Aliff Aziz
Penyanyi dan pelakon lelaki Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia dan Ceria Popstar. Pada Julai 2007, beliau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah yang menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pada usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mengeluarkan album pertama dengan single "Cinta Arjuna" (nyanyian asal Tong Hua) yang telah terjual lebih 300,000 salinan di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu "Sayang Sayang" juga telah menjadi hit terbaik sehingga kini.[1]
Aliff Aziz | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohammad Aliff bin Aziz 16 Februari 1991 |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2007–kini |
Pasangan | Bella Astillah (k. 2016; c. 2024) |
Anak-anak | 2 |
Saudara | Aisyah Aziz (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Alat muzik | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia |
Kegiatan berkaitan |
|
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1991, Aliff merupakan anak sulung daripada tiga beradik malah juga lahir dari keluarga Melayu yang berdarah kacukan Arab. Ketika Aliff berusia 3 tahun, beliau serta keluarganya telah menyambut kelahiran dua adik perempuan yang juga kembar seiras, iaitu Nur Aisyah dan Nur Ain. Selain itu, Aliff dan dua adik kembar seirasnya pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth sebelum berpindah ke tahap seterusnya di lokasi beliau dan Aisyah menghala ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain juga bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.
Kerjaya
Pada masa itu, Aliff juga menceburi minat dalam bidang nyanyian ketika berusia 12 tahun, malah Aisyah juga turut serta mengikut jejak langkah abangnya dalam bidang seni, manakala Ain memilih untuk menceburi bidang teknologi maklumat. Beliau juga pernah mencuba nasibnya dalam melibatkan diri dalam program realiti TV nyanyian, Anugerah pada 2007, yang menjadikan beliau selaku peserta dalam program tersebut.
Selepas melangkah satu demi satu pusingan dalam pertandingan nyanyian tersebut, prestasi beliau waktu itu juga kurang memberangsangkan dan beliau juga tersingkir pada peringkat separuh akhir. Tetapi, peminat Aliff juga tidak putus-putus untuk menyokongnya bahkan pihak juri juga memberi peluang kedua dengan menerusi pusingan wildcard pada akhir persembahannya. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai juara yang termuda atas persembahan terbaik semasa beliau yang berusia 16 tahun. Ketika itu, Aliff juga menandatangani perjanjian untuk bernaung di bawah rakaman Sony BMG serta kontrak Mediacorp Artiste Management yang bernilai lebih RM100,000 ringgit.
Selepas kemenangannya dalam program tersebut, beliau muncul dalam iklan Mediacorp iaitu Sinar Lebaran 2007/2008, Khayalan dan sebagainya malah Aliff juga muncul dalam iklan 30 saat KFC pada 2007. Ia diketahui oleh majalah Malaysia bahawa beliau ketika itu sedang menyusun aktiviti jadualnya dengan melanjutkan pelajaran dan meluaskan bakatnya selaku penyanyi.
Pada tahun 2009, Aliff dipelawa oleh National Services di mana beliau menjadi jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (yang dahulunya dikenali sebagai BRTC/Basic Rescue Training Centre) di Jalan Bahar. Dalam temubual Sungguh pada 2010, Aliff memuat naik statusnya pada peminat beliau bahawa selepas ini Aliff juga akan memfokuskan dirinya dalam karier nyanyian. Dalam tahun yang sama, Aliff melancarkan album kedua, It's Aliff's Time yang membariskan hit lagunya seperti "Cinta" dan "Kalau Cinta" hasil kolaborasinya bersama penyanyi Malaysia, Joanna. Single "Kalau Cinta" telah menjadi hit terbaik di stesen radio secara keseluruhan dan menjadikan lagu antara rakaman terbaik sehingga akhir tahun 2011.
