From Wikipedia, the free encyclopedia
Adi Priyo Sambodo (lahir 1 Oktober 1983) ialah seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu, penggubah lagu dan penerbit rakaman Indonesia Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis utama dan pencipta lagu kumpulan muzik gabungan Malaysia Indonesia, 6ixth Sense.[1]
Adi Priyo Sambodo | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Adi 6ixth Sense |
Kelahiran | Jember, Indonesia | 1 Oktober 1983
Genre | Hard rock, pop rock |
Pekerjaan | Pemuzik, penyanyi, penulis lagu, penggubah lagu, penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal, gitar |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | 6ixth Sense Production |
Pengkarya berkait | 6ixth Sense, Manusia Putih |
Adi dilahirkan pada 1 Oktober 1983 di Kabupaten Jember, Indonesia. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, Malaysia dan menerima taraf penduduk tetap negara ini.
Adi merupakan vokalis kumpulan 6ixth Sense sewaktu penubuhannya pada 2005. Beliau menjadi ahli tetap kumpulan ini dan bertanggungjawab mengarang dan menulis kebanyakan lagu untuk kumpulan ini.[4]
Selain 6ixth Sense, Adi ialah salah seorang ahli kumpulan Manusia Putih. Manusia Putih pada awalnya ialah nama pena Adi yang dikenali kerana mencipta lagu "Kisah Hati" nyanyian Alyah. Kumpulan ini juga telah mencipta dan menulis lagu untuk beberapa penyanyi lain.[5]
2017 - Pinjamkan Hatiku - duet bersama Ayda Jebat (OST Pinjamkan Hatiku)
2019 - Aku Cinta Mati
2021 - Farfalla
2021 - Cintai Aku (OST Kekasih Hati Mr BodyGuard)
2022 - Rinduku Ini (OST Kerana Aku Isteri Bidaan)
2023 - Tulus - duet bersama Nabila Razali
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.