Bukan Kahwin Paksa merupakan siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Kamal Adli dan Hannah Delisha.[1] Diadaptasi daripada novel 2013 dengan tajuk yang sama karya novelis terkenal Syamnureizmil. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 7 Februari 2020 menggantikan Titian Takdir.

Fakta Segera Bukan Kahwin Paksa, Genre ...
Bukan Kahwin Paksa
GenreDrama
Komedi romantik
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Syamnuriezmil
Ditulis olehBaizura Kahar
PengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Hannah Delisha
Kamal Adli
Lagu pembukaanHello - Ismail Izzani feat Andi Bernadee
Lagu penutupHello - Ismail Izzani feat Andi Bernadee
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Ramly
Zetty Adila Ramly
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
Lokasi
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
TV9 (ulangan)
Siaran asal7 Februari 2020 – 6 Mac 2020
Kronologi
MengikutiTitian Takdir
Diikuti olehBudak Tebing
Tutup

Sinopsis

Ia mengisahkan Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) yang dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mail,mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin atau Uda (panggilan dalam keluarganya) merupakan akauntan yang diberi tugasan membuat akaun syarikat Vee Florist milik Veena (Jasper Supayah) untuk jangka masa lama. Veena atau Vee yang merupakan kawan baik kepada Dara Safiya menerima cadangan Dara untuk mencari akauntan buat syarikatnya.Dara pula seorang pemilik DS Butik, sebuah butik pengantin. Selepas Dara dikhianati oleh bekas kekasihnya, Ryan (Danial Dashuki) atas disebabkan kecurangan lelaki itu bersama wanita bernama Nita (Oktovia Manrose), dia tidak percaya pada cinta. Dia hanya mahu membujang sehingga tua menjaga mama dan papanya. Mama (Ziela Jalil) dan papanya (Shah Rezza) bertindak untuk mencadangkan calon suami pilihan mereka untuk Dara.Akan tetapi,Dara menetapkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.

Manakala Izz pula,yang merupakan anak ketiga daripada 4 beradik dan anak lelaki kedua dalam keluarganya,terpaksa mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak.Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta.Bila berkorban,bermakna dia seoarang pencinta yang sejati.Demi pengorbanannya,dia perlu menerima calon isteri cadangan mummy (Liza Abdullah) dan daddynya. Dia membawa diri selepas kekasihnya Ariyana (Alya Iman) ditunangkan dengan abang longnya, Azz Rizqin (Afiq Muiz).

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga,bukan bermakna mereka kahwin paksa,kerana mereka sudah pun jatuh cinta.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon sampingan

  • Danial Dashuki sebagai Rayyan
  • Chiwan Chilok sebagai Eunos
  • Izzeandra DFKL sebagai Manja
  • Qistina Khaled sebagai Liz
  • Adam Malek sebagai Joe
  • Dhia Irdina sebagai Elly

Runut bunyi

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.