Pada masa yang sama, beliau ketika itu merupakan seorang bekas tentera dan jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Music Performing Arts Club (MPAC), di mana beliau mempersembahkan vokalnya dalam mana-mana persembahan SCDF seperti Hari Kenaikan Pangkat SCDF, Hati Komuniti SCDF dan sebagainya. Beliau juga pernah merangkul pangkat Koperal sepanjang beliau berkhidmat dalam pasukan awam tersebut. Pada 2011, Aliff telah menamatkan perkhidmatannya dan berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk mengejar cita-citanya sebagai artis rakaman, penyanyi, pelakon dan model.
Pada awal 2012, beliau telah melancarkan album ketiga iaitu Aliff Aziz yang membariskan hit terbaik yang berjudul "Jangan Ganggu Pacarku" yang telah mencapai 1 juta tontonan di Youtube selepas dikeluarkan dalam 24 jam. Lagu lain-lagu seperti "Cinta Ya Cinta" dan "Setiap Detik" juga sering digunakan sebagai lagu tema drama popular untuk TV3 serta rancangan lain.
Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Aliff juga mencuba nasibnya dalam bidang lakonan, iaitu drama pertamanya, sebuah komedi muzikal yang berjudul Antara Kita diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan sebanyak 13 episod, yang diperankan watak beliau sebagai remaja yang bekerja di syarikat pencipta grafik. Drama tersebut membariskan pelakon terkenal Malaysia yang lain seperti Zaibo, Bell Ngasri dan Anne Ngasri, serta bekas penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana.
Pada pertengahan 2013, beliau pernah muncul dalam Slot Samarinda di TV3 iaitu drama berjudul Epilog Cinta Khirana, yang menampilkan beliau selaku watak antagonis sebagai Sharqir Ikhwan. Drama tersebut membariskan pelakon seperti Tasha Shilla, Rozita Che Wan serta ramai pelakon yang lain.
Selain itu, beliau muncul dalam drama terbaharu menerusi Slot Akasia, iaitu drama yang berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi. Beliau memegang watak sebagai Faiq, seorang pemuda yang jatuh miskin dan bankrap akibat bersosial dan berbelanja tanpa batas. Drama tersebut membariskan beliau yang juga bergandingan bersama aktres terkenal Farah Nabilah, Mimi Lana, Shah Iskandar, serta dibantu oleh Azri Iskandar, Azhan Rani, Jasmin Hamid, dan Normah Damanhuri yang mengambil watak sampingan dalam drama tersebut.
Gegar Vaganza 2021
Aliff Aziz telah terpilih sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke-8
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Laguku Sendiri | Sayang-sayang | Dirinya sendiri | Tempat Pertama |
Minggu 2 | Masih Aku Terasa | Kasih Tak Sampai | Kumpulan Padi | Tempat Pertama |
Minggu 3 | Segalanya Ku Terima | Kasihnya Laila | Jinbara | Ke-2 |
Minggu 4 | Berdiri Bulu Romaku | Jika Kau Rasa Getarnya | Slam | Ke-6 |
Minggu 5 | Dulu Lain Sekarang Lain | Memburu Impian | Kazar Saisi | Ke-2 |
Minggu 6 | Langkah Seiringan | Belenggu Rindu (Duet Bersama Iman Troye) | Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita | Ke-2 |
Minggu 7 | Kelentang Kelentong | Pesan Cinta | Afgan | Ke-2 |
Minggu 8 (Suku Akhir) | Ku petik Bintang-Bintang | Rapuh | Nastia | Ke-2 |
Minggu 9 (Separuh Akhir) | Lagu Untukmu | Lay Me Down | Sam Smith | Ke-3 |
Sesuatu Janji | Taufik Batisah | |||
Minggu 10 (Akhir) | Akhirnya Kini Pasti | Sampai Syurga | Faizal Tahir | JUARA |
