From Wikipedia, the free encyclopedia
Kekasihku Puyu ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2011 arahan Zulkiflee R. Shad dibintangi oleh Fazren Rafi dan Intan Ladyana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 29 Ogos 2011 hingga 29 September 2011 menggantikan Laila Manja dan digantikan oleh siaran ulangan Nenek Kebaya.[1]
Kekasihku Puyu | |
---|---|
Genre | Drama, fantasi |
Pencipta | Musa Daud |
Ditulis oleh | Azmy Mohd Ariff |
Pengarah | Zulkiflee R.Shad |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jauh Di Mata" oleh Min Yasmin |
Lagu penutup | "Jauh Di Mata" oleh Min Yasmin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fazee Harun |
Penerbit | Ahmad Al-Husna Abu Hassan |
Penyunting |
|
Sinematografi | Fadzil Mat Jani |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | HNJ Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 29 Ogos 2011 – 29 September 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Laila Manja |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.
Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi (Mohd Fazren Mohd Rafi) yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.
Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari (Intan Ladyana) dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek (Hafizuddin) berkahwin dengan Suriati (Zarina Zainuddin) yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.
Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib (Rizal Ayub), rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.
Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.