Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Mohammad Zalimei bin Ishak (lahir 11 April 1982)[1][2] yang lebih dikenali sebagai Remy Ishak ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.
Remy Ishak DPSM (Melaka) | |
---|---|
Kelahiran | Mohammad Zalimei bin Ishak 11 April 1982 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Datin Roszaliza Yusof (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Beliau juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Kekasih Paksa Rela, Dosa: Sacred Sin, Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan Keluarga Baha Don. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Cun! dan Nur Kasih The Movie (2011), Jiwa Taiko, 29 Februari dan Hantu Kapcai (2012), Pulang (2018), Sangkar (2019) dan The Experts (2024). Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 11 April 1982 di Melaka dan dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai anak kedua daripada empat beradik kepada sebuah keluarga yang berpecah-belah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang mencari kerja ke Kuala Lumpur. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, beliau mendapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.
"Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudiannya bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya mendapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.[3]
Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon popular. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.[4]
Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri ujibakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Akuarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun demikian filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.
Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disiapkan menyebabkan Remy kecewa sekali gus menguburkan harapan beliau dalam bidang lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersial keduanya, Anak Halal sekali gus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskhah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.
Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat setinggan di Kuala Lumpur.
Selepas membintangi Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai pelakon, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali di kalangan penerbit filem. Maka itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah bebas, James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dengan berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha dan filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.
Dalam pada itu, Remy terlibat dalam sebuah filem pendek eskperimental berjudul Comolot, karya Amy Ikram; seorang pelajar jurusan seni perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Comolot mengundang kontroversi kerana berkisar tentang homoseksual yang masih dianggap sebagai subjek sensitif di Malaysia. Remy Ishak dalam filem pendek ini dipaparkan sebagai seorang yang melindungi identiti 'gay'nya dari pengetahuan tunangnya. Rahsianya terbongkar pada suatu hari, apabila tunangnya ternampak beliau mandi bersama dengan seorang lelaki. Filem tersebut ditayangkan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan pada pertengahan 2007; beberapa bulan sebelum filem Anak Halal memasuki pawagam.
Pada tahun 2007, Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran ntv7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan dan kemudian; beliau membintangi drama bersiri 30 episod Tidak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Pada tahun itu juga, Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.
Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem 'box office' sekali gus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.
Remy berlakon bersama Datin Lisa Surihani dalam siri drama romantik Obsesi arahan Murali Abdullah yang disiarkan di TV3 pada 5 November hingga 28 Disember 2008.[5] Remy menjayakan watak utama sebagai Tengku Azizudin yang telah kematian isteri, berkahwin dengan Suriati (Lisa).[6]
Beliau berlakon dalam satu-satunya filem lakonannya pada tahun 2009, Duhai Si Pari-pari arahan Azmi Mohd Hatta dan turut dibintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.[7] Selain itu, Remy muncul dalam tiga telefilem serentak—dua telefilem TV3 Cinta Si Tiga Teruna, dan Bisikan Subuh serta telefilem TV2, Pabila Syaitan Berbisik.