Dealova (Duet Bersama Hafiz Suip) | Once | |||
Bangun (battle Aweera) | Aman RA |
Gegar Vaganza 2023
Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Kembali Menyengat | Wanita Seluruh Dunia | Projek Pistol | Ke-8 |
Minggu 2 | Ikut Tekak Sendiri | Sampai Mati | Hazama | Ke-13 |
Minggu 3 | Putar Kiri Kanan | Kasih | Hetty Koes Endang | Ke-5 |
Minggu 4 | Berdua Bersatu | If I Ain't Got You (duet bersama Aisyah Aziz) | Alicia Keys | Ke-6 |
Minggu 5 | Misteri | Penghujung Rindu | Dato' Jamal Abdillah | Ke-5 |
Minggu 6 | No Retreat No Surrender | Arjuna | Dewa 19 | Ke-11 |
Minggu 7 | Kau Ilhamku | Gerhana Cinta Luka | Iklim | Ke-9 |
Minggu 8 | Fun Fair Tok Ram | Cek Mek Molek | Dato' M. Daud Kilau | Pertama |
Minggu 9 | Duet 2.0 (Astro Verse) | Jampi (duet Bersama Zaki Yamani) | Hael Husaini | Ke-9 |
Minggu 10 (Suku Akhir) | Fiesta Muzika | Cindai | Dato Sri Siti Nurhaliza | Ke-9 (Tersingkir) |
Gambus Jodoh | Tan Sri P. Ramlee | |||
Kehidupan peribadi
Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Aliff dan Bella Astillah melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor.[2]
Pada Mei 2019, Aliff dan Bella bercerai, namun kembali bersatu pada April 2020.[3] Mereka mempunyai dua orang anak.
Pada Jun 2024, Aliff dan Bella kembali bercerai untuk kali kedua dengan talak satu. Aliff telah menyerahkan hak penjagaan penuh dua anaknya kepada Bella.[perlu rujukan]
Diskografi
Album studio
- Aliff (2007)
- It's Aliff's Time (2010)
- Aliff Aziz (2012)
- Rebirth (2016)
Single
- Keajaiban Cinta (duet bersama Adira) (2012)
- Tak Ada Cinta Sepertimu (duet bersama Siti Nordiana) (2014)
- Selayaknya Aku (2014)
- Dan Lagi Cinta (duet bersama Emma Suhaimi) (2015)
- Warna Cinta (duet bersama Kilafairy) (2016)
- Coba (2016)
- Sandar Padaku (duet bersama Mira Filzah) (2017)
- Amarah Cinta (2018)
- Taubat (2022)
- Tetap Di Sini (duet bersama Bella Astillah) (2022)
- Genggam (2023)
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Almari Ajaib | Mediacorp Suria | Drama pertama | |
Khayalan | Kameo | |||
2012 | Antara Kita | Aril | TVi | |
Sepai | Asmaun | TV1 | ||
Tiara | Kamal | Astro Prima | ||
2013 | Nurul Kasih | Izham | TV2 | |
Epilog Cinta Khirana | Sharqir Ikhwan | TV3 | ||
2014 | Jodoh (Musim 2) | Syed Azmi | Astro Ria | |
2016 | Sayangku Kapten Mukhriz | Dr. Faizal | TV3 | |
2017 | Di Sebalik Wajah | Amir Hisyam | Hypp Sensasi | |
Meh Sandar Pada Aku | Dr. Syed Nadzhan | TV3 | ||
Meh Sandar Lagi | ||||
2018 | Melankolia | Zain | ||
Halalkan Hati Yang Ku Curi | Faiq | |||
Sejuta Rasa Buat Adelia | Chef Syed Idlan | Astro Ria | ||
2022 | Jodohku Babysitter | Adam Farhan | ||
Cina Buta | Aliff | |||
2023 | Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Luth Mikail | TV3 | |
Tentang Hati Dia | Wafi | |||
2024 | Dia Dari Syurga | Ahmad Kalil | TV1 | |
Telefilem
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Gegar Vaganza (musim 8) | Peserta | Astro Ria | |
2022 | Sepahtu Reunion Live Al-Puasa | Kameo | Astro Warna | Episod: "Sirnanya Ramadan" |
Rayakustika 2022 | Pengacara | Suria | ||
Gegar Vaganza Semangat Nak Raya | Dirinya sendiri | Astro Ria | ||
2023 | All Stars Gegar Vaganza | Peserta | ||
Web drama
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.