From Wikipedia, the free encyclopedia
Banglo Berkunci merupakan filem seram Malaysia 2015 arahan Dharma Aizat terbitan Mangkin Prestij. Filem ini ditayangkan pada 20 November 2015.[1]
Banglo Berkunci | |
---|---|
Pengarah | Dharma Aizat |
Penulis | Rizuan Mat Nor |
Lakon layar | Dharma Aizat |
Dihasilkan oleh | Jane Lim |
Dibintangi | |
Sinematografi | Rahimi Maidin |
Disunting oleh | Brian Ng |
Muzik oleh | Trabye |
Syarikat penerbitan | Mangkin Prestij |
Diedarkan oleh | Metrowealth Pictures |
Tarikh tayangan | 20 November 2015 |
Masa tayangan | 86 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mengisahkan tentang 3 orang anak muda, Danny, Boy dan Adam yang suka melakukan aktiviti paranormal. Mereka gemar memilih tempat-tempat mistik untuk mencari kepastian tentang adakah benar hantu itu wujud. Satu hari mereka telah pergi ke sebuah banglo, dimana banglo tersebut mempunyai sejarah hitam. Penghuni banglo itu dikatakan telah membunuh ahli keluarganya tanpa sedar, dan perkara tersebut telah viral di laman sosial.
Tiga anak muda ini tetap ingin menerokai kejadian misteri, disebalik banglo itu. Tapi sebelum masuk, mereka perlu mematuhi syarat yang mereka hanya boleh “masuk selepas Isyak dan keluar selepas subuh“. Tapi kenapa? Pelbagai perkara yang terjadi selepas mereka bertiga cuba untuk mengesan entiti yang sering diperkatakan oleh masyarakat tentang banglo tersebut.
Banglo Berkunci diarahkan oleh Dharma Aizat dengan idea asal oleh panel skrip MIG, ia merupakan filem ketiga arahannya selepas Ia Wujud (2014) dan Jalan Puncak Alam (2015). Dharma menghadapi cabaran besar ketika penggambaran dijalankan termasuk kekangan masa. Filem ini mengambil masa 10 hari untuk disiapkan.[2][3]
Banglo Berkunci dikeluarkan pada 20 November 2015, sambutan yang diterima amat positif di kalangan pengkritik filem. Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mempunyai pandangan tersendiri: "...karya ini mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik, bersesuaian dengan kisah-kisah rumah yang dikatakan berhantu seperti yang diceritakan oleh pihak tertentu."[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.