Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Dayang Nabellah Awang Astillah (lahir 15 Mac 1994) ialah seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Bella Astillah
Kelahiran
Dayang Nabellah binti Awang Astillah

(1994-03-15) 15 Mac 1994 (umur 31)
PendidikanKuala Lumpur Metropolitan University College (Diploma) (kini UNITAR)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • model
Tahun aktif2006–kini
PasanganAliff Aziz
(k. 2016; c. 2024)
Anak-anak2
IbuSiti Zarina Astillah
BapaAwang Astillah Dullah
SaudaraDidi Astillah
(adik)
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanUniversal Music Malaysia
Kegiatan berkaitanAdik – Adik Mutiara & Didi Astillah
Tutup

Kerjaya

Kerjaya seni Bella Astillah bermula semasa zaman kanak-kanak apabila beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak. Menerusi album tersebut, Bella dan adiknya dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara. Pada tahun 2019, beliau membintangi drama adaptasi novel, Cinta Belum Tamat Tempoh bersama Nafiz Muaz. Seterusnya, beliau muncul dengan single solo pertamanya, "Tenang" yang dikeluarkan pada 27 Mac 2020.

Kehidupan peribadi

Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Bella dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz melangsungkan perkahwinan dan mengadakan majlis resepsi dihadiri oleh 1,000 tetamu yang bertempat di Top Glove, Shah Alam, Selangor.

Pasangan ini memfailkan perceraian pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.[1] Beliau membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff kerana tidak tahan dengan sikap Aliff yang berlaku curang terhadapnya.[2][3] Namun pada April 2020, Bella mengesahkan di laman IG beliau bahawa beliau dan Aliff telah rujuk kembali pada tahun 2019 ketika Bella dalam tempoh iddah.[4][5]

Hasil perkongsian hidupnya dengan Aliff, beliau dikurniakan dua orang anak, iaitu pada 7 Julai 2017, anak lelaki bernama Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff dan pada 18 Julai 2020, seorang anak perempuan, Ara Adreanna Mohammad Aliff.[6]

Pada 13 Jun 2024, Aliff Aziz melafazkan talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syarie Wilayah Persekutuan pada jam 1:10 petang.[7]

Diskografi

Single

Sebagai artis utama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Album Catatan
2006 Diari Ramadhan Single OST drama Diari Ramadhan Rafique
2019 Bersama Di Hari Raya bersama Didi Astillah
2020 Tenang
2023 Pano
2024 Tapi Bukan Denganmu
Tutup

Sebagai artis yang ditampilkan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Album Catatan
2019 Jom Raya

(Aliff Syukri menampilkan Bella Astillah & Zizi Kirana)

Single
Tutup

Kemunculan lain

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Album Catatan
2019 Starlela Single bersama Ifa Raziah & Zizi Kirana
2020 Preggy Mama menampilkan BOSS, lagu bagi produk Jus Mamariam
#jangankeluar bersama yonnyboii, Shila Amzah, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju, Kowachee, DOLLA, ASYRFNSIR, Abubakarxli, Siqma, Malik Abdullah
2022 Tetap Disini bersama Aliff Aziz
Tutup

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cinta Belum Tamat Tempoh Qaisara Astro Ria Drama pertama
2021 Yang Bakal Mati Ramadan Ini Zalia Awesome TV
Ramadani Lydia TV3
Kampung Kolestrol Bella TV9
Malaysian Ghost Stories Maria Astro Ria Episod "Balan balan"
Kita Regu Lana Astro Arena
Perisik Cinta Tak Diundang Erianna TV3
2022 Aku Tanpa Cintamu Nuha
Adakah Engkau Menungguku Maya
20222023 Cina Buta Bella Astro Ria Penampilan khas
2023 Tanah Kubur (Musim 16) Suzi Astro Oasis Episod: "Maruah Murah"
2024 Leha, Leya Lawa Leha Tonton
Satu Hari Nanti Aulia Jane IQIYI
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Jamil Balik Kampung Jamilah Astro Citra Telefilem pertama
2021 Mek Bunga Yati TV2
2022 Doktor Idaman Meem TV3
Sekolah Sampah Nureen Astro Citra
Kerusi Kecil Adra TV1
2024 Restu Untuk Mila
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Masak Apa Tu? Pasangan Selebriti Pilihan TV3 Bersama Aliff Aziz
2020 Nyanyi Dari Rumah Artis Pilihan TV2 Bersama Ezad Lazim & Aizat Amdan
The Sherry Show Artis undangan TV3 Bersama Fizo Omar dan Mas Idayu
2021 Sepahtu Reunion Live Mila Astro Warna Episod: "Di Sebalik Pentas"
Punchline DAC Dirinya sendiri
2022 Famili Duo (Musim 2) Peserta pasangan selebriti TV3 Bersama sepupunya Wani Kayrie
Tutup

Siniar

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2023 Studio Sembang Dirinya sendiri YouTube Artis undangan; Episod : "Tetap Disini"; Dihoskan oleh Amelia Henderson
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Aktres TV Popular Dirinya sendiri Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.