Ayda Jebat
Penyanyi dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Suhada "Ayda" Jebat (lahir 17 Mac 1992) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200% (2014). Kredit filem beliau termasuk Gila-Gila Remaja 2 (2013) dan Pinjamkan Hatiku (2017).[2][3]
Ayda Jebat | |
---|---|
![]() Ayda di set penggambaran drama Rindu Awak 200%. | |
Kelahiran | Nur Suhada binti Jebat 17 Mac 1992 |
Pendidikan | Diploma Seni Muzik |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 157 cm (5 ka 2 in) |
Pasangan | Nabil Mahir (k. 2017) |
Anak-anak | 2 |
Saudara | Fyna Jebat (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Alat muzik | Vokal |
Syarikat rakaman | Paranormal Talents Warner Music Malaysia |
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Nur Suhada binti Jebat pada 17 Mac 1992 di Ayer Keroh, Melaka[4][5][6] dan beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya, beliau mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Salah seorang adik perempuannya ialah Nur Shafinaz atau lebih mesra disapa Fina. Beliau dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya bercerai.[7][8][9]
Akademi Fantasia 9
Pada Ayda berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan yang mengikuti proses pelajaran dan pembelajaran dirumah kaca AF9. Namun pada konsert minggu 3, beliau dan Amir Jahari telahpun digugurkan dari akademi melalui Ops Gugur berikutan tiada peningkatan dalam persembahan selama 3 minggu di akademi. Berikut adalah persembahan beliau;
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Minggu Tirai | "Separuh Nafas" nyanyian asal Dewa / "Love The Way You Lie" nyanyian asal Rihanna | - |
Minggu 1 | "Teringin" nyanyian asal Shima | 3rd |
Minggu 2 | "Ilusi" nyanyian asal Adira | 5th |
Minggu 3 | "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor | Digugurkan |
Kerjaya
2011–2013: Akademi Fantasia dan permulaan kerjaya
Kerjaya Ayda sebagai anak seni bermula apabila beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia untuk musim ke-9 di mana pada konsert tirai yang diadakan pada 2 April 2011, beliau menyanyikan lagu "Separuh Nafas" nyanyian kumpulan Dewa 19 dan "Love The Way You Lie" nyanyian Rihanna. Bagaimanapun pada konsert minggu ketiga, Ayda tersingkir menerusi Operasi Gugur. Selepas Akademi Fantasia 9 berakhir, Ayda merakamkan single solonya bertajuk "Beri Aku Waktu" dan seterusnya memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu sebagai Mira dalam telefilem CerCiter Cinta yang dibintangi oleh Rozita Che Wan dan Shahir dari Akademi Fantasia musim kelapan. Pada tahun 2013, Ayda membuat penampilan filem pertamanya menerusi watak pembantu sebagai Zetty dalam pembikinan semula filem Gila-Gila Remaja, Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris dan Bella Dally, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.
2014: Kejayaan bersama Rindu Awak 200%
Ayda menempa kejayaan terbesarnya pada 2014 apabila beliau membawakan watak Armel Aisya dalam drama adaptasi novel Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin.[10] Siri itu kemudiannya menjadi rancangan televisyen Malaysia yang diiktiraf secara kritis sekaligus melonjakkan nama beliau ke puncak populariti dan melayakkan beliau memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.
2015–kini: Pengembangan kerjaya

Pada tahun 2015, berikutan kejayaan drama Rindu Awak 200%, Ayda mendapat peranan utama keduanya di dalam siri TV, Suami Sebelah Rumah bersama pelakon dan penyanyi, Izzue Islam. Sementara drama itu masih bersiaran, beliau melakonkan watak pembantu dalam siri Isteri Separuh Masa bersama Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Beliau sekali lagi digandingkan bersama Zul menerusi siri drama adaptasi novel, M.A.I.D..
