From Wikipedia, the free encyclopedia
Famili Duo ialah sebuah rancangan televisyen realiti Malaysia yang disiarkan di TV3.[1][2] Berdasarkan daripada rancangan Family Singing Show di 8TV,[3] ia menampilkan selebriti popular tanah air bersama ahli keluarga dan saudara-mara menonjolkan bakat nyanyian masing-masing di mana setiap persembahan mereka akan dinilai oleh juri profesional.[4][5] Musim pertama siri ini disiarkan dari 14 Februari 2021 sehingga 11 April 2021 dan dihoskan oleh Uyaina Arshad, manakala musim kedua memulakan tayangan perdana bermula 18 Disember 2022 dan dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Musim ketiganya disiarkan pada 15 Oktober 2023 dan dihoskan oleh Janna dan Izzue Islam. Ia telah diiktiraf sebagai rancangan TV realiti nyanyian keluarga pertama di Malaysia.[6]
Famili Duo | |
---|---|
Berdasarkan daripada | Family Singing Show oleh 8TV |
Format | Pertandingan nyanyian Televisyen realiti |
Ditulis oleh | Ayu Nadhirah |
Pengarah |
|
Pengacara |
|
Juri |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 4 |
Bilangan episod | 32 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
Tempoh siaran | 90–110 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Februari 2021 – kini |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Famili Duo merupakan terbitan turunan kepada rancangan TV realiti Family Singing Show yang disiarkan di 8TV.[2][4][7] Ia menampilkan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.[2][4]
Setiap episod menampilkan lima pasangan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu lagu saduran dan satu nyanyian di pentas. Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur akan menentukan lagu saduran untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio.[2][4][8]
Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Setiap persembahan dan permarkahan akan dinilai sepenuhnya oleh Didie Alias dan Mark Adam selaku juri tetap dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.[2][4][9]
Terdapat perubahan besar untuk musim kedua apabila ia menampilkan format baharu yang lebih diperkemas dengan hanya persembahan pentas ditampilkan dan tiada persembahan di studio sebagaimana dalam musim terdahulu.[10] Untuk musim ini, ia menampilkan 7 pasangan selebriti berbanding musim pertama yang menampilkan 40 pasangan selebriti,[11] berentap pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan. Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (80%) dan undian atas talian oleh penonton (20%).
Uyaina Arshad berkhidmat sebagai pengacara untuk Famili Duo musim pertama, dengan Mark Adam dan Didie Alias menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap. Untuk musim kedua dan ketiga, Janna Nick dan Sean Lee berkhidmat sebagai pengacara dengan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap.
Famili Duo mendapat sambutan positif daripada penonton dan warganet, yang rata-ratanya memuji persembahan pasangan selebriti, terutamanya persembahan daripada Amyza Aznan dan anaknya, Adrian Adam. Adrian pada mulanya menolak untuk membuat persembahan kerana malu dengan penonton, namun berjaya berbuat demikian selepas dipujuk oleh Amyza.[12]
Sharifah Shahirah dan anaknya, Tallisya menjadi subjek perbualan warganet selepas mereka menyanyikan lagu "Standing in the Eyes of the World" nyanyian asal Ella yang disifatkan amat menghiburkan umpama ‘macam buat konsert sendiri’.[13]
Uyaina Arshad menerima kritikan negatif di media sosial terhadap gaya pengacaraanya dalam Famili Duo sehingga terdetik untuk menarik diri sebagai pengacaranya, namun kritikan itu tidak mematahkan semangatnya, malah terus kekal sebagai pengacara rancangan itu.[14][15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.