Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmad Kamal Ahmad Adli (lahir 16 April 1986) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.
Kamal Adli | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Kamal bin Ahmad Adli 16 April 1986 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Uqasha Senrose (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan, Black Belt Kaler Pink dan Black serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa, Rongples Rongtaim dan Perempuan Tanpa Dosa.
Beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013), Abang Long Fadil (2014) dan Takluk: Lahad Datu (2024). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
Beliau telah melamar Uqasha Senrose pada 20 Disember 2020, di acara langsung Anugerah MeleTOP Era. Pada 13 Mac 2023, beliau teruk dipukul oleh lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat. [1]
Kamal dilahirkan pada 16 April 1986 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008.[2] Kamal berkelulusan dalam Bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM; Akademi TV3).
Peranan pertama Kamal dalam bidang lakonan ialah pada 2008 menerusi peranan kecil dalam siri drama Renjis musim kedua di Astro Ria, seterusnya memulakan kerjayanya sebagai pengacara apabila beliau mengacarakan rancangan Pandanganku, Ceritaku yang juga bersiaran di Astro Ria. Pada 2009, Kamal diberikan peranan utama sebagai Nik menerusi drama adiwira cereka sains TV3, Bio-Nik terbitan KRU Studios.[3] Drama ini berkisarkan seorang remaja yang bernama Nik yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, lalu dibangkitkan semula dengan berlengkapkan pelbagai ciri-ciri robotik yang canggih lagi serba boleh dalam badannya.[4][5][6]
Selepas Bio-Nik, Kamal berlakon bersama Liyana Jasmay menerusi drama Zati & Si Mawas.[7] Peranan pertama di layar lebar hadir pada 2010 apabila Kamal membintangi filem sulung lakonannya, Niyang Rapik arahan Ahmad Idham bersama Shaheizy Sam dan Awal Ashaari.[8]
Pada tahun 2011, Kamal bersama Liyana dan Zahiril Adzim membintangi filem seram Senjakala arahan Ahmad Idham yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai penduduk kampung. Beliau pertama kali berpasangan dengan Intan Ladyana menerusi filem Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan, Kamal memegang watak dua beradik kembar, iaitu Awal dan Awi. Seterusnya, beliau membintangi drama Ana lu'lu’' bersama Nora Danish yang disiarkan di Slot Lestary TV3.
Bekerja sekali lagi di bawah arahan Idham, Kamal bergandingan bersama aktres Indonesia, Olivia Lubis Jensen menerusi filem romantik gabungan Malaysia-Indonesia, Gerimis Mengundang yang ditayangkan pada 31 Mei 2012. Kamal kembali ke layar kaca dengan melakonkan watak utama dalam siri Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 bersama dua heroinnya, Miera Leyana dan Nad Zainal.
Pada tahun 2013, Kamal bersama Syamsul Yusof dan Hanis Zalikha berlakon dalam filem aksi komedi arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam, Gangster Celop.[9] Beliau kemudiannya berlakon dalam filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin. Seterusnya, beliau menjadi peserta rancangan realiti TV, Liga Lawak Superstar. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee dalam pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[10][11]
Pada tahun 2014, beliau bersama Zizan Razak memegang watak utama dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[12] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada filem KL Gangster, Kamal melakonkan watak sebagai Adam, anak kepada seorang pendekar. Seterusnya, beliau berlakon dalam filem seram arahan Pierre Andre, Cerita Hantu Malaysia.
Kamal memegang watak sebagai Chi dalam telefilem Rongples Rongtaim arahan Yusry KRU lakonan bersama Tauke Jambu, Chelsia Ng, Bell Ngasri, Chew Kin Wah dan Ayahanda Abdul Rani Kulup. Telefilem ini disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra.[13] Ini merupakan kali kedua Kamal dan Tauke berlakon bersama selepas Abang Long Fadil.
Beliau berlakon bersama Aaron Aziz dalam drama komedi Black Belt Kaler Pink yang bersiaran di Astro Warna, seterusnya muncul dalam filem drama ketenteraan arahan Jurey Latiff Rosli, Malay Regiment yang ditayangkan pada 31 Ogos 2017.
Beliau juga mendapat undangan dalam satu rancangan sitkom yang ditayangkan di saluran Youtube FINAS Malaysia iaitu Sitkom 'Mamu Mami Gosip ' yang diterajuai Kazar Saisi, Tauke Jambu, Delimawati, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Afifah Nasir, Aidil Aziz, Fikhree Bakar dan Amyza Adnan. Kamal merupakan salah satu tetamu jemputan disamping Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Arwah Abam Bocey, Joey, Fauziah Nawi, Hazama, Farahdhiya, Achey, Liza Abdullah, Azrel Ismail dan ramai lagi. Sitkom ini telah dirakam 3 tahun lalu (2017) sebelum wujudnya Covid 19.
Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama lebih 6 tahun, namun mereka berdua memutuskan hubungan selepas enam tahun bersama. Namun demikian, perpisahan itu tidak dapat diterima bagi Kamal yang masih lagi berharap agar percintaan mereka dapat disambung kembali. Menurut Kamal, beliau berasa kecewa dengan perpisahan ini dan tidak menyangka Intan akan meninggalkannya begitu sahaja setelah 6 tahun menyulam cinta.[14][15][16][17][18][19][20][21][22][23]
Kini Kamal masih sendiri dan banyak fokus pada kerjaya. Beliau juga terpalit dengan gosip tentang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose kerana mereka sangat rapat sewaktu bekerjasama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Namun begitu keduanya terlihat sering bersama dan Kamal juga sering terlibat dengan majlis keluarga Uqasha. Pengarah drama terbaru 'Perempuan Tanpa Dosa' yang kini ditayangkan di Astro Ria, iaitu Michael Ang cuba membongkar gosip yang menyatakan Kamal dan Uqasha telah pergi ke kursus kahwin sewaktu tiada sesi penggambaraan antara mereka pada bulan Oktober di Instagram Michael, namun mereka tidak memberi sebarang tanda bahawa apa yang dikatakan oleh Michael adalah benar.
Detik 20 Disember 2020, selepas menyampaikan anugerah bagi kategori “Grup/Duo Meletop Era”, “Lagu Meletop Era” dan “Penyanyi Meletop Era” di acara Anugerah MeleTOP Era, Kamal memberanikan diri untuk melamar Uqasha sebagai isteri yang juga pasangannya penyampai anugerah, secara langsung. Uqasha, yang terkejut dengan lamaran spontan itu, terima lamaran Kamal. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 4 April 2021 dan telah menikah pada 5 November 2021 tahun lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Niyang Rapik | Helmi | Filem pertama |
Semerah Cinta Stilleto | Randy | Penampilan kameo | |
2011 | Senjakala | Abang Intan | |
Kembar Siang | Awal / Awi | ||
Senario The Movie Ops Pocot | Hairi | ||
2012 | Gerimis Mengundang | Zamani | |
Salam Cinta | Amirul | ||
Aku Ada, Kau Ada??? | Aziz Sattar | ||
3 Temujanji | Kamal | ||
PE3 | Fumi/Sarjan Akbar | ||
Apa Celop Toqq | Doktor | Penampilan kameo | |
2013 | Gangster Celop | Aman | |
Cinderella | Ray | ||
Paku | Pian | ||
2014 | Abang Long Fadil | Adam | |
MTB: Misi Tawan Baby[24] | Helmi | ||
Cerita Hantu Malaysia | Saad | ||
2015 | Isteri Untuk Dijual | Redza | |
Apartment | Nasa | ||
2016 | Kecoh! Primadona Kena Hantu | Nek Nak | |
2017 | Malay Regiment | Kamal | |
Kolestrol vs Cinta | Irfan | ||
2018 | Blok 404 | Penampilan khas | |
2020 | Superbike The Movie | Bugis | |
2022 | Gracias Barcelona | Dirinya sendiri | |
Zaara | Remy | ||
2023 | Escape | Adam / Kapten Khalif | |
2024 | Takluk: Lahad Datu | DSP Jailani | |
2025 | Munajat Kekasih | Lothfi | Pos-produksi |
TBA | Satu | Pra-produksi | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Impian Sunsilk | Johan Dhani | TV3 |
Renjis 2 | Budi | Astro Ria | |
2009 | Bio-Nik | Nik | TV3 |
Zati & Si Mawas | Iskandar | ||
2010 | Mayang Mengurai | Shahrul | |
Seribu Kali Cinta | Nizam | ||
Shah Jihan | Jihan | ||
Pusaka | Sham | TV2 | |
Blogger Boy: Episod 35 | Teman Lelaki Adriani | 8TV | |
Tipah Vavavoom | Imran | TV3 | |
2011 | Ana lu'lu | Harris Azhan | |
Gemilang | Umar | ||
Terowong: Penunggu | Amin | ||
2012 | Apa Celop! | Aman | |
Putera Rayyan | Putera Rayyan | ||
Runtun Qalbu | Qalbu | ||
2013 | Tanggang Ayu | Haziq | Astro Prima |
Bila Hati Perempuan Menjerit | Amar | ||
Terukir Di Bintang | Zain | TV3 | |
2014 | Syurga Tanpa Cinta | Luqman | TV1 |
Jiwa | Jiwa | TV3 | |
Antidot | Alam | ||
Alam Maya | Amman | TV9 | |
Masihkah Ada Cinta | Sam | TV3 | |
2015 | Jodoh Sebelah Pintu | Dr Badrul Syah | HyppTV |
2016 | Sha & Shah | Fariz Ameerul Shah | Astro Ria |
#AssalamualaikumCinta | Azrif Iqbal | ||
Pergilah Air Mata | Badrul | TV1 | |
Oh My English! After School | Kamal | Astro TVIQ | |
PU Wid | Ahmad Widad | Astro Oasis | |
2017 | Black Belt Kaler Pink | Burn | Astro Warna |
Pergilah Air Mata: 4 Episod Khas | Badrul | TV1 | |
Duda Pujaan Dara | Tengku Razeen | Astro Ria | |
2018 | Banteras | Badrul | |
Jika Masih Ada Rindu | Hisyam | TV3 | |
2019 | Setelah Terlafaznya Akad | Hanan | Astro Ria |
Utusan Cinta Buat Adam | Adam Firdaus | TV3 | |
2019–2021 | Black | Detektif Khairul Malik / Black | Viu |
2020 | Bukan Kahwin Paksa | Izz Rizqin | TV3 |
Perempuan Tanpa Dosa | Rizal | Astro Ria | |
2021 | Mamu Mami Gosip | FINAS Malaysia | |
Lockdown | ACP Hamdan | Astro Ria | |
Scammer | Joe | ||
Sihir | Nuh | ||
2022 | Setelah Terlafaznya Akad 2 | Hanan | |
2023 | Akira Khan | Raden | |
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit | Agent G | ||
Operandi Gerhana | Yusof | Netflix | |
Mystic Village | Astro Premier | ||
2024 | Nafsu | Sam | Viu |
TBA | Dendam Seorang Isteri 2 | Daniel Haziq | Astro Ria |
Setelah Terlafaznya Akad 3 | Hanan | ||
Jong Jong Inai | Yusuf | TV3 | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Otai Rempit | TV3 | |
Kekasihku Is Setan | Iskandar | Astro Ria | |
2010 | Senandung Semalam | Hazry | TV1 |
Lagu Kita | Ameer | Astro Citra | |
2011 | Diari Suami 9 Bulan | Hairul | TV9 |
Hati Seorang Ibu | Astro Prima | ||
Azam Ala Kazam | Azam | TV3 | |
2012 | Alamak 7 Hari Lagi | Haris | |
Apa Celop Raya | Aman | ||
Cuba Jadi Lelaki | Amir | TV9 | |
Doktor Cinta | Opie | ||
