From Wikipedia, the free encyclopedia
Aku Tanpa Cintamu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Emi Suffian, dibintangi oleh Zamarul Hisham, Bella Astillah, dan Malek Mccrone. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 15 September 2022 menggantikan Biarkan Ia Pergi.[1]
Aku Tanpa Cintamu | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Konflik Drama |
Ditulis oleh | Orked |
Pengarah | Emi Suffian |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Menahan Luka - Azzam Sham & Sheryl Shazwanie |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlin Rahim |
Penerbit | Saiful Bahri Alias |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Wiranusa Corparation Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 15 September 2022 – 11 Oktober 2022 |
Kronologi | |
Mengikuti | Biarkan Ia Pergi |
Diikuti oleh | Suri Hati |
Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam, yang kemudian mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?
Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan menyakinkan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat.
Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.yfh
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.