Pada 2010, Remy menjayakan watak sebagai Inspektor Kamal dalam filem aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau bergandingan dengan Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Inspektor Zam. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac dan mencapai kutipan pecah panggung.[8] Selain itu, Remy melakonkan watak tajuk dalam drama Arjuna yang turut dibintangi oleh Nora Danish.[9]
Remy terus mengorak langkah dengan drama yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia - Nur Kasih. Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton oleh 5 juta penonton.[10][11] Kemudiannya drama Nur Kasih telah ditayangkan pada Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Lakonan beliau dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.[12]
2012 memperlihatkan Remy lebih banyak beraksi di layar lebar, beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko yang turut dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Diana Danielle, Beto Kusyairy, Dato Fizz Fairuz dan Sofi Jikan; beliau memegang watak sebagai Firman Mustaqim.[13] Ditanya mengenai lakonannya dalam filem itu, Remy berkata: "Saya bersetuju berlakon dalam filem ini kerana naskhah yang cukup menarik dan bukan kerana dapat pegang-pegang pelakon wanita lain. Menjadi tugas saya untuk menjayakan dan menghidupkan watak dengan sebaik mungkin."[14] Beliau seterusnya berlakon dalam filem romantik arahan Pierre Andre, Aku, Kau & Dia lakonan bersama Zarina Jamalullail dan Pekin Ibrahim yang ditayangkan pada 28 Jun 2012; menjayakan dua watak sebagai Izlan dan Haris. Ia mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.[15]
Bekerja di bawah arahan Edry Abdul Halim, Remy membintangi filem biografi fantasi percintaan 29 Februari terbitan KRU Studios,[16] mengisahkan seorang lelaki bernama Budi yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain.[17] Remy membawakan watak Khalil dalam drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan pelakonnya dalam Nur Kasih, Tiz Zaqyah dengan watak sebagai Lea Soraya. Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain. Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.[18][19][20][21]
Selepas Cinta Jangan Pergi, Remy memegang watak Helmi dalam drama Ku Cinta Kau Seorang arahan Khairul Amri "Keoi" Khalid (Allahyarham), berpasangan dengan pendatang baharu Amyra Rosli yang memegang watak Batrisya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary di TV3 bermula 19 November 2013 – 20 Februari 2014.[22] Remy menjayakan watak Hardy dalam filem komedi romantik Sejoli: Misi Cantas Cinta arahan Osman Ali lakonan bersama Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aishah, Azad Jazmin dan Dira Abu Zahar.[23] Filem ini ditayangkan pada 20 Februari 2014 hingga kejayaan komersial dan persembahan beliau menerima pujian pengkritik filem.[24]
Remy bersama-sama Kamal Adli, Nad Zainal, Nabila Huda, Shahriza Mahmud dan Puteri Syasya memegang watak utama dalam drama cereka sains #Antidot yang mengisahkan tentang beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia.[25][26] Pelakon Nad mengakui amat mengagumi Remy yang disifatkannya sebagai pelakon yang senang memberikan kerjasama.[27] Pada pertengahan 2014, Remy memegang watak sebagai Adam dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rashid lakonan bersama Beto Kusyairy dan Cristina Suzanne Stockstill yang dikeluarkan pada 12 Jun 2014. Ia mengisahkan Adam yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Mempunyai kehidupan serba mewah dia sering menjadikan orang miskin sebagai tempat untuk dia melepaskan pelbagai penghinaan. Tahu tidak disukai ramai, Adam sedikit pun tidak terkesan dengan keadaan itu.[28] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "Biarpun bukan seorang pelawak, namun Remy membuktikan watak serius yang dilakonkannya mampu menggegarkan panggung dengan dialog yang kelakar,".[29]
Melengkapkan portfolio 2015 dalam kerjaya lakonannya, Remy berlakon dalam dua filem. Di dalam filem Pilot Cafe arahan Osman Ali dengan cerita dan lakonlayar oleh Ahadiat Akashah (penulis novel asal) dan Jujur Prananto, Remy memegang watak sebagai Rashid, kekasih Maya lakonan Izara Aishah. Sebagai peminat novel asal, Remy mengakui dirinya teruja diberi peluang beraksi di dalam filem ini walaupun dirinya berharap untuk mendapat watak Reza dan bukannya Rashid.[30][31] Beliau seterusnya muncul dalam filem aksi ketenteraan Bravo 5 arahan Yeop Hitler Zami yang mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis. Dalam filem ini, beliau menjayakan watak Leftenan Azri. Filem ini ditayangkan pada 10 September 2015 selepas dua tahun terperap.[32]
Remy memegang watak sebagai Azim dalam filem drama arahan Tunku Mona Riza, Redha yang merupakan penyertaan Malaysia bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.[33]
Beliau menjayakan watak Saleh dalam teledrama 6 episod sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60, Anak Merdeka yang turut dibintangi oleh Elvis Chin dan Thanuja Ananthan bersiaran serentak di Astro Prima dan Astro Mustika HD bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.[34][35]
Remy menjayakan peranan utama dalam Kau Takdirku, sebuah filem drama romantik lakonan bersama Ezzaty Abdullah, Bront Palarae dan Aisya Hasnaa. Ia ditulis dan diarahkan oleh Jason Chong, dan ditayangkan pada 7 September 2017.[36] Ia menjadi satu-satunya filem lakonan Remy dalam tahun 2017.