Beliau telah dipilih menjadi antara pelakon yang meminjamkan suara mereka dalam versi bahasa Melayu bagi filem aksi cereka sains Amerika Syarikat 2014, Transformers: Age of Extinction. Beliau memegang watak sebagai Tessa Yeager yang dilakonkan oleh Nicola Peltz.[11][12] Pada Julai 2015, beliau melancarkan single "Siapa Diriku" hasil ciptaan Omar K. Lagu ini secara jelas menceritakan mengenai realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di media sosial. Muzik videonya yang dimuatnaik di saluran YouTube rasmi beliau pada 14 September 2015 berjaya mencecah tontonan lebih satu juta hanya dalam masa tiga minggu.[13]
Muzik video "Siapa Diriku" turut mendapat kerjasama daripada jenama telefon pintar OPPO yang mana Ayda merupakan jurucakapnya. Selain itu, beliau juga muncul dalam Buletin Utama di TV3 pada 17 September 2015, untuk berkongsi pengalamannya dengan siri terbaru OPPO, termasuk R7 Plus, R7 dan R7 Lite.[14]
Ayda juga terkenal di negara tetangga seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Di Indonesia, Ayda berlakon dalam telefilem siaran RTV berjudul From Hater to Lover bersama Dimas Aditya serta muncul dalam video muzik kumpulan De'Meisis, Biar Saja.
Kehidupan peribadi
Beliau bertunang dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir pada 28 April 2020, iaitu bersempena dengan ulang tahun Nabil ke-32.[15] Pasangan ini bertunang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.[16]
Ayda dan Nabil diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.[17][18]
Pada 21 September 2021, Ayda melahirkan anak perempuannya yang sulung.
Diskografi
Tajuk | Tahun | Kedudukan | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
ERA FM [19] |
Hot FM [20] |
Muzik Muzik [21] | |||
"Beri Aku Waktu" (bersama Afif) |
2011 | — | — | — | Beri Aku Waktu |
"Cinta Lara" (bersama Kay Khydir) |
2013 | — | — | 18 | Gila-Gila Remaja 2 OST |
"Siapa Diriku"[22] | 2015 | 12 | 1 | 1 | M. A. I. D OST |
"Fairytale" (bersama Alvin Chong) |
— | — | — | Hari Malaysia | |
"Sinaran" (bersama Lea Ismail)[23] |
— | — | — | Sinaran OST | |
"Pencuri Hati"[24][25] | 2016 | 6 | 3 | 1 | Isteri vs Tunang OST |
"Nakal Nakal Nakal" | 9 | 1 | 1 | Awak Sangat Nakal OST | |
"Bawaku Berkelana" | — | — | — | Moana OST (versi Bahasa Melayu) | |
"Pulanglah"
(bersama Aisyah Aziz)[26] |
— | — | — | — | |
"Mata" | 2017 | — | — | 1 | Leftenan Zana OST |
"Pinjamkan Hatiku"(bersama Adi Priyo) | — | — | — | Pinjamkan Hatiku OST | |
"Temberang" | 2018 | — | — | — | |
"Mana Ada Hati" | 2019 | — | — | — | Asalkan Dia Bahagia OST |
"Better Than You" | — | — | — | ||
"Parah Parah" | 2020 | — | — | — | |
"Tak Bisa Lepas" | 2022 | — | — | — | |
"Memerang" | 2024 | — | — | — |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Zetty | Filem pertama |
Oh Mak Kau! | Sara | ||
2015 | Transformers: Age of Extinction[27] | Tessa Yeager | Alih suara (versi Bahasa Melayu) |
2016 | Moana | Moana | Alih suara (versi Bahasa Melayu) |
2017 | Pinjamkan Hatiku | Laila Safitri | |
2025 | 6 Jilake | Kuntum |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Peah Gosip | Astro Warna | |
Tiara | Astro Prima | ||
2013 | Sahara | ||
Mujahid | TV1 | ||
Cinta Kau Dan Aku | Hazlyn | ||
Harapan | Zubaidah | TVi | |
Epilog Cinta Khirana | Farah Huda | TV3 | |
Sepai | Peguam Tirana | TV1 | |
Mira Sofea | Zara | Astro Prima | |
Geng Zul Teksi | Shasha | TV1 | |
2014 | Aku Ada Wali | Zahira | TV AlHijrah |
Sleeq & Friends | TVi | ||
Anugerah Terindah | Lisa | TV3 | |
Ride | Juju | TV9 | |
