Dolla
From Wikipedia, the free encyclopedia
DOLLA (digayakan dalam huruf besar) merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019.[1][2][3] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel, dan Putri Jannah Izwandy. Syasya merupakan ahli asal kumpulan ini sehingga April 2024 apabila beliau meninggalkan Dolla atas sebab-sebab peribadi. Dolla terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan. Mereka mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka bertajuk "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.[4][5]
DOLLA | |
---|---|
Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2019–kini |
Syarikat rakaman |
|
Kegiatan berkaitan | |
Anggota semasa | |
Bekas anggota | |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejak itu, Dolla mula mendapat perhatian meluas dalam pelbagai rancangan televisyen dan stesen radio tempatan serta liputan media massa. Bakat tarian dan alunan suara yang bertenaga menjadikan kumpulan ini mendapat perhatian dalam tempoh yang singkat. iDolla, nama bagi fandom kumpulan ini, telah diwujudkan melalui perbincangan mereka bersama peminat dan telah diumumkan ketika Live Fan Meeting yang hanya diadakan di YouTube.[6]
Kerjaya
2019–2020: Penubuhan dan kejayaan awal
Dolla ditubuhkan pada April 2019[7] apabila Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya yang pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. Ketika itu, pihak pengurusan telah meletakkan kriteria yang dicari ialah dengan memiliki bakat menyanyi dan menari.[8][9]
Setelah penubuhan kumpulan itu, yang tidak mempunyai nama pada masa itu, ahli-ahli kumpulan membincangkan apakah nama yang sesuai untuk menamakan kumpulan baru ini dan akhirnya mereka memilih nama "DOLLA" seperti yang disarankan oleh Angel. Semasa pra-kemunculan, mereka sering tampil di acara untuk menerima publisiti dan pengalaman.[10]
Mereka mendapat perhatian penonton yang hadir apabila membuat persembahan yang cukup bertenaga di Final #RapstarEra bertempat di The Bee Republika.[11] Pada 20 Mac 2020, DOLLA melancarkan single sulung mereka "Dolla Make You Wanna" yang diterbitkan oleh komposer dan penerbit rakaman Australia, Bryan B, serta hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.[12] Penampilan mereka juga sering dibandingkan dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink dan kumpulan antarabangsa Little Mix.[13]
Dolla juga merupakan antara 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia menerusi lagu "#jangankeluar", lagu hip hop hasil karya Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia bagi menentang penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal 2020.[14] Kumpulan ini bersama-sama dengan artis-artis Asia Tenggara berkolaborasi menerusi lagu, "HEAL", diterbitkan oleh Star Music, anak syarikat konglomerat media Filipina, ABS-CBN Corporation.[15]
Pada 30 Oktober 2020, Dolla melancarkan single kedua mereka berjudul "Impikan" dan versi bahasa Inggerisnya, "Watch Me Glow".[16][17]
2021–2023: Puncak populariti, Dolla Mini Showcase dan New Classic
Dolla bersama-sama Jannine Weigel, Alvin Chong dan Nicole Lai di bawah Allianz mengeluarkan lagu bertajuk "We Care" pada 15 Januari 2021, iaitu hari lahir ahli kumpulan, Syasya yang ke-20. Lagu ini diterbitkan sebagai penghormatan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan menyampaikan mesej untuk berdiri bersama dan membantu antara satu sama lain.[18] Kumpulan ini kemudian melancarkan lagu Raya pertama mereka, "Raya Raya Raya" pada awal Mei 2021.[19][20]
Dolla juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi telefilem bertajuk Dolla Watch Me Glow arahan Izuan Mokhtar yang disiarkan di Astro Citra pada 22 Mei 2021, yang berdasarkan dari kisah benar kumpulan ini.[21]
Pada 24 September 2021, kumpulan ini melancarkan single ketiga mereka, "Berani".[22][23] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, dan dikeluarkan pada hari pelancaran rasmi single ini.[24][25][26]
Mereka kemudian membuat persembahan di acara amal, Konsert Stay Strong Malaysia yang mana ia berjaya mengumpul RM26,632. Berlangsung pada 30 Oktober 2021, konsert ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk petugas barisan hadapan. Kutipan 100 peratus menerusi sumbangan itu disalurkan untuk membeli bekalan perubatan hospital selain digunakan untuk membantu kakitangan perubatan yang bertungkus-lumus memerangi pandemik COVID-19.[27][28]
Single keempat mereka, "Bad" dikeluarkan pada 11 Februari 2022. Dicipta oleh pemuzik dari Sweden, Ludwig Lindell dan Karl-Oscar 'Cage' Gummesson, lagu ini ditulis dalam dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Muzik video rasminya telah meraih 100,000 tontonan dalam tempoh sejam di YouTube sekaligus menjadi sohor kini selepas pelancaran rasminya.[29][30]
Pada 19 Februari, kumpulan ini mengadakan konsert Dolla Mini Showcase yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya, Selangor. Tiket untuk ke konsert mereka telah habis dijual dalam tempoh 5 minit.[31][32][33][34] Dua hari kemudian, iaitu pada 21 Februari, EP sulung Dolla, Dolla: Mini Album telah dikeluarkan. Album ini telah terjual sebanyak 1,000 unit dalam tempoh 24 jam selepas pelancaran rasminya. Ia turut mengandungi buku foto serta poskad individu setiap anggotanya.[35][36][37]
