Pitt Hanif

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohamad Firdaus Mohamad Hanif (20 Disember 1976 – 26 Oktober 2019) ialah seorang penulis skrip dan pengarah televisyen dan filem Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Hajah Fauziah Nawi. Beliau terkenal sebagai penulis skrip filem One Two Jaga (2018) arahan Namron.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Pitt Hanif
Kelahiran
Mohamad Firdaus bin Mohamad Hanif

(1976-12-20)20 Disember 1976
Meninggal dunia26 Oktober 2019(2019-10-26) (umur 42)
Jambatan Gemunchur (Sungai Cheka), Kampung Mela, Mukim Kuala Chekar, Daerah Lipis, Pahang
Sebab kematianLemas akibat bot karam
DikebumikanTanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, 68200 Kuala Lumpur
PekerjaanPenulis skrip, pengarah, pelakon
Tahun aktif2009–2019
PasanganFarah Ahmad
Anak-anak3 (termasuk Mhia Farhana)
IbuFauziah Nawi
BapaMohamad Hanif Gedek
SaudaraSiti Noor Fateha Mohamad Hanif (Fateha Hanif; adik)
Tutup

Kehidupan peribadi dan kematian

Pitt Hanif ialah anak sulung daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang adik perempuan di mana penglibatannya hanya di belakang tabir sahaja.

Pitt meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung pada jam 4.25 petang Ahad, 27 Oktober 2019 selepas bot yang dinaiki karam pada 26 Oktober 2019. Walaubagaimana pun tarikh kematian tercatit pada tarikh 27 Oktober 2019 iaitu tarikh arwah dijumpai. Beliau dilaporkan hilang ketika memancing berhampiran Jambatan Gemunchur, Kampung Mela, dekat Lipis. Bot dinaiki beliau bersama seorang rakannya dikatakan terputus dua mengakibatkan mangsa dibawa arus deras. Jenazah beliau dihantar ke Hospital Besar Kuala Lipis sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengkebumian.[2][3] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur jam 2 pagi 28 Oktober 2019.[4][5]

Beliau meninggalkan isteri, Farah Ahmad dan tiga anak yang semuanya perempuan, iaitu Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Penulis Pengarah
2009 Talentime Tidak Ya Juga sebagai penolong pengarah
2014 Kami Histeria Tidak Ya
Lelaki Harapan Dunia Tidak Ya Juga sebagai penolong pengarah dan pelakon
Pejam Pelik Tidak Ya Filem pendek, sebagai penolong pengarah
2015 Suami Aku Ustaz Tidak Ya Sebagai penolong pengarah
Pekak Tidak Ya
2017 J Revolusi Tidak Ya
2018 Busker Tidak Ya
2018 One Two Jaga Ya Ya Sebagai penolong pengarah
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Tidak Ya Filem arahan pertama dan terakhir beliau, dikeluarkan secara anumerta
Tutup

Videografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Muzik video
Tahun Tajuk Penyanyi
2019 "Blank Marquee" Yuna
Tutup

Anugerah

Festival Filem Malaysia ke-30

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.