Langit Cinta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Langit Cinta merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2016 arahan Osman Ali. Filem ini dibintangi oleh Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini mengisahkan mengenai percintaan antara Khadejah (Nur Fazura) dan Aliff (Keith Foo). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016. Filem ini telah diadaptasi kepada novel dengan tajuk yang sama.[3] Filem ini telah memenangi satu dari dua pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Ogy Ahmad Daud (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).
Langit Cinta | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Osman Ali |
Penulis | Osman Ali |
Berdasarkan | Langit Cinta karya Damya Hanna |
Dihasilkan oleh | Imlya Irwani Roslan Jullian Jayaseela Gayatri Su-Lin Pillai |
Dibintangi | Nur Fazura Keith Foo Farid Kamil Siti Saleha Datuk Jalaluddin Hassan Ogy Ahmad Daud |
Sinematografi | Indra Che Muda |
Disunting oleh | Farra Aizurin Zulkarnain |
Muzik oleh | Nurzaidi Abdul Rahman |
Syarikat penerbitan | Nuansa Sdn. Bhd. |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 7 Januari 2016 |
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bajet | RM 1.5 Juta[1] |
Pecah panggung | RM 567,000[2] |
Sinopsis
Aliff Zulkarnain (Keith Foo) ialah anak kepada Datuk Affendi (Datuk Jalaluddin Hassan), pemilik kepada sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur. Mereka berhasrat untuk membangunkan resort di Pulau Perindu, Langkawi. Mereka bersekongkol dengan nelayan, iaitu Budiman (Farid Kamil) unutk menghasut ahli kampung supaya menjual tanah mereka bagi tujuan pembangunan resort tersebut.
Khadejah (Nur Fazura) pula menentang penjualan tersebut dek kerana hakikat rumahnya itu dibina oleh arwah bapanya. Aliff cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mendekati ibu Khadejah, Mak Piah (Ogy Ahmad Daud). Bibit-bibit percintaan mulai mekar apabila Aliff melihat akan kepentingan rumah tersebut kepada Khadejah dan Mak Piah.
Beliau juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Aliff nekad memperisterikan Khadejah. Bermula dari situ, kehidupan Aliff dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.
Pelakon

- Nur Fazura sebagai Khadeja
- Keith Foo sebagai Aliff
- Farid Kamil sebagai Budiman
- Siti Saleha sebagai Suzana
- Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Affendi
- Ogy Ahmad Daud sebagai Mak Piah
- Zaidi Omar sebagai Pak Tam
- Dian P. Ramlee sebagai Datin Soraya
- Normah Damanhuri sebagai Hasnah
- Ammar Alfian sebagai Jali
- Aida Khalida sebagai Puan Sri Salina
- Nadzmi Adhwa sebagai Leroy Affendi
- Fendy Bakry sebagai Kamil
Penerbitan
Filem ini mendapat inspirasi dari kisah percintaan antara ibu bapa pengarah, Osman Ali. Filem ini telah menjalani pengambaraan selama 50 hari di Pulau Tuba, Langkawi, Sabah dan Lembah Klang. Farid Kamil, yang membawakan watak Budiman telah menggelapkan kulitnya agar sesuai dengan pekerjaannya sebagai seorang nelayan.[4] Tempoh tiga minggu diperlukan untuk membina rumah Khadeja yang terletak di tepi laut.[5]
Keluaran dan sambutan
Tayangan
Majlis pratonton filem ini telah diadakan pada 22 Disember 2015 di GSC Cathay Cineleisure, Petaling Jaya.[6] Tayangan perdana bagi filem ini telah dijalankan pada 5 Januari 2016 di Langkawi.[7][8]Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 7 Januari 2016.
Ulasan
Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Ajami Hashim dari Astro Awani dan AR Rizu dari Malaysiakini senada dalam ulasan mereka terhadap filem ini iaitu "...sebuah filem bertih jagung yang ringan dan santai ".[9][10] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memuji aspek sinematografi filem ini.[11] Huzz dari portal kehidupan Instaonline.com.my memberi empat dari enam bintang kepada filem ini.[12]
Runut bunyi
"Langit Cinta" | |
---|---|
![]() | |
Single oleh Dayang Nurfaizah | |
Dilancarkan | 18 Disember 2015 (Digital) |
Dirakamkan | 2015 |
Format | Muat turun digital |
Genre | Pop |
Panjang | 3:43 minit |
Penulis | Nurzaidi Abdul Rahman[13] |
Penerbit | MEASAT Broadcast |
sunting · sunting di Wikidata |
Runut bunyi asal (OST) bagi filem ini ialah Langit Cinta oleh Dayang Nurfaizah.[14]
Anugerah
Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-28 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Ogy Ahmad Daud | Menang |
Lagu Tema Asal Terbaik | Nurzaidi Abdul Rahman | Tercalon | |
Anugerah Skrin 2016 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) | Ogy Ahmad Daud | Menang |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.