Kumpulan ini berkolaborasi bersama Hael Husaini menerusi lagu Raya bertajuk "Suara Lebaran Kita" hasil ciptaan Hael bersama Ezra Kong. Dikeluarkan pada April 2022, ia menceritakan tentang perasaan rakyat Malaysia yang mendambakan kemeriahan sambutan Hari Raya bersama keluarga serta saudara-mara sebagaimana sebelum pandemik dan pada tahun ini ia menjadi kenyataan. Muzik videonya diterbitkan bagi mempromosikan single ini dan menampilkan suasana retro dan elemen fantasi.[38][39]
Pada 17 Jun, Dolla melancarkan single kolaborasi bersama Garena Free Fire yang bertajuk "Fight" berserta dengan muzik video rasminya yang menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya. Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang berjalan serentak bersama kempen "Free Fire Untuk Semua Budaya" yang diadakan dari 13 hingga 30 Jun 2022.[40]
Dolla bekerjasama dengan pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menerusi lagu "Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat" yang dilancarkan pada 30 September 2022.[41][42][43] Kemudian, mereka bekerjasama dengan Yonnyboii menerusi lagu "Sudi" yang dikeluarkan pada 1 Disember 2022.
Dolla menjadi satu-satunya kumpulan muzik Malaysia yang diberi penghormatan membuat persembahan di festival muzik Korea Selatan terbesar Asia Tenggara iaitu Seen Festival yang berlangsung pada 28 Januari 2023. Dolla beraksi bersama-sama kumpulan Korea yang lain seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE.[44][45][46]
Pada 17 Februari 2023, Dolla melancarkan single terbaharu mereka, "Look At This" yang dikeluarkan sebagai single kelima mereka.[47][48] Pada 17 November, kumpulan ini melancarkan album studio pertama, New Classic.[49][50]
2024–kini: Penghargaan antarabangsa, pengunduran Syasya dan DOLLA RE:BIRTH The Experience
Pada Mac 2024, Dolla dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu program baharu di China berjudul Show It All yang menampilkan Lay Zhang, ahli kumpulan EXO sebagai penerbit eksekutif.[51][52]
Pada 8 April 2024, Syasya meninggalkan Dolla, atas sebab peribadi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan ini. Ketiadaan Syasya dalam kumpulan itu sekaligus meninggalkan Sabronzo sebagai ahli wanita Melayu tunggal dalam kumpulan itu.[53] Ahli asal kumpulan ini mengeluarkan kenyataan mereka sendiri, menjelaskan yang mereka "masih menganggap Syasya sebagai adik [mereka], dan kami akan terus memberikan sokongan terhadapnya" dan telah mencapai keputusan untuk meneruskan perjuangan sebagai trio.[54]
Pada Mei 2024, DOLLA mengumumkan konsert solo sulung, 'DOLLA RE:BIRTH The Experience', yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024.[55] Sempena konsert tersebut, DOLLA melancarkan single special release, "Here4U" yang ditujukan kepada peminat mereka, iDolla.
Bakat
Sejak penampilan sulung mereka, Dolla menjadi perhatian meluas dan sohor kini di media sosial terutamanya Twitter selepas beberapa portal hiburan antarabangsa menerbitkan berita mengenai mereka.[56][57]
Dikenali kerana memiliki persamaan dengan kumpulan wanita Korea Selatan, Blackpink dari segi gaya muzik, gerak tarian dan fesyen pilihan,[58][59] mereka berpendirian bahawa telah memiliki "keunikan tersendiri" dan mengakui persamaan dengan Blackpink hanyalah secara kebetulan.[60]
Ada yang membandingkan mereka dengan Blackpink tapi mereka tidak sama malah menghargai peminat yang membandingkan mereka dengan Blackpink, menurut Sabronzo: "Kami tak menghalang orang ramai membuat perbandingan Dolla dengan Blackpink. Malah kami berbangga apabila dibandingkan dengan kumpulan popular bertaraf antarabangsa itu. Ia bagaikan satu penghormatan, malah kami tumpang tuah kumpulan hebat itu".[61]
Pencapaian cemerlang
Pada Mei 2021, Dolla menerima penghargaan daripada Samsung apabila wajah mereka telah diabadikan sebagai lukisan mural yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.[62][63]
Dolla muncul sebagai artis ketiga Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania, yang dipaparkan di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat. Penampilan Dolla ialah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.[64][65][66]
Pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 yang berlangsung pada 13 November 2021, Dolla dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular.[67] Kemenangan ini menjadikan Dolla sebagai artis wanita berkumpulan pertama yang memenangi kategori itu dalam sejarah ABPBH. Menurut mereka: "Dolla sangat bebesar hati sebab dapat peluang untuk menang kategori Artis Baharu Wanita Popular. Kami berasakan semua calon lain dalam kategori ini hebat dan layak untuk menang. Tapi, apabila kami diumumkan pemenang, rasa sangat bersyukur kepada peminat iaitu iDollas yang sudah mengundi setiap hari sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini,".[68]
Pada 26 Februari 2023, Dolla telah memenangi dua anugerah di Gempak Most Wanted Award 2022 iaitu Video Muzik Tergempak dan Lagu Trending Tergempak. Anugerah ini diberikan kepada Dolla hasil daripada undian iDolla bermula 15 Disember 2022 hingga 26 Februari 2023.[69][70]
Ahli kumpulan
Semua ahli kumpulan Dolla berasal dari Kuala Lumpur kecuali Angel yang berasal dari Sarawak. Sabronzo ialah ahli yang paling tua dalam kumpulan ini.
