From Wikipedia, the free encyclopedia
Jika Itu Takdirku adalah drama Melayu bukan adaptasi Novel terbitan MiG Online dan akan mula ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis bermula 17 Februari 2014 menggantikan drama Ariana Rose yg telah tamat. Drama ini dibintangi oleh Shah Iskandar, Intan Ladyana, Shukri Yahaya, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Jasmin Hamid, dan ramai lagi.[1]
Jika Itu Takdirku | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | Shah Iskandar Intan Ladyana Shukri Yahaya Adiba Yunus Azwan Kombos Jasmin Hamid |
Lagu pembukaan | Relakan Jiwa - Hazama |
Lagu penutup | Relakan Jiwa - Hazama |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit | David Teo |
Tempoh siaran | 1 jam (60 minit) |
Syarikat penerbitan | MiG Online |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Julung kali ditayangkan di | Malaysia |
Siaran asal | 17 Februari 2014 – 1 April 2014 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Ariana Rose |
Diikuti oleh | Aku Isterinya |
Jika Itu Takdirku mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang disahkan menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya pada enam tahun yang lepas. Hakimi sangat rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor.
Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.
Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.
Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.
Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.
Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.