Kembali bekerja dengan Kabir Bhatia, Remy membintangi filem biografi sejarah Pulang, yang menggandingkan beliau bersama pelakon baharu Puteri Aishah yang memegang watak Che Tom. Filem ini diilhamkan dari satu kisah benar peristiwa yang pernah berlaku pada 1940an, ia ditayangkan 26 Julai 2018.[37]
Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Johan "The Jedi" Kamaruddin dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir yang menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin dan Mira Filzah. Dikeluarkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[38][39]
Remy sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Ummi Nazeera pada 2008 dan menafikannya. Pada tahun, 2009 pasangan ini dilihat lebih terbuka mempamerkan cinta. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada Disember 2009, Remy dan Ummi memutuskan hubungan.
Pada Januari 2010, Remy memaklumkan bahawa beliau rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih. Pada September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih berkawan baik.[40][41][42][43]
Beliau mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan Ezza Yusof pada Mei 2017 dan kemudiannya beliau mengesahkan putus tunang pada Februari 2019.[44] Remy kemudian dikaitkan dengan pelakon Mira Filzah, namun masih tiada jawapan tentang hubungan dengan mana-mana wanita. Remy berkahwin dengan Ezza pada 21 Ogos 2021.[45][46] Hasil perkahwinan Remy dan Ezza telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Alam Tuah Bin Muhammad Zaliemi.
Sebagai pelakon popular, Remy tidak lepas daripada disogok dengan pelbagai cerita panas. Bermula dengan isu filem gay (Comolot), Remy berdepan pula dengan tuduhan tidak mesra wartawan. Omelan beberapa wartawan yang sukar mendapatkan Remy untuk temubual menjadi bahan cerita hingga Remy tampil memperbetulkan kedudukan.
Namun demikian, kontroversi paling hebat dalam karier seni Remy adalah peristiwa didakwa mengasari seorang anak ahli perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dipukul sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya pada 4 Disember 2009; malam pementasan teater Natrah. Sebaliknya Remy sedikit pun tidak menjangka akan diserang kerana tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Remy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Menurut Remy, kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu penampilannya dalam teater arahan Erma Fatima terbabit dan tidak mengalami kecederaan teruk. Katanya, buat waktu ini beliau tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang kenyataannya akan mengganggu siasatan polis. Remy membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus selepas insiden itu.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Anak Halal | Shah | Filem pertama |
Comolot | Daniel | Filem pendek | |
2008 | Bernafas Dalam Lumpur | Faiz | |
2009 | Duhai Si Pari-Pari | Budi | |
2010 | Hooperz | Nik | |
Evolusi KL Drift 2 | ASP Kamal | ||
2011 | Cun! | Atan | |
Nur Kasih The Movie | Adam | ||
2012 | Jiwa Taiko | Firman Mustaqim | |
Aku, Kau & Dia | Izlan / Haris | ||
29 Februari | Budi | ||
Hantu Kapcai | Tiger | ||
2013 | Sembunyi: Amukan Azazil | Kamal | |
Kolumpo | Pelanggan Kedai Mamak 1 | Penampilan khas | |
2014 | Sejoli: Misi Cantas Cinta | Hardy | |
CEO | Adam | ||
2015 | Pilot Cafe | Rashid | |