Ahli semasa
- Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo; lahir 7 Mac 1995 di Kuala Lumpur)[71][72] (2019-kini)
- Tabitha Ariel Lam (Tabby; lahir 18 Mac 2000 di Kuala Lumpur)[71][73] (2019-kini)
- Angelina Chai Ka Ying (Angel; lahir 2 Januari 2001 di Kuching, Sarawak)[71] (2019-kini)
Bekas ahli
- Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya; lahir 15 Januari 2001 di Kuala Lumpur)[71][74](2019-2024)
Garis masa

Diskografi
Album studio
Tajuk | Butiran album |
---|---|
New Classic |
|
Album mini
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Dolla: Mini Album |
|
Single
Sebagai artis utama
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Album | |
---|---|---|---|---|
MY | ||||
RIM [75] [a] |
HotW | |||
"Dolla Make You Wanna" | 2020 | – | * | Dolla: Mini Album |
"Impikan" | – | |||
"Raya Raya Raya" | 2021 | – | ||
"Berani" | – | |||
"Bad" | 2022 | 1[76] | 10[77] | |
"Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat" (bersama Naim Daniel) |
– | – | Single tanpa album | |
"Sudi" (bersama Yonnyboii) |
– | – | ||
"Look At This" | 2023 | – | – | |
"Damelo" (menampilkan Hard Lights) |
– | – | New Classic | |
"Classic" | TBA | |||
"Here4U" | 2024 | – | – | Single tanpa |
"—" menunjukkan rakaman yang tiada dalam carta atau tidak dikeluarkan di wilayah tersebut. "*" menunjukkan carta yang tidak wujud pada ketika itu. |
Lagu-lagu lain
Tajuk | Tahun | Artis lain |
---|---|---|
"#jangankeluar"[78] | 2020 | Yonnyboii, Shila Amzah, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong, Bella Astillah, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju, Kowachee, ASYRFNSIR, Abubakarxli, Siqma, Malik Abdullah |
"Heal"[79] | Jayda, Jona, Kyla, KZ Tandingan, Lesha, Moira Dela Torre, Xela, Yura Yunita, Rinni Wulandari, Valentina Ploy, Haneri, Haven, Shalma Eliana | |
"We Care"[80] | 2021 | Jannine Weigel, Alvin Chong, Nicole Lai |
"Suara Lebaran Kita" | 2022 | Hael Husaini |
"Fight" | Garena Free Fire |
Filemografi
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Dolla Watch Me Glow | Diri mereka sendiri | Astro Citra | Lakonan pertama |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Dapur Panas | Diri mereka sendiri | TV3 | Artis jemputan |
2022 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 5) | |||
2023 | Holla Dolla | Astro Ria | Pengacara | |
Konsert
- Konsert Stay Strong Malaysia (2021)[27]
- Dolla Mini Showcase (2022)[31]
- SEEN FESTIVAL (2023)
- DOLLA RE:BIRTH THE EXPERIENCE (2024)
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | ERA Digital Muzik Awards 2020 | Artis Baru Baek | DOLLA | Tercalon |
Fan Club Paling Ngam | iDOLLA | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | DOLLA | Menang | |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | "Dolla Make You Wanna" | Tercalon | ||
2022 | Women Of Excellence Awards (WOEA) | Best New Artist Of The Year | DOLLA | Menang |
Anugerah MeleTOP Era 2021 | Artis Baharu MeleTOP | DOLLA | Tercalon | |
BBNU MeleTOP | Tercalon | |||
Grup/Duo MeleTOP | Tercalon | |||
Artis Top Top MeleTOP (Kumpulan/Duo) | Menang | |||
Lagu MeleTOP | "Dolla Make You Wanna" | Tercalon | ||
2023 | Gempak Most Wanted Awards | Muzik Video Tergempak | "BAD" | Menang |
Lagu Trending Tergempak | Menang | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | DOLLA | Menang | |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | DOLLA | Menang |
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.