Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Budak Tebing ialah sebuah siri drama berkonsepkan persahabatan. Drama ini dibintangi oleh Aedy Ashraf, Adam Lee, Fariz Isqandar, Bella Dowanna, Eyka Farhana dan Firdaus Ghufran. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 11 Mac 2020 menggantikan Bukan Kahwin Paksa dan digantikan oleh The Gadis. Musim kedua untuk siri ini bersiaran dari 18 Jun 2021 hingga 9 Julai 2021 menggantikan Kekasih Hati Mr Bodyguard dan digantikan oleh Ayahanda. Musim ketiga untuk siri ini bersiaran dari 14 Disember 2022 hingga 4 Januari 2023 menggantikan Kampung People 3 dan digantikan oleh Bawah Blok.
Budak Tebing | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | Lihat di bawah |
Lagu pembukaan | Sakit - Yonnyboii ft. Zynakal (musim 1) CIAO - Joe Flizzow ft. MK K-Clique & Jay Park (musim 2) Beli Jiwa - Zynakal (musim 3) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Syawal Aiman |
Penerbit | Jalena Rejab |
Penyunting |
|
Lokasi |
|
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Lestary) iQIYI |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 Mac 2020 Januari 2023 | – 4
Kronologi | |
Mengikuti | |
Diikuti oleh |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1][2]
Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.
Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. Kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.
Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?
Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.
Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.
Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?
Menurut portal Oh! Bulan, plot penceritaan Budak Tebing sarat dengan konflik, kemanusiaan, isu semasa dan kasih sayang yang perlu dijadikan teladan untuk masyarakat.[3]
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Media Prima Berhad, Budak Tebing telah meraih sebanyak 10 juta tontonan.[4]
Di Twitter, rata-rata netizen memberi pujian kepada pengarah Feroz Kader kerana menghasilkan satu karya yang luar biasa dan sesuai dengan generasi masa kini. Pada masa yang sama, Tweet netizen ini turut dibalas oleh pelakon utama, Aedy Ashraf, yang mengucapkan ribuan terima kasih buat penonton yang menonton Budak Tebing.[3]
EPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | ATAS TALIAN | JUMLAH TONTONAN | SUMBER |
---|---|---|---|---|
— | [5] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.