Anak Mami The Movie
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anak Mami The Movie ialah sebuah filem komedi keluarga Malaysia 2002 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini juga merupakan sekuel kepada filem Anak Mami Kembali.
Anak Mami The Movie | |
---|---|
Pengarah | Prof Madya A. Razak Mohaideen |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Mariam Ibrahim |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 2.94 juta |
Mengisahkan Aniq yang tinggal di Pulau Pinang. Dia mempunyai kakak-Aisya, dan adik-Sabrina. Aniq berkenalan dengan Amelia tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga kerana sikap keluarga yang mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua-dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya universiti mengadakan program keluarga angkat. Amelia tinggal sebagai anak angkat di rumah keluarga Aniq, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia untuk memikat bakal mertua masing-masing. Pada masa yang sama, Mami Jarum ingin mengahwinkan anaknya Mehran dengan Aniq. Sebaliknya, Mehran pula menyintai Saiful.
Filem ini berdasarkan telefilem dan drama bersiri Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang ketiga-tiganya diarahkan oleh Professor Madya dan disiarkan di TV3. Sambutan hebat diterima oleh drama-drama itu dengan purata bilangan penonton sebanyak tiga juta orang bagi setiap drama. Selepas enam tahun, skrip filem ini berjaya dihasilkan. [1]
FIlem ini dikeluarkan pada 21 Februari 2002. Selepas seminggu ditayangkan, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 1.4 Juta.[2] Filem ini menamatkan tayangan dengan kutipan sebanyak RM 2.94 juta.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.