Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (atau Werewolf Dari Bangladesh sahaja) merupakan sebuah filem seram komedi gelap Malaysia 2015 arahan Mamat Khalid. Dibintangi oleh Usop Wilcha, Zizan Razak, Saiful Apek, Rab Khalid, Sharwani NS dan Emma Maembong, filem ini ditayangkan pada 5 Mac 2015.[1][2][3]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehZairul Azman
Dibintangi
Disunting olehAmen Khalid
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 5 Mac 2015 (2015-03-05) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.8 juta
Tutup

Sinopsis

Kisah bermula 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.

Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar iaitu Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati. Di Malaysia, Usop Wilcha yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Pada masa sama, wabak werewolf (serigala jadian) itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi. Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.[4]

Pelakon

  • Zizan Razak sebagai Pilun
  • Saiful Apek sebagai Mirdu
  • Usop Wilcha sebagai Usop
  • Rab Khalid sebagai Yeh Sekupang
  • Adi Shamsul sebagai Adi
  • Sharwani NS sebagai Wahab B
  • Emma Maembong sebagai Jenab
  • Ahmad Maembong sebagai Jacob
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Abrahamovic
  • Amir Raja Lawak sebagai Penampilan Khas
  • Afry Wijoyo sebagai Pelakon Tambahan
  • Muhamad Ikhwan sebagai Kumba
  • Muhamad Azwan sebagai Kumbi

Penerbitan

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh diarahkan oleh Mamat Khalid, terkenal dengan karya bergenre komedi, beliau turut menulis lakonlayar. Usop Wilcha yang sebelum ini muncul dalam beberapa filem arahan Mamat, memegang watak sebagai Usop. Emma Maembong yang terkenal dengan peranan lakonan di televisyen seperti Astana Cinta Aleesa dan Projek Memikat Suami, memegang watak sebagai Jeynab; Werewolf Dari Bangladesh merupakan filem pertama lakonannya.[5] Kos pembikinan dianggarkan berjumlah RM1.8 juta dan penggambaran dijalankan di Taiping dan Ipoh, Perak.[6]

Keluaran dan sambutan

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh ditayangkan pada 5 Mac 2015 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Aqmar Mustaza, menulis untuk Sinar Harian merasakan beberapa watak di dalam filem ini ibarat "sudah basi untuk dipertontonkan lagi".[7] Mengulas untuk mStar Online, Shazryn Mohd Faizal melihat filem ini banyak yang boleh dibincangkan terutama dari segi pengisiannya yang menyaksikan sinikal Mamat masih lagi tajam terutama dalam membincangkan aspek permasalahan pemikiran orang Melayu secara khususnya.[1] Syed Mussaddad Syed Mahdi menulis untuk Utusan Malaysia pula berhujah bahawa Werewolf Dari Bangladesh digarap secara santai dan menghiburkan dan menganggap satira yang disampaikan oleh Mamat masih berbisa dengan subjek Bangladesh yang lebih antarabangsa.[8]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.