Aiman Hakim Ridza

Penyanyi dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Aiman Hakim Ridza
Remove ads

Aiman Hakim Ridza Abdoh (lahir 17 Januari 1989)[a] merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pemain bola sepak lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama dalam bidang hiburan tanahair apabila beliau menjadi peserta rancangan realiti TV Mentor kelima di TV3 dan terkenal menerusi lakonannya dalam siri drama Vanila Coklat (2011), Diandra (2013), Projek Memikat Suami (2013), Isteri Separuh Masa (2015), Urusan Hati Cik Drama Queen (2017), Curi-Curi Cinta (2018) dan Bila Cupid Jatuh Cinta (2020). Filem sulung lakonan beliau, Kimchi Untuk Awak ditayangkan pada 30 Mac 2017.

Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Remove ads
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 17 Januari 1989 Masihi bersamaan 9 Jumadil Akhir 1409 Hijrah di Johor Bahru, Johor dan beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik dan mempunyai darah campuran Melayu-Arab. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya pula berketurunan Arab. Aiman ​​tinggal di Johor sehingga 1990, kemudian berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1994 sebelum dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah SS 17 Subang Jaya, beliau kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dan kini menamatkan pelajarannya di Kolej Sunway (kini Universiti Sunway), di mana beliau ​​mengambil kursus dalam bidang perakaunan, untuk menyertai Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di Kolej Sunway.[1] Sebelum menjadi pelakon dan penyanyi, Aiman merupakan model sepenuh masa. Beliau juga turut terbabit dalam pengiklanan seperti Brylcreem, Celcom, Milo dan McDonalds.

Remove ads

Kerjaya

Bola sepak

Sebelum menyertai bidang seni, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Beliau pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.

Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo.[perlu rujukan] Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.[perlu rujukan]

Muzik dan lakonan

Aiman ​​mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor 5 yang dianjurkan oleh TV3 untuk musim kelima pada tahun 2011 dan beliau dibimbing oleh Rahim Maarof, penyanyi dan pemuzik terkenal di Malaysia. Aiman berjaya melepasi ke pusingan keempat sebelum tersingkir.

Aiman menghasilkan nyanyian solo Buatmu Cinta OST untuk drama Astro Ria Projek Memikat Suami dan lagu duet Khalimah Janji bersama Ernie Zakri, ditulis oleh Manusia Putih dan Budhi Hekayat.

Persembahan Mentor

Thumb
Aiman bersama Rahim Maarof di pentas Mentor 5.
Maklumat lanjut Minggu, Lagu yang dipersembahkan ...

Drama pertama Aiman, Vanila Coklat, yang disiarkan di TV3 pada tahun 2011, membawa beliau kembali ke perhatian umum,[2] selepas drama tersebut tamat, Aiman berlakon dalam beberapa siri televisyen dan telefilem.

Pada tahun 2012, Aiman menjadi sebahagian daripada barisan pelakon utama drama Friday I'm In Love arahan Faizul A. Rashid bersama-sama dengan Qi Razali, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman, Nelydia Senrose dan Bella Dally. Aiman memegang watak sebagai Pitt, salah seorang rakan karib Awang yang dilakonkan oleh Qi. Drama 13 episod ini disiarkan di TV9 dari 19 April hingga 18 Julai.[3][4]

Pada tahun berikutnya, Aiman memegang watak Fareez dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Beliau berlakon bersama Fasha Sandha dalam siri drama romantik, Selamat Pengantin Madu, memegang watak Zulkifli. Drama ini disiarkan di Slot Lestary TV3.[5][6] Seterusnya, beliau digandingkan bersama Emma Maembong menerusi drama Projek Memikat Suami dan diikuti oleh Isteri Separuh Masa.

Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Beto Kusyairy dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Aditya. Beliau turut merakamkan runut bunyi telefilem itu bersama Tya dengan tajuk sama.[7]

Beliau muncul dengan peranan utama sebagai Fadhlan dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Scha Al-Yahya.[8][9] Aiman Hakim membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan sulung Michael Ang, adaptasi dari novel bertajuk sama yang kembali menggandingkan beliau bersama Emma Maembong. Aiman memegang watak sebagai Daniel Lee Jae Hwan, yang berdarah kacukan Melayu dan Korea. Turut membintangi filem ini ialah Janna Nick dan Natasha Elyzza.[10][11]

Beliau kemudian muncul dalam drama #SisCuba dibintangi oleh Nabila Razali, Syifa Melvin dan Sarah Suhairi.[12]

Dalam tahun 2019, Aiman bersama Zahirah MacWilson memegang watak utama dalam drama adaptasi novel Curi-Curi Cinta, memeganh watak sebagai Daniel Hakim.[13]

Pada Julai 2020, Aiman Hakim memegang watak sebagai Dani dalam Bila Cupid Jatuh Cinta lakonan bersama Oktovia Manrose. Menerusi drama ini, Aiman berlakon bersama bapa mertuanya, Zainol MacWilson.[14]

Beliau berlakon bersama Nabila Razali dalam drama Biar Mereka Cemburu yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Disember 2020. Beliau memegang watak sebagai Tengku Eidil.[15][16]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Thumb
Kulit depan dalam majalah Maskulin Ogos 2012.

Pada Februari 2014, Aiman mendedahkan bahawa beliau telah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan model jelita, Nur Fathia selama setahun.[17][18][19] Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada Disember 2015[20][21] dan Aiman memilih untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai perpisahannya dengan Fathia. [22][23]

Pada Disember 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Zahirah MacWilson ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta, dan mengesahkan hubungan mereka.[24][25][26] Aiman dan Zahirah bertunang pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia.[27][28][29] Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020.[30][31]

Aiman dan Zahirah dikurniakan cahayamata sulung, Isaac Raees.[32]

Diskografi

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Endorsmen

Maklumat lanjut Tahun, Produk ...

Kedermawanan dan penajaan

Pada April 2012, Aiman bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Intan Ladyana dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni". Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni.[34]

Pada Julai 2013, TV3 melantik Aiman ​​bersama-sama dengan Ady Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Neelofa sebagai duta untuk Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3, "Pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal".[35][36][37]

Pada Januari 2014, Aiman ​​dan Zara Zya telah dilantik sebagai Duta Promosi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan DFKL 2014 melalui laman rangkaian sosial, mengambil bahagian dalam pameran bergerak, bengkel dan Anugerah DFKL 2014.

Pada Jun 2017, Aiman bersama Maria Farida, Eyka Farhana dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.

Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Catatan

  1. Beliau berkongsi tarikh lahir dengan rakan seperjuangannya dalam Mentor, Anas Ridzuan yang juga dilahirkan pada 17 Januari 1989.

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads