Primeworks Studios

Syarikat penerbitan filem dan televisyen Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Primeworks Studios
Remove ads

Primeworks Studios Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Grand Brilliance Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia dan penyedia kandungan milik penuh konglomerat media Media Prima.[1] Syarikat ini bertanggungjawab membekalkan kandungan kreatif untuk rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Primeworks bukan sahaja menerbitkan rancangan TV untuk Media Prima, bahkan turut membekalkan kandungan untuk RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.[2]

Fakta Segera Nama dahulu, Jenis/bentuk sah ...
Logo lama Primeworks Studios (8 Ogos 2008 - Januari 2014).

Biarpun mula menerbitkan rancangan televisyen seawal pada 2008 (yang dikenali sebagai Grand Brilliance), Primeworks hanya mengenalpasti diri mereka sendiri pada 2019 untuk dibezakan daripada satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2008.[3] Syarikat itu bergabung dengan satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance pada tahun 2008 untuk membentuk syarikat pelesenan, penerbitan dan pengedaran baharu di bawah nama Primeworks Studios.

Remove ads

Rancangan televisyen terbitan

Remove ads

Siri televisyen terbitan

Drama

Animasi

Remove ads

Filem

Filem Terbitan dan Edaran Primeworks Studios

Berikut merupakan filem di bawah terbitan atau edaran Primeworks Studios. Setakat ini, hanya Ejen Ali: The Movie mendapat kutipan lebih RM30 juta (RM30.05 juta tempatan / RM32.5 juta tempatan dan antarabangsa) diikuti oleh BoBoiBoy: The Movie (RM15.8 juta tempatan / RM20 juta antarabangsa dan tempatan) dan Sangkar (RM12 juta) menjadikan hanya 3 filem di bawah Primeworks mendapat kutipan lebih RM10 juta. Kebanyakkan filem di bawah Primeworks bekerjasama dengan Grand Brilliance sehingga tahun 2018 di mana GB tidak lagi aktif dalam pengedaran dan pembuatan filem. Kebanyakkan filem mereka juga kurang mendapat sambutan memuaskan.

Pengiktirafan

Primeworks Studio mencipta sejarah tersendiri apabila 3 filem terbitan Primeworks memenangi 8 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-31. Filem-filem tersebut ialah filem Sangkar dengan 5 anugerah (Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia, Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak, Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan dan Tatarias Terbaik - Ella Sandera), Ejen Ali: The Movie dengan 2 anugerah (Box Office dan Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa) dan WIRA dengan 1 anugerah (Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi)[5].

Perkembangan Perniagaan

Selain daripada menerbit dan mengedar filem Malaysia, Primeworks juga mengedar filem antarabangsa yang lain.

Melayu

Filem terbitan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Filem edaran

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Inggeris

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Jepun

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Indonesia

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads