Intan Ladyana

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Intan Nurladyana Mohamat Yahaya (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Selain itu, Intan juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Tipah Tertipu The Movie (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010-14) dan Banglo Berkunci (2015).[2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Intan Ladyana dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[3] Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berdarah peranakan Melayu dan Siam.[3] Intan merupakan penuntut dalam jurusan undang-undang di United Kingdom.[3] Beliau pernah menetap di Budapest, Hungary selama enam bulan sebelum pulang ke Malaysia.[4]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.

Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi peragaan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat.[5] Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[6]

Pada 5 April 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan, Rose dan Seri. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.[7]

Pada tahun 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia.[8] Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan - Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014) yang mana Intan kembali menjayakan wataknya.[9]

Intan kembali menjayakan watak sebagai Riana dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster lakonannya; beliau kembali digandingkan bersama Yana Samsudin, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.[10][11]

Pada tahun 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.

Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.[12]

Pada tahun 2020, Intan telah diberi amanah oleh AG Nutrition sebagai Duta rasmi pertama produk kecantikan popular itu. Pemilihan tersebut dibuat dek kerana wajah Intan yang tidak seperti dimamah usia.[perlu rujukan]

Pada awal tahun 2024, Intan Ladyana kembali berlakon dan berjaya menghasilkan sebuah filem yang berjudul Banglo Seksyen 12 di bawah produksinya sendiri, Prisma Pictures Sdn. Bhd. Beliau juga menjadi pengarah bersama-sama dengan Dharma Aizat . Beliau berjaya melakar nama sebagai pengarah dan penerbit.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri[13] dan juga pelakon, Kamal Adli.[4] Pada hujung 2020 beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Harris Alif yang 17 tahun lebih muda daripadanya.[14] Intan dan Harris berkahwin pada 5 Februari 2021.[15]

Intan mengumumkan telah hamil cahaya mata sulung pada Ogos 2021. Beliau dan suaminya, Harris disahkan positif COVID-19 dan telah menjalani perintah kuarantin kendiri pada Disember 2021.[16][17]

Beliau telah dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 31 Januari 2022.[18] Manakala pada 26 April 2024, beliau telah selamat melahirkan cahaya mata kedua yang merupakan seorang anak lelaki.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Aktivisme

Pada April 2012, Intan bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."[20]

Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads