Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Jurey Latiff Mohd Rosli (lahir 13 Julai 1966) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia, terkenal dengan hasil kerja di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan pengasas bersama syarikat penerbitan miliknya, World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd.
Sebelum terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem, Dato Jurey pernah bertugas di AIROD, Subang di unit Sheet Metal.
Beliau memulakan kerjaya dalam penerbitan pada 1996 sebagai pengurus produksi di syarikat swasta. Setelah menerima pengalaman, pada tahun 2004, cubaan beliau sebagai pengarah dengan ditunjuk ajar pengarah terkenal seperti Along Kamaludin telah membuahkan kejayaan. Jurey telah dinobatkan sebagai pengarah terbaik Anugerah Seri Angkasa (2005) melalui drama Hari Hari Terakhir Seorang Perempuan.
Jurey dan bekas isterinya menubuhkan World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen dan filem, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.
Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai presiden kepada tiga pertubuhan iaitu Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG), Mantan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).
Pada tahun 2011, beliau mengarahkan filem sulungnya, Libas yang dibintangi oleh Rosyam Nor, Johan Raja Lawak dan Scha Al-Yahya.
Beliau kini bergiat aktif dalam menguruskan rumah produksi Lenggong TV yang beribu pejabat di Perak. Beliau juga mempunyai homestay Teratak Kapten Rosli, Boat House Cruise Tasik Raban, dan Longhouse Campsite di Lenggong, Perak
Bapa beliau, Allahyarham Kapten (B) Mohd Rosli Yahya merupakan seorang pesara askar.[1] Adiknya, Mohd Aizad Rosli merupakan bekas suami kepada pelakon, Balkisyh Semundur Khan.
Beliau telah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 14 orang anak. Pada tahun 2013, beliau telah kalah dalam saman fitnahnya berjumlah RM10 Juta terhadap TV3 berhubung satu wawancara dalam program Melodi siaran 2008 kerana didakwa curang dalam perkahwinan.[2]
Anak sulung beliau, Mohd Najmuddin meninggal dunia pada November 2012 akibat nahas jalan raya.[3]
Pada tahun 2014 Jurey telah berkahwin untuk kali keempat. Beliau juga membawa isteri baharunya berbulan madu di Paris, Perancis. Isteri baharunya itu dilaporkan berasal daripada Sabah.
Isterinya yang bernama Stelyviana juga telah menjadi ejen minyak wangi pada tahun 2017. Jurey menubuhkan syarikat produksi perfileman yang baharu buat isteri baharu kesayangannya agar isteri beliau menjadi usahawan yang berjaya. Nama syarikat mereka adalah New Line Film Sdn Bhd. Jurey dan Stelyviana berkenalan ketika Stelyviana memulakan kerjayanya sebagai pelakon ekstra drama tentera arahan Jurey.
Pada 11 November 2015, Jurey dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[4]
Anak lelakinya, Mohd Ashraff berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia pada 31 Ogos 2016.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.