Bravo 5 | Leftenan Azri | ||
2016 | Redha | Azim | |
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | Bo | ||
2017 | Kau Takdirku | Kamar | |
2018 | Pulang | Othman | |
Rise: Ini Kalilah | Koperal Azman | ||
Langsuir | Kubu | Penampilan khas | |
2019 | Bu, Kasih Suci | Hafiz | |
Sangkar | Johan Jedi Kamaruddin | ||
Dendam Pontianak | Khalid | ||
2020 | Tyickoouns | Mannan | |
2021 | Proksi | Aqil | |
2023 | Harum Malam | Jamil | |
2024 | The Experts Selamatkan Raya | Amiruddin (Amer) | Filem pendek |
The Experts | Amiruddin (Amer) | ||
2025 | 6 Jilake | Talam | |
Chekau | |||
Keluang Man | Shamsir | ||
Munajat Kekasih | Sulaiman | ||
TBA | Serangan Subuh | ||
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Tidak Pernah Ku Sesali | Ikhwan | TV1 | Drama pertama |
2008 | Sindarela | Tengku Haidar | TV3 | |
Obsesi | Tengku Azzuddin | |||
Ai d'Beijing | Tarmizi | |||
Awan Dania (Musim 1) | Iman | Astro Ria | ||
2009 | Keliwon | Husin | TV3 | Episod: "Puja" |
Nur Kasih | Adam | |||
Tower 13 | Pengawai Makmal | Penampilan khas | ||
2009-2010 | Suraya | Azman | ||
2010 | Arjuna | Arjuna | ||
2011 | Tahajjud Cinta | Solahudin | ||
2012 | Tanah Kubur (Musim 4) | Mahad | Astro Oasis | Episod: "Pengkid" |
Cinta Dalam Hati | Dino Abadi | TV1 | ||
2013 | Cinta Jangan Pergi | Kalil | TV9 | |
Ku Cinta Kau Seorang | Helmi | TV3 | ||
2014 | Jiwa | Iskandar | ||
Kasih Berbisik | Imran | |||
Oh! Bama | Baharom | TV2 | ||
Mencari Cinta | Razlan | TV1 | ||
2014–2015 | Satu Hari | Isfahan | TV9 | |
Antidot | Fatah | TV3 | ||
2015 | Mail & Sudin Sambut Ramadan | Astro Oasis | ||
2016 | Rumi & Jawi | Rumi | Astro Prima | |
Kapsul Mail & Sudin Naik Haji | Astro Oasis | |||
Permata Rasul | Al-Layth Ibnu Sa'd | |||
2017 | Cik Serba Tahu | Carl Adham | Astro Ria | |
Khabar Dari Casablanca | Farhan | TV2 | ||
Anak Merdeka | Salleh | Astro Prima | 5 episod | |
Coklat | Yamin | TV1 | ||
Kekasih Paksa Rela | Adham | TV3 | ||
2018 | Dosa: Sacred Sin | Farid | Astro First Eksklusif | |
Lelaki Kiriman Tuhan | Iqbal Raid | Astro Oasis | ||
Pujaan Hati Kanda | Megat Danish / Danny | TV3 | ||
2019 | Imaan | Hezrey | Astro Ria | |
2020 | Bukan Gadis Biasa | Rayyan | TV3 | |
Safi Eliksir Ke Hatimu | Amir Nasir | |||
Hati Yang Tersakiti | Haris | |||
2022 | Jangan Menangis Cinta | Zafran Zahim | Astro Ria | |
Kuasa | Dayyan | Astro Citra | ||
2023 | Hijrah Jannah | Syawal Fitri | Astro Ria | |
TBA | Perempuan Tanpa Syurga | Bakri | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2007 | Mininovella: Di Penghujung Senja | Azlan | TV9 |
2008 | Noda Semalam | TV3 | |
Jalan Pintas ke Neraka | Razlan | ||
Biarkan Aku Berdiri | Jeffri | TV2 | |
Iktikaf | Shawal | TV3 | |
Takbiratul Ihram | Kadim | Astro Prima | |
Sesuci Kasih | TV3 | ||
Cinta Si 3 Teruna | Faris | TV2 | |
2009 | Bisikan Subuh | Aidid | TV3 |
Pabila Syaitan Berbisik | Brian | TV2 | |
2010 | Mat Bunga | Harry | |
Keabadian Cinta | Ehsan | Astro Citra | |
Sabar | Hussin Bangla | TV3 | |
Air Mata Nur Salina | Fakar | ||
Raya Musim Luruh | Remi | ||
Pun Pun | Hafiz | TV2 | |
Masihkah Ada Sinar | Mazlan | TV1 | |
2011 | Bukan Untukku | Rashid | |
Payung Emas | Hidayat | TV3 | |
Aduh Sayang | Shidi | ||
2012 | Runtuhnya Sebuah Dosa | Rashidi | |
Cinta Si Tukang Kasut | Badrul | Astro Prima | |
Kau Untukku | Fuad | Astro Box Office | |
Sabar Tak Sabar | Salman | TV3 | |
