Kerana Dia Manusia Biasa
Siri drama televisyen Malaysia 2019 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kerana Dia Manusia Biasa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Emma Maembong dan Shukri Yahaya. Diadaptasi dari novel 2014 bertajuk sama nukilan Wan Nur Najihah, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 24 Julai 2019 hingga 19 Ogos 2019 menggantikan Mimpi Sabrina yang dipindahkan siaran ke Slot Azalea.[1]
Remove ads
Remove ads
Sinopsis
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda juga, Nurin Aira telah memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya. Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Malangnya, lima tahun berlalu dan Nora tidak juga muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.
Kehilangan Aisyah, membuatkan jiwa Tengku Shamil Zaquan beku untuk mencintai insan lain. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. Tengku Shamil yang ingin lari dari desakan keluarga dan juga kerana mempunyai agenda tersendiri, dia dan Nurin Aira disatukan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan Aisyah. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah seorang perempuan murahan.
Setelah berkahwin, Nurin tidak tinggal sebumbung tetapi dia terpaksa berpindah tinggal sebumbung dengan Tengku Shamil, atas desakan ibu mertuanya. Hidup Nurin Aira bagaikan digantung tidak bertali. Emosinya terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya. Adakah Tengku Shamil dapat memadamkan api dendamnya terhadap cinta Nurin Aira?
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Shukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
- Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Pelakon pembantu
- Afifah Nasir sebagai Tengku Shakira
- Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura
- Zera Hariz sebagai Najwa
- Sasqia Dahuri sebagai Nora / Yasmin
- Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah
- Aleza Shadan sebagai Datin Nur Kalsom
- Mimi Ernida sebagai Suraya
- Tengku Zara Eryna sebagai Alia
- Dhia Ly sebagai Dania
- Abbas Mahmood sebagai Nazim
- Ali Reza Kavoossi sebagai Zarul
- Azwan Kombos sebagai Syed Ilham
- Afzan A. Rahman sebagai Dr Haikal
- Aishah Atan sebagai Mak Cik Halimah
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads