Pelakon dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri (lahir pada 5 April 1987) lebih dikenali sebagai Ammar Alfian merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Nama beliau melonjak naik setelah membintangi drama Tari Tirana yang bersiaran di TV3. Drama ini menggunakan konsep tarian dan kuliah serta kehidupan pelajar mahasiswa.
Ammar Alfian Aziz dilahirkan pada 5 April 1987 di Cardiff, United Kingdom (UK).[1] Beliau juga berasal dari Johor Bahru dan merupakan anak tunggal. Mempunyai Sijil Sarjana Muda Sains dan Kesihatan. Selain itu, beliau merupakan anak kepada Ibubapa professor di UTM Skudai.
Ammar mula melibatkan diri dalam kerjaya hiburan sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis Hero Remaja yang turut disertai oleh Kamal Adli dan Fizo Omar. Beliau menempa populariti setelah membintangi drama Tari Tirana sebagai peneraju utama bersama Wan Sharmila, Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah pada tahun 2009.[2]
Kerjaya Ammar di layar lebar bermula dengan menjayakan watak sebagai orang kanan Tailong dalam filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. Beliau melakonkan watak sebagai Zariff a.k.a Jeb dalam filem ketenteraan PASKAL yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]
Ammar telah sah menjadi suami kepada Nelissa Nezam pada 6 Mac 2016 tetapi mereka bercerai pada tahun 2020.[4]
Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Puteri Sarah Liyana. Dikatakan bahawa beliau pernah berkrisis dengan Syamsul Yusof sehingga menumbuk Syamsul gara-gara Syamsul merampas Puteri Sarah serta menghina Ammar di Twitter.[5]
Beliau kini menetap di Melbourne, Australia, dan dalam proses memohon untuk menjadi pemastautin tetap negara itu.[6]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | KL Gangster 2 | Orang Kanan Tailong | Filem pertama |
2016 | Showdown The Movie | Ryan | |
Langit Cinta | Jali | ||
2018 | PASKAL | Jeb | Filem aksi paling tinggi kutipan dengan RM30.5 juta |
2024 | Legasi Wira Merah | Razak | Pos-produksi |
TBA | Perisik | Saki | Pra-produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Tari Tirana | Neo/Hassan | TV3 | Drama pertama |
2010 | Nur Fansuri | TV1 | ||
Kem Pink | Cikgu Aizat | TV3 | ||
Dia Atilia | Ad | Astro Prima | ||
2011 | Cinta Luhur Ezumin | Ayed | TV2 | |
Sirah Cinta | Razali | TV1 | ||
Sahara | Ashraf | TV3 | ||
2012–2013 | Evolusi KL Drift: The Series | Ery | TV2 | |
2013 | Musim Cinta Belum Berlalu | Fahri | TV1 | |
2014 | Gerak Khas (Musim 14) | Ricky | TV2 | Episod: "Sherry" |
Bila Chacha Masuk Asrama | Cikgu Adan | TV3 | ||
2015 | Puteri Gunung Ledang | Rayyan | Unifi TV | |
Nasuha | Rocky | TV9 | ||
Eksperimen Cinta | Adam Harris | TV3 | ||
Abang Sado Jemur Kain | Zack | |||
Syurga Nur | Nik Safuan | |||
Hello, Mr. Perfect! | Aizat | |||
2016 | Bodyguard | |||
TBA | Budak Tebing 4 | Komeng |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.