Budak Tebing (musim 1)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim pertama Budak Tebing, siri drama televisyen aksi remaja Malaysia, memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 11 Mac 2020 sehingga 9 April 2020 menggantikan Bukan Kahwin Paksa dan digantikan oleh The Gadis.[1][2][3]
Budak Tebing | |
---|---|
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 11 Mac 2020 – 9 April 2020 |
Sinopsis
Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.
Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. Kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.
Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?
Pelakon
Pelakon utama
- Adam Lee[4] sebagai Arif
- Aedy Ashraf sebagai Tongki
Pelakon pembantu
- Bella Dowanna sebagai Laura[5]
- Eyka Farhana sebagai Ira @ Munira
- Fariz Isqandar[6] sebagai Yoyol
- Firdaus Ghufran sebagai Talam
- Syazwan Zulkifly sebagai Abang Lan / Broger
- Amyza Aznan sebagai Aida[7]
- Alex Afian sebagai Kamarudin
- Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
- Sabrina Ali sebagai Murni
Pelakon tambahan
- Zaleha Kadir sebagai Bibik Sabrina
- Alynn Techen sebagai Mak Tongki
Runut bunyi
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.