Pelita Buluh Tok Wan | Razak | ||
Pun Pun | Hafiz | TV2 | |
2013 | Ku Pinang Kau Dengan Bismillah | Raikal | Astro Prima |
XOXO | Haziq | TV9 | |
Destinasi Cinta Sara | Iman | Astro Ria | |
2014 | Pintu Lain Ke Syurga | Haris | TV3 |
Anak Aku Bukan Milik Aku | Hidayat | ||
Takdir Cinta | Dr. Zaid | Astro Box Office | |
7 Jam | Inspektor Shahrul | TV9 | |
Insaf | Amir | TV2 | |
Warkah Kehidupan | Amin | TV AlHijrah | |
Ketupat Rendang Keju | Adam | Astro Warna | |
Atie Setan | Firdaus Helmi | Astro Prima | |
2015 | Melrose | Dr. Zawawi | Astro Citra |
Cintaku Tertinggal Di Mostar | Farid | TV3 | |
Parut Sarajevo | Reza | TV9 | |
Seutas Tasbih Biru | Ahmad | Astro Oasis | |
2016 | Pangkalan Batu 6 | Li | Astro Citra |
Tercipta Untukku | Adil | Astro First Eksklusif | |
Bila Artis Balik Kampung Beraya | Arman Johari | Astro Prima | |
2017 | Pesan Dari Tuhan | Jamil | TV3 |
Komplot | Zali | Astro Citra | |
Purnama | Purnama | TV3 | |
Siapa Dia Sebenarnya | Qalif | ||
2018 | Hari Terakhir Seorang Pengurus | Nasir | Astro Citra |
Bahulu Untuk Opah | Badrul | TV3 | |
Andai Ku Cinta Lagi | Zaman | TV2 | |
2019 | Pujaan Hati Kanda Raya | Megat Danish / Danny | TV3 |
2020 | Cucu Nek Putih | Sein | Astro Citra |
2021 | Doa Terindah | Ustaz Amri | TV1 |
2023 | Matin | Hilman | |
Bro Jenin | Mat Jenin | Astro Ria | |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2019–2021 | Keluarga Baha Don | Jo Don | Viu |
2019 | Ombak Rindu The Series | Hariz Abdullah | Iflix |
2024 | Restu | Razak | IQIYI |
The Secret | Dr. Amir | Viu | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Hala 3 | Pengacara | Astro Prima | |
2018 | Maharaja Lawak Mega 2018 | Juri Tetap | Astro Warna | bersama Douglas Lim, Tya Arifin dan Scha Alyahya |
2020–2022 | The Masked Singer Malaysia | Juri Tetap | bersama Datuk Aznil Nawawi, Ella, Angah Raja Lawak, Nabila Huda, Ramona Zamzam, Zizan Razak, Raja Azura & Michael Ang | |
2021 | Roda Panas | Pengacara | Naura HD | |
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2011 | "Kisah Hati" | Datin Alyah |
2016 | "Raniaku" | Aizat Amdan |
2018 | "Jutaan Purnama" | Datin Alyah |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2009 | Natrah | Mansor Adabi |
2010 | Natrah 2 | |
2014 | Takhta 3 Ratu | Megat Panji Alam |
2015 | Sekuntum Mawar Merah | Rashid |
Maduku Kalut Returns | Selamat | |
2016 | Muzikal Randai Cindua Mato | Cindua Mato |
2017 | Tun Fatimah: Serikandi Empayar Melaka | Sultan Mahmud Shah |
Tahun | Tajuk | Watak | Stesen Radio |
---|---|---|---|
2016 | Dramatik Kool: Ikhlas Medina | Ikhlas | Kool FM |
2018 | Dramatik Kool: Cinta Gila | Farel | |
Tahun | Tajuk Lagu | Catatan |
---|---|---|
2011 | "Cun Selalu" (bersama Maya Karin) |
OST Cun! |
2012 | "Kelip-Kelip" | OST 29 Februari |
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2009 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Drama | Jalan Pintas ke Neraka | Tercalon | [48] | |
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah) | Nur Kasih | Tercalon | |||
2010 | Artis Lelaki Romeo | — | Tercalon | [49] | |
Pelakon TV Lelaki Popular | Menang | [50] | |||
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | Tercalon | ||||
Selebriti Lelaki Seksi | Menang | ||||
Selebriti Lelaki Popular | Tercalon | [51] | |||
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah) | Nur Kasih | Tercalon | |||
