Emma Maembong

Pelakon dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Fatimah Rohani Ismail (lahir 27 Mac 1992) atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong,[1] merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah, sebagai Nawwal Husna dalam Projek Memikat Suami, sebagai Aleesa dalam Astana Cinta Aleesa, sebagai Aryana dalam Yes Boss, sebagai Medina Izwani dalam Isteri Separuh Masa, sebagai Farhah dalam Tersuka Tanpa Sengaja dan sebagai Emma Harlini dalam #AssalamualaikumCinta.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Emma Maembong
Kelahiran
Fatimah Rohani binti Ismail

(1992-03-27) 27 Mac 1992 (umur 32)
Pekerjaan
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian155 cm (5 ka 1 in)
PasanganMuhammad Shazli Azhar (k. 2020; c. 2024)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Ismail Embong (bapa)
  • Yatimah Zainab (nama asal Janet Nicole) (ibu)
Saudara
  • Coddy Maembong (kakak)
  • Yaya Maembong (kakak)
  • Bakri Maembong (abang)
  • Mukhsal Maembong (abang)
  • Shikin Maembong (kakak)
  • Effa Maembong (kakak)
  • Shaky Maembong (abang)
  • Beby Maembong (kakak)
  • Ahmad Maembong (adik)
  • Chacha Maembong (adik)
Tutup

Kerjaya

Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama bapanya, Ismail Embong[2] untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah.[3] Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah. Menurut Emma, beliau ​​yang pertama kali memegang watak seperti Munirah, yang merupakan seorang watak yang sangat mencabar (perempuan yang terjebak dengan kekasihnya).

Selepas selesai lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu.[4] Walaupun hanya berlakon sebagai watak sampingan, beliau juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia. Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.[5]

Emma membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi watak sebagai Jenab dalam filem komedi seram gelap Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid, beliau digandingkan bersama Saiful Apek dan Zizan Razak.[6][7] Beliau kemudiannya membintangi bersama Amar Baharin, Amyra Rosli dan Hafreez Adam dalam drama komedi romantik adaptasi novel, Tersuka Tanpa Sengaja. Selain itu, beliau juga terkenal menerusi gandingannya bersama Aiman Hakim Ridza menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria.

Emma digandingkan sekali lagi bersama Aiman Hakim dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang difilemkan di Korea Selatan dan ditayangkan pada 30 Mac 2017.[8][9]

Kehidupan peribadi

Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik.[10] Bapanya berketurunan orang Melayu Terengganu manakala ibunya merupakan warganegara British dari Scotland.[11] Ibu bapanya telah bercerai dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelukis Malaysia[12] dan beliau juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan. Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong.[13] Adik Emma Chacha dan kakaknya Yaya juga seorang pelakon.[14] Pelakon Wan Raja ialah abang ipar beliau. Pada tahun 2014, Emma mula bertudung.

Emma hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun mendapat banyak kritikan, Emma menjelaskan bahawa dia sebenarnya memilih untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai seorang adik di rumah yang tidak dapat berjalan.[15] Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pelajaran, walaupun dia mengaku tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu mengikut jejak langkah bapanya.[16]

Emma sebelum ini pernah dihebohkan menjalin hubungan dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak sekitar 2011.[17] Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.[18][19] Sekitar 2015, beliau dilaporkan bercinta dengan pelakon Kamal Adli. Pada tahun 2017, hubungan mereka dikatakan sudah putus kerana orang ketiga. Ketika Kamal memenangi SuperSpontan Superstar, kelihatan Emma datang dan mengucapkan tahniah kepada Kamal. Selepas itu, desas-desus mengatakan mereka sudah kembali menyulam cinta. Sehingga kini, hubungan mereka dalam teka teki, tidak diketahui cerita sebenar hubungan mereka itu.[20]

Pada hujung Januari 2019, Emma telah mencipta kontroversi hangat apabila dirinya menjadi tular di seluruh platform internet dan media sosial kerana membuat keputusan untuk membuka tudungnya setelah 5 tahun mengenakannya berikutan isu negatifnya dengan abang kepada seorang menteri yang mengakibatkan dirinya dikritik dan dikecam hebat oleh netizen dan peminat yang kecewa akan keputusannya itu.

Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.[21][22] Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata.[23] Pada 7 Oktober 2024, Emma telah membuat pengakuan yang dia sudah bercerai dengan suaminya dan sudah selesai menjalani tempoh idah. [24]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Werewolf Dari Bangladesh Jenab Filem pertama
2017 Kimchi Untuk Awak Bella/Salsabila
2018 Hantu Rumah Sakit Jiwa Nurse Mila Filem televisyen
2019 Garang Jasmin
2021 Frontliner Nora
Bisikan Jenazah Emma Filem Indonesia
2024 Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu Lynn Menggantikan pelakon asal Rio Elani
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Kau Yang Terindah Munirah TV3 Drama pertama
Cinta Itu Milikku Rania
2013 Kampung Girl[25] Anisah
3 Nenek 3 Dara[26] Suhaila TV1
Projek Memikat Suami[27] Nawwal Husna Astro Ria
2014 Astana Cinta Aleesa Aleesa TV9
Yes Boss[28] Aryana TV3
Syurga Tanpa Cinta Amelia TV1
Bintang Hati Dian TV2
2015 Isteri Separuh Masa Medina Izwani Astro Ria
Jodoh Sebelah Pintu Mona Airawani HyppTV
Tersuka Tanpa Sengaja Farhah Astro Ria
2016 #AssalamualaikumCinta Emma Harlini
Nasi Minyak Kuah Cinta Rosmia/Zulaikha TV3
2017 Sayang Papa Saya Tak? Raisya Astro Ria
Jangan Ikut Aku Cikgu Sheila TV3
Awak Suka Saya Tak Puteri Intan Zalikha Astro Ria
Dia Tina TV3
My Coffee Prince Teman wanita Raykal Astro Ria
2018 Cik Sempurna Noreen TV3
Jangan Padam Rindu Ellina TV1
Pencuri Cinta Kelas Satu Aisya Humaira Astro Oasis
2019 Celup Ria Astro Gempak
Ajari Playboy Itu Julia TV3
Kerana Dia Manusia Biasa Nurin Aira
Cemburu Seorang Perempuan Emilia Astro Ria
2020 Bicara Cinta Anis Sofea TV3
2021 Sis Stars Hotel Natasha Awesome TV
I Promise Janji Anaqi Hayla Astro Ria
2022 Aku Pilih Bahagia Dhiya TV1
Nusyuz Berkiblat Cinta Hawa Astro Ria
Remang Jane TV3 Episod: "Dendam Saka"
2023 One Million Dollar Voice TJ Astro Ria
2024 Takdir Itu Milik Aku Dian Zara
Wanita Milik Kaiden Haila TV3
2025 Seribu Tahun Imaan Suhana Astro Ria
Omar Umm Kulthum bint Ali TV3
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Satu Hari Di Hari Raya Dahlia TV3
Menantu Raya Aishah
Ciptaan Terindah[29] Syifa
2014 Hantu Selfie Emma Astro Ria
2015 Hidup Soraya
Isteri Separuh Masa Raya Medina Izwani
Hantu Wefie Emma
2016 Madam Nona Pokok Sena Aisyah Astro Prima
Dari Asar Ke Isyak TV2
Pontianak Sesat Dalam Kampung Rose Astro Ria
#AssalamualaikumCinta Raya Emma Harlini
Satu Tahun Lagi Lara
2017 Tangisan Kubur Astro Citra
Cermin Dimana Mana Liya Astro Ceria
Sayang Papa Saya Tak Raya? Raisya Astro Ria
2018 Menantu Nista Sofea TV3
Awak Suka Saya Tak Raya Puteri Intan Zalikha Astro Ria
Hantu Judi Hantu Tudung Astro Citra
Sesaat Bahagiaku Zila ntv7
2019 Cassandra Cassandra TV3
Silang Dura
2020 Dia Kembarku Amira/Amina
2022 Artis Pujaanku Mai Beraya Syafinaz
Raya Talak Satu Riana Astro Ria
Afundi Piring Bulat Lili (Dewasa)
Busung Katak Kak Wan Astro Citra
Nyang Sara
2023 Langit Tak Mendengar Jue Astro Ria
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 The House Dirinya sendiri Astro Ria
Ketuk-Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Juri Jemputan Astro Warna Menggantikan Remy Ishak
The Masked Singer Malaysia (musim 3) Juri
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Senarai anugerah yang diterima oleh Emma Maembong
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Wanita Paling Popular Emma Maembong Tercalon
2014 100 Wajah Tercantik TC Candler Kedudukan Ke-71 Emma Maembong Tercalon
Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era Bintang Online MeleTOP Emma Maembong Tercalon
Drama TV MeleTOP Hantu Selfie Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era Pelakon MeleTOP Isteri Separuh Masa Tercalon
Artis Lawak MeleTOP Emma Maembong Tercalon
Artis Online MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pelakon TV Wanita Popular Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Artis Aksi Selfie Popular Tercalon
Anugerah Melodi Personaliti Media Sosial Tercalon
2017 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 Aktres Pilihan Nasi Minyak Kuah Cinta Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Wanita Popular Emma Maembong Tercalon
Anugerah Telenovela 2017 Ratu Telenovela Emma Maembong Menang
Pelakon Wanita Profilik Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Pasangan Serasi Drama (bersama Hisyam Hamid) Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) Kerana Dia Manusia Biasa Tercalon
Artis Kontroversi Popular Tercalon
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 Couple Meletop Emma Maembong & Muhammad Shazli Menang
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.