Afifah Nasir
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nur Afifah binti Md Nasir (Jawi: عفيفه ناصر; lahir 15 Februari 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Afifah juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon.
Biografi
Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik.[2] Beliau mula terbabit dalam bidang seni, secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram. Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip Aku Bukan Bimbo yang ditayangkan di Astro Ria, lantas membuka ruang untuk Afifah dalam bidang lakonan. Beliau pada mulanya teragak-agak kerana lebih berminat dengan dunia nyanyian, bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani sesi uji bakat.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Budak Kripto | Elly | Filem pertama |
Drama
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Crush Next Door | Astro Ria | Telefilem pertama | |
Cinta 11 Syarat Raya | Hana | Astro Maya HD | ||
2018 | Aku Dia Lagu | TV2 | ||
2018 | Cubaan Bahagia | Shasha | ntv7 | |
2022 | Jeriji Patin | TV3 | ||
Sempurna Mencintaimu | Maisara | |||
Cinta Koma | Felisha | TV2 | ||
2023 | Pontianak 100Kg | Mewangi | Tonton | |
2025 | 11 Cinta Sebelum Kamu | Sensasi |
Muzik video
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2013 | "Roman Cinta" | MOJO |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Sepahtu Reunion Live 2017 | Aishah | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Potong Jangan Tak Potong" |
2018 | Jenaka Kampung Kalut (Musim 4) | Hani | TV3 | Episod: "Kau Tetap Dalam Anganku" |
2020 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Nur | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Kemaafan Yang Terindah" |
Sepahtu Reunion Live 2020 | Saleha | Artis Jemputan: Episod "Yang Lebih Kau Cinta" | ||
2021 | Sepahtu Reunion Live 2021 | Cikgu Badariah | Artis Jemputan: Episod "Harapan" | |
Marina | Artis Jemputan: Episod "Kasih Di Hujung Usia" | |||
2022 | Jenaka Kampung Kalut (Musim 7) | Dek Na | TV3 | Episod "Orang Baru" |
Sepahtu Reunion Live Tour | Mila | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Kasihnya Ayah" | |
Rumah Terbuka Raya Sepahtu | Tetamu Jemputan | |||
Sepahtu Reunion Al-Raya | Dahlia | Artis Jemputan: Episod "Kerana Sepasang Kurung Biru" | ||
2023 | Mic ON! Selebriti | Peserta | Awesome TV |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.