Aisyah Aziz
Penyanyi wanita Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Aishah Aziz (lahir 21 Mei 1994) atau lebih dikenali sebagai Aisyah Aziz (Jawi: عايشه عزيز) merupakan seorang penyanyi wanita Singapura.[1]
Aisyah Aziz | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | Nur Aishah binti Aziz |
Juga dikenali sebagai | Aisyah |
Kelahiran | Singapura | 21 Mei 1994
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi |
Alat muzik | Suara |
Tahun aktif | 2013–kini |
Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
Kegiatan berkaitan |
|
Anggota keluarga/pasangan | |
Suami/isteri | Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail (k. 2025) |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Beliau mula menceburi bidang seni suara setelah menduduki tempat keenam dalam program realiti televisyen Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013. Beliau berjaya menempa nama di dalam industri muzik tanah air menerusi lagu debut nyanyiannya yang berjudul "Mimpi".
Kehidupan awal
Aisyah dilahirkan di Singapura pada 21 Mei 1994. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang merupakan abang sulung beliau.[2][3][4]
Kerjaya
Aisyah mula menyanyi pada usia 5 tahun lagi dan menyertai pelbagai pertandingan sehingga beliau berusia 11 tahun. Pada usia 19 tahun, beliau menyertai program realiti nyanyian popular iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013. Walaupun hanya berjaya memegang tempat keenam. Lagu pertama beliau Mimpi yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir dan Omar K. berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai di Malaysia mahupun di tanah kelahiran beliau iaitu Singapura serta beliau banyak menyanyikan lagu bergenrekan pop. [5]
Pada tahun 2014, beliau berjaya mendapat empat pencalonan dan memenangi kategori Kolaborasi Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2014. [6] Pada 2015, Aisyah sekali lagi mendapat empat pencalonan menerusi Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015. [7]
Pada 2016, Aisyah telah mengambil cuti selama sebulan untuk menyertai program realiti di Singapura bertajuk My Squad Is Better Than Yours yang bakal ditayangkan di siaran televisyen Singapura Mediacorp Channel 5. [8]
Disamping itu, Aisyah telah berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian dengan mengeluarkan single terbaru bertajuk "Indah Pada Waktunya". Berdasarkan maklum positif daripada peminat, tajuk lagu ini telah dijadikan drama bersiri pendek lapan episod yang disiarkan menerusi YouTube NET. Talent Management. Drama ini mengisahkan seorang penyanyi Indonesia yang baru meningkat naik yang dilakonkan oleh Rizky Febian bertemu dengan seorang wanita yang berasal dari Singapura yang dilakonkan oleh Aisyah Aziz yang baru ingin memulakan karier nyanyian beliau di Indonesia. [9]
Pada 25 Januari 2019, Aisyah telah kembali dengan video musik untuk lagu terbaru beliau yang bertajuk "Bila Entah" yang dihasilkan oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. [10] Lagu ini berkisarkan mengenai seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya dan berharap ia akan pulang kembali ke pangkuannya. [11]
Diskografi
Single
Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2014 | "Mimpi" | AF2013 | |
2015 | "Pilihan Sejati" | Tiada album single | |
2016 | "Cahaya Aidilfitri" | #Rayakustik | |
"Pulanglah" (ft. Ayda Jebat) | |||
"Tanda Tanya" | Tiada album single | ||
2017 | "Senyum Saja" (ft. Haikal Ali) | ||
2018 | "Indah Pada Waktunya" (ft. Rizky Febian) | ||
2019 | "Bila Entah" | ||
"Bukalah Matamu" (ft. Bunga) | OST Ejen Ali The Movie | ||
2020 | "Sugar" | ||
"Someone Else" (& Lil J) | |||
2023 | "Pujaanku" (ft. Masdo |
Videografi
Video muzik
Tahun | Tajuk | Artis lain | Pengarah | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2014 | "Mimpi" | Tiada | ? | [12] |
2015 | "Pilihan Sejati" | ? | [13] | |
2016 | "Cahaya Aidilfitri" | theMalaya Productions | [14] | |
"Pulanglah" | Ayda Jebat | [15] | ||
"Tanda Tanya" official lyric video | Tiada | [16] | ||
2018 | "Indah Pada Waktunya" | Rizky Febian | Awi Suryadi | [17] |
2019 | "Bila Entah" | Tiada | Nadirah Zakariya | [18] |
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Indah Pada Waktunya The Series | Aisyah | NET. Talent Management (youtube) | drama bersiri pendek di Youtube. |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Diari Akademi Fantasia 2013, | Peserta | Astro Ria | Ep. 1 - 50 |
Diari Fantasia, | Astro Ria | Ep. Istimewa Aman | ||
2016 | My Squad Is Better Than Yours | Mediacorp Channel 5 | program realiti Singapura. | |
2019 | hlive! | Artis Jemputan | Astro Ria & Astro Ria HD | |
Muzik - Muzik 34 | TV3 | 25 Februari | ||
Pop! Express | ntv7 | 8 Mac | ||
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2013 | Akademi Fantasia Musim 10 | — | Tempat keenam |
2014 | Anugerah Planet Muzik (APM) | Artis Baru Terbaik (Wanita) | Tercalon |
Kolaborasi Terbaik (Lagu) | Menang | ||
Artis Paling Popular (Singapura) | Tercalon | ||
Lagu Terbaik APM | Tercalon | ||
2015 | Artis Terbaik Wanita | Tercalon | |
Artis Paling Popular (Singapura) | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular (Singapura) | Tercalon | ||
Kolaborasi Terbaik (Lagu) | Tercalon | ||
2017 | Anugerah Planet Muzik (APM) [19] | Lagu Terbaik APM | Menang |
Lagu Terbaik (Singapore) | Menang |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.