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Evolusi KL Drift 2 | Tercalon | [52] | ||
2011 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon | [53][54] | |
Pelakon TV Lelaki Popular | Menang | ||||
Pelakon Lelaki Terbaik – Drama | Airmata Nur Salina | Tercalon | [55] | ||
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem | Cun! | Menang | |||
Pelakon Lelaki Terbaik | Nur Kasih The Movie | Tercalon | |||
2012 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | [56] | |
Pelakon Lelaki Pilihan | Nur Kasih The Movie | Tercalon | [57] | ||
OST Filem Pilihan (bersama Maya Karin) | "Cun Selalu" | Tercalon | |||
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | — | Tercalon | |||
Selebriti Lelaki Popular | Tercalon | [58] | |||
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah) | Nur Kasih The Movie | Tercalon | |||
2013 | Pelakon Lelaki Pilihan | Jiwa Taiko | Tercalon | [59] | |
Antagonis Pilihan | Hantu Kapcai | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem | 29 Februari | Tercalon | [60] | ||
Artis Lelaki Pilihan | — | Menang | [61] | ||
2014 | Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | Tercalon | [62] | ||
Selebriti Lelaki Seksi | Tercalon | ||||
2015 | Pelakon Komedi Lelaki Terbaik - Drama | Atie Setan | Tercalon | [63] | |
2016 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon | [64] | |
Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | ||||
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | Menang | [65] | |||
Selebriti Lelaki Seksi | Tercalon | ||||
2017 | Selebriti Lelaki Seksi | Tercalon | [66] | ||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | [67] | |||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Drama | Pesan Dari Tuhan | Menang | [68] | ||
2018 | Pelakon Lelaki Terbaik - Drama | Cik Serba Tahu | Tercalon | ||
Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | |||
Pasangan Serasi Drama (bersama Intan Najuwa) | Tercalon | ||||
Pasangan Serasi Filem (bersama Ezzaty Abdullah) | Tercalon | ||||
Anugerah Skrin ke–22 | Pelakon Lelaki Terbaik - Filem | Pulang | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Menang | [69] | |||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Do[s]a | Menang | |||
2019 | Pelakon Lelaki Terbaik | Pulang | Tercalon | ||
Aktor Pilihan | Kekasih Paksa Rela | Tercalon | |||
Pasangan Pilihan (bersama Intan Najuwa) | Tercalon | ||||
Pelakon TV MeleTOP | Lelaki Kiriman Tuhan | Tercalon | [70][71] | ||
Bintang Filem MeleTOP | Pulang | Tercalon | |||
Fesyen MeleTOP | — | Tercalon | |||
Selebriti Lelaki Seksi | — | Menang | |||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Pulang | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Filem (bersama Mira Filzah) | Rise: Ini Kalilah | Tercalon | |||
Pelakon TV Lelaki Popular | Pujaan Hati Kanda | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Mira Filzah) | Menang | ||||
Gandingan Serasi Drama (bersama Mira Filzah) | Lelaki Kiriman Tuhan | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Terbaik – Telenovela | Pujaan Hati Kanda | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Popular – Telenovela | Pujaan Hati Kanda / | Menang | |||
2021 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Sangkar | Menang | ||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.