Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gaya Zakry merupakan seorang pelakon dan penyanyi lagu Melayu yang aktif sekitar akhir 1970an Dan awal Tahun 1980-an.
Lahir dalam keluarga seni, anak kepada seorang ahli muzik dan juga ibunya seorang penyanyi 40an Gaya Zakry bukan asing lagi dengan kegiatan seni dari sejak kecil, seperti menyanyi dan bermain muzik.
Titik mulanya dalam bidang seni suara apabila beliau menjadi penyanyi utama dalam sebuah band di LLN (Lembaga Letrik Negara) yang diberi nama 'Band Kilat' dan sering diundang ke radio (RTM) untuk membuat persembahan. Dari situ beliau mula bertapak ke bidang senisuara. Dan pada 1979 beliau hadir pada ujibakat suara di syarikat EMI dan beberapa bulan kemudian beliau dilamar mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI (Malaysia) untuk selama 3 tahun dan berjaya merakamkan 3 album. [1]
Beliau juga melebarkan sayap ke layar perak apabila allahyarham M. Amin (Sabah Filem) melamarnya untuk belakon didalam filem arahannya Kisah Seorang Biduan 1979, dan allahyarham Ed Osmera didalam filem Ribut Di Hujung Senja pada tahun 1982. Sebelum berlakon filem, beliau juga sering diundang berlakon drama TV.
Bagaimanapun sewaktu kemuncak kepopularitinya beliau menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk mengundur diri dari industri hiburan tanah air dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Kini Gaya Zakry adalah seorang usahawan wanita yang berjaya. Namun sebagai insan seni beliau masih merindui dunia seni dan juga sering membuat persembahan undangan.
Filem | |||
---|---|---|---|
Tahun | Judul | Peranan | |
1979 | Kisah Seorang Biduan | Watak Utama | |
1982 | Ribut Di Hujung Senja | Watak Utama | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.