Raja Ahmad Alauddin

Pengarah televisyen dan filem Malaysia (1957-2019) From Wikipedia, the free encyclopedia

Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed Redzuan (19 Januari 1957 – 29 Ogos 2019) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia. Beliau juga ialah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pernah dinobatkan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Hati Bukan Kristal (1990).[1]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Raja Ahmad Alauddin
Kelahiran
Raja Ahmad Alauddin bin Raja Mohamed Redzuan

(1957-01-19)19 Januari 1957
Meninggal dunia29 Ogos 2019(2019-08-29) (umur 62)
PendidikanPembikinan Filem dan Seni Perfileman
Pusat pendidikan
PekerjaanPengarah
Tahun aktif1990–2019
Tutup

Kerjaya

Raja Ahmad Alauddin merupakan lulusan pembikinan filem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dan di Amerika Syarikat. Beliau juga mempelajari seni perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.[2]

Kematian

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6 pagi 29 Ogos 2019 akibat satu penyakit yang tidak diketahui.[3] Kematiannya disedari selepas beliau tidak muncul di tingkat bawah kediamannya untuk diambil pemandu yang sepatutnya membawa beliau ke lokasi penggambaran drama Pesan Pada Hati di Sungai Long, Kajang.[1][4][5] Drama itu merupakan arahan terakhir beliau dan ia dtujukan khas dalam ingatannya.[6]

Filemografi

Filem arahan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Catatan
1990 Hati Bukan Kristal Filem arahan pertama
1996 Lurah Dendam
2005 Qaisy & Laila Juga sebagai penulis skrip
2007 Kayangan Filem arahan terakhir
Tutup

Drama arahan

Telefilem arahan

  • Anak Bapak (2002)
  • Maafkan Aku (2012)
  • Fatihah Buatku (2014)
  • Ada Sejadah Panjang Terbentang (2015)

Anugerah

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.