oleh Nabila Razali, Indah Ruhaila, Hael Husaini dan Faizul Sany.[6] Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.[7] Berikut ialah senarai persembahan beliau di AF2013:

  1. Minggu 1: "Ratuku" nyanyian asal Awie
  2. Minggu 2: "Pastikan" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  3. Minggu 3: "Getaran Jiwa" nyanyian asal P. Ramlee
  4. Minggu 4: "Ya Maulai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  5. Minggu 5: "Skyfall" nyanyian asal Adele
  6. Minggu 6: "Terima Kasih" nyanyian asal iamNEETA
  7. Minggu 7: "Mendung Tak Beerti Hujan" (duet bersama Hazama Azmi) nyanyian asal Deddy Dores dan Ella
  8. Minggu 8: "Awan Yang Terpilu" nyanyian asal Ning Baizura
  9. Minggu 9: "Tak Mungkin Kerna Sayang" nyanyian asal Alyah dan "Opera Hidup" nyanyian asal Wings
  10. Minggu 10: "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor dan "Sesaat Untukku" (lagu baru)

Selepas tamat AF2013, Amira merakamkan lagu bertajuk "Hati-Hati" hasil karya Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan, yang dikeluarkan pada 2015. Pada tahun yang sama, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan Aisyah Aziz, Indah Ruhaila dan Nabila Razali. Kumpulan ini telah melancarkan 2 single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[8][9]

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama pelakon Singapura, Hisyam Hamid dalam drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You, dengan memegang watak sebagai Lily.[10] Single Amira yang ketiga, "Jaga-jaga" telah digunakan sebagai OST bagi drama lakonannya itu. Beliau kemudian berlakon dalam drama Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa dengan memegang watak sebagai Suhaila.

Pada Februari 2018, Amira melancarkan single kelimanya, "Mimpi Indah".[11][12] Muzik videonya telah meraih 60,000 tontonan di YouTube sejak pelancaran rasminya[13] dan jumlah tontonan telah meningkat kepada 800,000 tontonan setakat pada Mei 2018.[14]

Beliau bersama Sufian Suhaimi menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Motif yang bertajuk "Takkan Merubah" hasil nukilan Farouk Roman dan Amylea Azizan. Muzik videonya diarahkan oleh Nadiah Hamzah.[15]

Amira akan muncul bersama Wany Hasrita dalam rancangan bertajuk ICU terbitan platform penstriman patuh syariah, Nurflix.[16] Beliau kemudian melancarkan single terbaharu, "Surat Akhir", ia menjadi lagu tema drama Marry Me Senorita.[17][18] Beliau turut menyumbangkan OST drama Malaysian Ghost Stories yang bertajuk "Tragedi".

Beliau memulakan tahun 2024 dengan melancarkan single terbaharunya berjudul "Sampan Mimpi", yang dihasilkan oleh Amir Jahari. Kemudian, pada Oktober 2024, beliau turut menyumbangkan suara untuk OST Pinjaman Syurga yang berjudul "Melewati Mimpi".

"Bila Nak Kahwin?" adalah buah tangan terbaharu daripada Amira Othman untuk tahun 2025 dan istimewanya karya beliau pada kali ini kerana beliau turut sama menyumbangkan idea untuk penghasilan lirik lagu tersebut di samping komposer berbakat, Omar K dan Iqie Hugh.[19]

Kehidupan peribadi

Amira dilahirkan dan dibesarkan di Skudai, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 6 orang.[20]

Selepas tamat AF2013, Amira mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam diploma jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan ijazah vokal klasik. Beliau juga merupakan kakak kepada dua penyanyi muda iaitu Irfan Haris[21] dan Haikal Iskandar.[22][23][24][25]

Beliau juga bersahabat baik dengan Nabila Razali ketika sama-sama menyertai AF2013.[26] Sahabat beliau juga adalah Wany Hasrita

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
[27]
Hot FM
[28]
Muzik Muzik
[29]
JOOX
[30]
2013 "Sesaat Untukku"
2015 "Hati-Hati"
2016 "Biar Masa" (feat. Raqib)
"Jaga-Jaga" OST Drama Abang Bomba I Love You
2018 "Mimpi Indah"
2019 "Sambil" (menampilkan Irfan Haris) OST Jodoh-Jodoh Annisa
"Takkan Merubah" (bersama Sufian Suhaimi) OST Motif
2020 "Surat Akhir" OST Marry Me Senorita
2021 "Tragedi" OST Malaysian Ghost Stories
2022 "Alah Bisa" (feat. Faizal Tahir)
2024 "Sampan Mimpi"
2025 "Bila Nak Kahwin?"
Tutup

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Tiada Tajuk Cahaya Filem pertama
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Abang Bomba I Love You Lily Astro Ria Drama pertama
2017 Red Velvet Suhaila
2018 Misteri Jenazah Zainab Astro Prima Episod 8: Dendam Seorang Roh
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Ros Astro Ria
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Sepahtu Kisah Tauladan Mira Astro Ria Telefilem pertama
2017 Abang Bomba I Love You Raya Lily
2018 30 Hari Membunuh Cinta Dada Astro Citra
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Sepahtu Reunion 2015 Cikgu Kaunseling Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Budak Nakal"
2016 Nasi Lemak Kopi O Pengacara TV9
2017
  • 24 Februari 2017
    • mengacara bersama Talib Husin
2018 Miss Stylo TV2
2019 Sepahtu Reunion Al-Puasa Mariam Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Duit Raya Nak Raya"
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta sebagai Cili Padi Merah bersama Irfan Haris (Cili Padi Hijau)
2024–kini Sembang Sahur Pengacara TV3
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Amira Othman Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.