Rindu Awak 200%[28] | Armel Aisya | TV3 | |
Apam Lemak Manis | Sherry | TV1 | |
Cintapuccino | Geisha | TVi | |
2015 | Suami Sebelah Rumah | Eryna Hazwan | TV3 |
Isteri Separuh Masa | Zita | Astro Ria | |
Cinta Antara Kita | Anita | TV2 | |
M. A. I. D | Noorul | Astro Ria | |
2016 | Menongkah Kasih | Riyana | TV3 |
#Assalamualaikum Cinta | Nia Sakinah | Astro Ria | |
Awak Sangat Nakal | Erine Johanna | ||
2017 | Ku Kirim Cinta | Nisha | TV3 |
Dekatkan Jarak Kita | Sofiya / Alyssa | ||
2018 | Cinta Bukan Kristal | Aryana | |
2019 | Asalkan Dia Bahagia | Adira Imani | |
Cindai | Cindai | ||
2020 | Bukan Gadis Biasa | Johana/Jo | |
2023 | Bukan Cinta Sempurna | Qistina | Astro Ria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Demi Masa | TV3 | Telefilem pertama | |
2011 | Cer Citer Cinta | Mira | Astro Ria | |
2013 | Amanah Cinta | Sari | TV9 | |
Calon Menantu | Khariyah | TV1 | ||
Hijabista Kampung | Bintang | TVi | ||
Anak Dara Mak Wok | Wawa | TV1 | ||
Melodi Sepi | ||||
2014 | D'Pantai | TVi | ||
Cinta Hati Suri | Dahlia | TV3 | ||
Papa Yibbie | Suhaila | TV9 | ||
Ini Harta Haji Nana Yang Punya | Saripah | TV3 | ||
Haji Tak Mabrur | Hazwani Murfiqal | |||
From Hater To Lover | Nura | RTV | ||
2015 | Lokum Untuk Mama | Sofea | TV9 | |
Diva | Suria | Astro Prima | ||
Girlfriend Aku Dari Neraka | Tasha | Astro Ria | ||
M. A. I. D Pun Nak Raya | Noorul / Myra | |||
Isteri Separuh Masa Raya | Zita | |||
Rindu Awak 200% Raya | Armel Aisya | TV3 | ||
Nawaitu Cinta | Melati | Astro Oasis | ||
Kubur Berdarah | Keisha | Astro Ria | ||
Sesejuk Coconut Shake | Zalina | TV1 | ||
2016 | #Assalamualaikum Cinta Raya | Nia Sakinah | Astro Ria | |
2017 | 3 Gadis Manis | Mimi | Astro Gempak | |
2018 | Aku Nazmi | Ilya | TV3 | |
Di Penghujung Sujud | Zureen | |||
Retak | Saida | |||
Drama Web
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Melodi Raya | Pengacara | TV3 | bersama Awal Ashaari & AG |
2018 | Bintang Bersama Bintang | Artis Jemputan | bersama Shuk Sahar | |
Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis Jemputan | TV1 | bersama Sheila Rusly | |
I Can See Your Voice Malaysia | Artis Jemputan | ntv7 | ||
2022 | Gelanggang Awesome Raja Lawak | Juri | Awesome TV | |
2022–2023 | Famili Duo (musim 2) | Peserta pasangan selebriti | TV3 | bersama Fyna Jebat |
The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Peserta sebagai Betta Fish | Astro Warna | ||
2024 | The Hardest Singing Show | Peserta | Astro Ria | |
Videografi
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2015 | Biar Saja[30] | De'Meisis |
Kicik Kicik | Mia Sara (feat. TSWG & Cat Farish) |
Endorsmen
Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2014 | Aurawhite[31] | |
2015 | OPPO | |
Aurawhite | ||
2016 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
House of Dre | ||
Celcom Xpax | bersama Jinny Boy | |
2017 | Tonton[32] | bersama Redza Rosli, Dato' Seri Vida |
Ariani | ||
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
2018 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
Rexona | ||
2019 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
ANAS Cosmetics | ||
Watsons | bersama Jinny Boy | |
Rexona | ||
2020 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
Watsons | ||
Rexona | ||
Lazada | ||
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Top Top MeleTOP – Wanita[37] | — | Menang | |
Artis Baru MeleTOP | Rindu Awak 200% | Menang | ||
Aktres Pilihan | Tercalon | |||
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) | Tercalon | |||
