Isteri Misteri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Isteri Misteri merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2020 arahan bersama Faisal Ishak dan Esham Shahlin dengan skrip oleh Ayu Amirrol, Maizura Ederis, Baizura Kahar dan Eddie Mazlan. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Azar Azmi. Siri ini disiarkan serentak di TV3 dan Viu dari 25 November 2020 sehingga 24 Disember 2020 dan ditayangkan sebanyak 2 episod setiap minggu.[1][2][3]
Remove ads
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan Rizal, seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya. Dengan bantuan pembantunya, Jun, dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri.
Pelakon
- Sharnaaz Ahmad sebagai Rizal[1][4]
- Tiz Zaqyah sebagai Emma[1]
- Sharifah Sakinah sebagai Yatie[1]
- Azira Shafinaz sebagai Lisa[1]
- Azar Azmi sebagai Jun[1]
- Qistina Raisah sebagai Teratai
- Fikhree Bakar sebagai Mamat
- Nur Damia Danisha sebagai Orked
- Nasrizal Ngasri sebagai pengawal keselamatan
- Khairin Ridzuan Saharudin sebagai Inspektor Alias
- Kazar Saisi sebagai Yahya
- Umar Shakur sebagai Adam
Penerbitan
Isteri Misteri diterbitkan bersama oleh Primeworks Studios dan Viu.
Ini merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad selepas Devoted.[5][6]
Keluaran
Isteri Misteri memulakan tayangan perdana serentak di TV3 dan Viu bermula 25 November 2020.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads