Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri (lahir 1 Disember 2008)[1] merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky dan sebagai Tengku Aqilah kecil dalam Lafazkan Kalimah Cintamu.[2][3]
Nur Qistina Raisah dilahirkan pada 1 Disember 2008 di Dengkil, Selangor, kepada pasangan Roszana Aminuddin dan Mohd Kamarol Azri.[1] Beliau merupakan anak bongsu dari lima beradik, tiga lelaki dan dua perempuan.
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2012, pada usia 4 tahun.[3] Nur Qistina mula dikenali umum selepas membintangi drama Papa Ricky lakonan Fadlan Hazim dan Siti Elizad, Qistina memegang watak sebagai Alisya.
Nur Qistina membuat penampilan sulungnya dalam filem cereka selepas menerima tawaran Hashim Rejab bagi membintangi filem seram Kelibat terbitan Metrowealth Pictures. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama adaptasi novel, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab.[4]
Beliau berlakon bersama Nur Risteena dan Aiman Hakim Ridza dalam drama Demi Cinta Ain, menjayakan watak Hanis.
Beliau muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam menerusi telefilem Baby Bro! arahan Ghaz Abu Bakar. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[5][6][7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.