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | |||
Artis Baru Wanita Popular | — | Menang | ||
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Di Layar Perak (bersama Zul Ariffin) | Rindu Awak 200% | Menang | ||
Artiste of the Month | — | Menang | ||
Artis Wanita Pilihan | Menang | |||
Anugerah Drama Adaptasi Terbaik – Pelakon | Suami Sebelah Rumah | Menang | ||
2016 | Anugerah Top Top MeleTOP – Wanita | — | Menang | |
Penyanyi MeleTOP | "Siapa Diriku" | Menang | ||
Lagu MeleTOP | Menang | |||
Pelakon MeleTOP | M. A. I. D | Menang | ||
Drama MeleTOP | Menang | |||
Aktres Pilihan | Suami Sebelah Rumah | Tercalon | ||
Aktres Terbaik Pilihan Online | — | Tercalon | ||
Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online | Tercalon | |||
Fesyen Glam Wanita Terhebat | Menang | |||
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Artis Trending Popular | Menang | |||
Anugerah Ikon Seni MAYC | Menang | |||
Artis Baru Wanita Terbaik | "Siapa Diriku" | Tercalon | ||
Kolaborasi Lagu Terbaik | "Pencuri Hati" | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular APM | Menang | |||
Artis Paling Popular APM | — | Menang | ||
Ikon Media Sosial One Drop Perfumes | Menang | |||
Selebriti Pilihan Kulit Majalah | Tercalon | |||
Selebriti Harapan Pilihan | Menang | |||
Personaliti Muzik Melodi | Menang | |||
Personaliti Media Sosial Melodi | Menang | |||
Personaliti Sensasi Melodi | Menang | |||
Pelakon Telenovela Wanita Popular | Rindu Awak 200% | Tercalon | ||
Best Feminine | — | Menang | ||
2017 | Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 | Menang | ||
Heroin Throwbaek | Awak Sangat Nakal | Tercalon | ||
OST Throwbaek | "Nakal Nakal Nakal" | Tercalon | ||
Artis Paling Gigih | — | Menang | ||
Penyanyi MeleTOP | "Pencuri Hati" | Tercalon | ||
Lagu MeleTOP | Menang | |||
Pelakon TV MeleTOP | Menongkah Kasih | Tercalon | ||
Selebriti Pencapaian Terbaik | — | Tercalon | ||
Selebriti Pilihan Kulit Majalah | Menang | |||
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Sharnaaz Ahmad) | Awak Sangat Nakal | Tercalon | ||
Artis Berpengaruh di Laman Sosial | — | Tercalon | ||
Kolaborasi Terbaik – Lagu | "Nakal Nakal Nakal" | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular APM | Tercalon | |||
Artis Paling Popular APM | — | Tercalon | ||
Ikon Media Sosial | Menang | |||
Sea Social Wildcard | Tercalon | |||
Wajah Sampul Popular | Tercalon | |||
2018 | Anugerah Penghias Muka Hadapan Sensasi | Menang | ||
Penyanyi MeleTOP | Tercalon | |||
Lagu MeleTOP | "Nakal Nakal Nakal" | Tercalon | ||
Aktres Pilihan | Dekatkan Jarak Kita | Tercalon | ||
Pasangan Pilihan (bersama Syafiq Kyle) | Menang | |||
Silver Play Button – 100,000 Subscribers | — | Menang | ||
Lagu Terbaik (Malaysia) | "Mata" | Menang | ||
Artis Paling Popular APM | — | Tercalon | ||
Ikon Media Sosial | Tercalon | |||
Pelakon Filem Wanita Popular | Pinjamkan Hatiku | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Filem (bersama Shaheizy Sam) | Tercalon | |||
Pasangan Serasi Drama (bersama Redza Rosli) | Ku Kirim Cinta | Tercalon | ||
Anugerah Skrin ke–22 | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Aku Nazmi | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik Filem | Pinjamkan Hatiku | Tercalon | ||
2019 | Penyanyi Pilihan DEEJA | — | Tercalon | |
Pelakon Wanita Harapan | Pinjamkan Hatiku | Tercalon | ||
Lagu Tema Terbaik (bersama Adi Priyo) | "Pinjamkan Hatiku" | Tercalon | ||
Video Muzik Paling Stylish | "Temberang" | Menang |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.