2013 | Nyamuk Tak Berdosa | Bahrin | TV3 |
Baran | Malik | ||
Sayangku Damia | Halim | ||
Cinta | Zaidi | TV2 | |
Kompang Abang Zabidi | Zabidi | Astro Warna | |
PA Cinta | Adam Razuwan | TV9 | |
2014 | Munajat Terhenti | Yusman | TV2 |
Dendam Roh Alia | Malik | Astro Prima | |
Nasi Dagang Nasi Ayam | Yang Ariff | TVi | |
Potret Duka | Dr Azreen | TV3 | |
2015 | Bulan Tiada Madu | Emran | TV9 |
Tipah Semperit | TV1 | ||
Kasih Antara Kita | Hisham | ||
Suamiku Encik Beruang | Astro Ria | ||
Madam Nona Pokok Sena | Ipin | Astro Prima | |
Andai Bukan Khilaf Itu | Muiz | TV2 | |
Hai Lah Menantu | Imran | TV3 | |
Cik Puan Bibik | Shafiq | TV1 | |
2016 | Pondok Senja | Zulfa | TV3 |
Budak Dari Tak Bai | Johari | Astro Ria | |
Pontianak Sesat Dalam Kampung | Yamin | ||
Rongples Rongtaim | Chi | Astro Citra | |
Sha, Shah dan Syawal | Shah | Astro Ria | |
#Assalamualaikum Cinta Raya | Azrif Iqbal | ||
Ms Oxford Mr Mesir | Farhan | ||
2017 | Huru Hara Raya | Fareez | TV3 |
Jongkong | Wan Ishak | Astro Citra | |
2018 | Suatukala | Pendek | Astro First Eksklusif |
Waktu Khalil | Wan | TV3 | |
Sha vs Shah | Shah | Astro Ria | |
I Heart You Cik Yah | Zulkifli | Astro Citra | |
My Sweet Madu | Farel | ntv7 | |
Hingga Jumpa Lagi | Nuh | Astro Citra | |
Haloba | Mikael | ntv7 | |
2019 | Boyfriend Aku Dari... | Andy | Astro Citra |
Hantu Don | Abu | TV3 | |
Dato' S | Sazali | Astro First Eksklusif | |
Ada Mata Memerhati | Shah | Astro Citra | |
2020 | Telunjuk Iblis | Abadi | |
2021 | Pengantin Dari Neraka | Aidit Noh | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2009 | Teater Muzikal Impak Maksima | |
2011 | Teater Muzikal Gerimis Mengundang | |
2013 | Asmara Songsang | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Rentak Juara, Rhythm Of Champions | Pengacara | TV1 | |
Pandanganku Ceritaku | Astro Ria | |||
2013 | Liga Lawak Superstar | Peserta | Astro Warna | |
2014 | Super Spontan 2014 | Artis jemputan | ||
2015 | Dewi Remaja | Pengacara | Astro Ria | |
2016 | Trek Selebriti | Artis Jemputan | ||
Super Spontan Superstar (Musim 1) | Peserta | Astro Warna | tersingkir waktu minggu Separuh Akhir bersama Altimet. | |
2017 | Curi Curi Cuti | Pengacara | Astro Ria | |
Super Spontan Superstar (Musim 2) | Peserta | Astro Warna | Merupakan Juara Super Spontan mengalahkan Fad Bocey yang mendapat Naib Juara. | |
From Spain to Morocco | Pengacara | TV2 | ||
2018 | Gegar Lawak | Astro Warna | bersama Fad Bocey | |
CCTV | Artis jemputan | Astro Ria | Mempromosikan Gegar Lawak dengan mentor, (Nizam Jentik-Jentik) | |
Pecah Perut | Pelawak tetap | Astro Warna | Pelakon dan pelawak setiap sketsa | |
Lawak Ke Dik? | Pengacara | |||
CCTV | Artis jemputan | Astro Ria | Untuk promosi rancangan Lawak Ke Dik? | |
MeleTOP | Pengacara jemputan | Menggantikan Nabil Ahmad (13 Mac 2018) | ||
Bocey and Friends | Artis jemputan | Astro Warna | Episod 2, Artis jemputan berwatakkan jururawat dengan Mark Adam dan Rozita Che Wan | |
MeleTOP | Astro Ria | Untuk promosi telefilem Suatukala | ||
#ExpeRIAnce Projek Theme Park (Musim 2) | Pengacara jemputan | Bersama pemenang dan peminat, Fadila Sajai di Istanbul, Turki - Ep11 (16 Mei 2018) | ||
Oh My Family Raya | Artis jemputan | Bersama Fikry Ibrahim. Kamal ditugaskan menjaga anak Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dan Fikri ditugaskan menjaga anak Asyraf Khalid dan Tya Arifin. | ||
Panggung Karot Pok Ya | Pelawak tetap | Astro Warna | Bersama Ebby Yus, Mamak Puteh dan Shahrol Shiro. Dihoskan oleh Sabri Yunus. | |
Bocey and Friends Rayalah Pulak | Artis jemputan | Bersama Sharifah Shahirah, Salih Yaacob, Ajak Shiro, Elizad Sharifuddin, Datin Nina Juren. | ||
SuperSpontan Extravaganza | Juri Jemputan | Episod 1 | ||
Super Spontan Extravaganza | Pengacara jemputan | menggantikan Dato AC Mizal yang sedang mengadakan konsert Baik Punya Cilok 4D (Minggu 2) | ||
Bawang Live | Tetamu jemputan | Astro Ria | mempromosikan telemovie I Heart You Cik Yah (20/9/2018) | |
Jozan Live | Astro Warna | bersama Nora Danish mempromosikan telefilem Hingga Jumpa Lagi (Episod 17: 13 November 2018) | ||
Pecah Perut | Pelawak tetap | rancangan sketsa lawak arahan Sharmaine Othman. | ||
2019 | Bawang Live | Tetamu jemputan | Astro Ria | bersama Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Natasha Elyzza dan Alif Muhaimin mempromosikan telefilem Boyfriend Aku dari dot dot (Khamis, 14 Mac 2019) |
Michael Ang's Halal Kitchen | Artis Jemputan | Episod 6 (10/6/2019) | ||
Bawang Live | Tetamu Jemputan | bersama Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Sharifah Shahora, Zul Helmy, Nadya Syahera, Edwin Dawson mempromosikan drama terbaru Setelah Terlafaznya Akad (Isnin,17 Jun 2019) | ||
Gempak TV | Artis Jemputan | bersama Uqasha Senrose dan Nadya Syahera mempromosikan drama Setelah Terlafaznya Akad (Rabu,19 Jun 2019) | ||
MeleTOP | Artis Jemputan | bersama Erwin Dawson,Nadya Syahera, Zeera Azizi mempromosikan drama terbaru Setelah Terlafaznya Akad (Selasa,25/6) | ||
CCTV | Artis Jemputan | bersama Nadya Syahera, Zulhelmy dan Zeera Azizi mempromosikan drama baru Setelah Terlafaznya Akad (Khamis,4 Julai) | ||
Bawang Live | Artis Jemputan | bersama Zul Helmy, Sharifah Shahora, Zeera Azizi, Nadya Syahera dan Alif Muhaimin mempromosikan minggu akhir drama Setelah Terlafaznya Akad (Isnin,29 Julai ) | ||
Experience : Rialisasi Job Selebriti | Artis Jemputan | merialisasikan impian kerjayanya sebagai 'Dream Cruise Crew' (1 October 2019) | ||
MeleTOP | Artis Jemputan | bersama Zulin Aziz, Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah mempromosikan telefilem untuk Astro First Ekslusif, Dato S (5 November 2019) | ||
2020 | Suara Viral | Pengacara | mengacarakan program ini bersama Vicha untuk episod pengenalan . | |
I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) | Penyiasat jemputan | TV3 | bersama Reen Rahim menjadi penyiasat jemputan bagi episod 2 iaitu episod artis jemputan -Stacy (23 Februari 2020) | |
bersama Eira Syazira dan Yusuf Bahrin menjadi penyiasat jemputan bagi episod 6 iaitu artis jemputan -Erra Fazira (22 Mac 2020) | ||||
Gegar Vaganza (musim 7) | Tetamu jemputan | Astro Ria | muncul selepas persembahan Linda Nanuwil di konsert Suku Akhir minggu ke-8 untuk mempromosikan Episod Akhir drama Perempuan Tanpa Dosa. (29 November 2020) | |
Anugerah Meletop Era | Artis jemputan | menjadi penyampai anugerah bagi kategori Grup /Duo Meletop Era,Penyanyi Meletop Era dan Lagu Meletop Era bersama Uqasha Senrose. | ||
2021 | MeleTOP | Tetamu jemputan | bersama PU Azman dalam mempromosikan program Gema Lawak Superstar. Tetamu lain seperti Uqasha Senrose, Elly Mazlein, Cik B, Eira Syazira, Azad Jazmin, Isyariana, Amar Baharin, Marsha Milan, Siti Rosmizah (penulis novel), Along Kamaruddin, Redza Rosli, Hefny Sahad, Hael Husaini, Shaza Bae, Akhmal Nazri, Band Madam, Dato' Rizalman, Danial Zaini, Ustaz Fakhrul, Chubb-e, Lah Ahmad, Mawi, Remy Ishak, Amira Othman. (30/3/21) | |
Gema Lawak Superstar | Pengacara | Astro Warna | rancangan muzikal lawak bersama PU Azman sebagai pengacara untuk 4 minggu khas bulan Ramadhan. | |
Maharaja Lawak Mega 2021 | Tetamu jemputan | bersama Hun Hakeem mempromosikan drama terbaru 'Sihir' terbitan Astro Ria | ||
Lagu Cinta Kita (Musim 3) | Pengacara | TV3 | bersama Ain Edruce | |
2022 | Melodi | Pengacara jemputan | ||
Romantika Raya | Dirinya sendiri | Astro Ria | bersama isterinya Uqasha Senrose | |
The House Kamal & Uqasha | ||||
2023 | Mega Spontan | Mentor | Astro Warna | |
2024 | Oh Baby Kamal & Uqasha | Dirinya sendiri | Astro Ria | bersama isterinya Uqasha Senrose dan anaknya Hawra Uqaira |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2007/2008 | Juara Pencarian Hero Remaja | — | Menang | |
2010 | Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Niyang Rapik | Tercalon | |
2013 | Kumpulan Apa Kasih Toq (Naib Juara) | — | Menang | |
2016 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | ||
2017 | Artis Lawak Meletop | Tercalon | ||
Super Spontan Superstar 2017 | Tempat Pertama (Juara) | Menang | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Pergilah Air Mata | Tercalon | ||
Sha & Shah | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Popular | Pergilah Air Mata | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Prolifik | — | Menang | ||
2018 | Artis Lawak Meletop | Super Spontan Superstar 2017 | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Telenovela Popular | Duda Pujaan Dara | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Drama | Kamal Adli & Zahirah MacWilson(Duda Pujaan Dara) | Tercalon | ||
Artis Sensasi Popular | — | Tercalon | ||
2020 | Asian Television Award | Best Leading Actor (Digital) | Black (Viu Original ) | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Gandingan Serasi Dalam Drama (Online) | Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad) | Menang | |
Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
Artis kontroversi Popular (online) | — | Tercalon | ||
Anugerah Melodi Drama Sangat | Pasangan Drama Sangat | Kamal Adli & Hannah Delisha (Bukan Kahwin Paksa) | Tercalon | |
Gempak Most Wanted 2020 | Artis Bujang Tergempak | — | Tercalon | |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.