Sabronzo
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Wan Sabrina Wan Rusli (Jawi: وان صبرينا وان رسلي) atau lebih dikenali dengan nama pentas, Sabronzo (Jawi: سابرونزو) (lahir 7 Mac 1995) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan wanita Malaysia, Dolla, yang ditubuhkan pada 2019.[1][2][3]
Sabronzo | |
---|---|
Nama lahir | Wan Sabrina binti Wan Rusli |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 7 Mac 1995
Warganegara | Malaysia |
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Alat muzik | Vokal |
Tahun aktif | 2019–kini |
Syarikat rakaman | Universal Music Malaysia |
Kegiatan berkaitan | Dolla |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Kerjaya
Sabronzo ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[4] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Angelina Chai Ka Ying (Angel), Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby). Mereka pada mulanya mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Sabronzo bersama rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi album sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.
Beliau bersama Ismail Izzani dijemput bersama lapan lagi selebriti e-sukan tanah air dalam satu pertarungan pertunjukan diberi nama MLBB All Star Funmatch yang diadakan pada 2 Oktober 2021 sempena sambutan ulang tahun kelima permainan Mobile Legends yang dibangunkan oleh Moktan sejak ia mula diterbitkan pada 14 Julai 2016.[5]
Diskografi
Dolla
- "Dolla Make You Wanna" (2020)
- "Impikan"/"Watch Me Glow" (2020)
- "Raya Raya" (2021)
- "Berani" (2021)
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | Pulau | Yaya | Filem pertama |
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.