Shah Rezza
Pelakon Lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Mulia Dato’ Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah (lahir Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah; 26 Januari 1961) atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.
Yang Berhormat Mulia Dato' Sri Raja Rezza Shah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja | |||||||||
Tengku Sri Kelana D'Raja | |||||||||
Tempoh | April 2022 - kini | ||||||||
Pelantikan | 12 November 2022 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Aman Shah | ||||||||
Keputeraan | Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah 26 Januari 1961 Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | |||||||||
Ayahanda | Raja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Pekerjaan | Pelakon | ||||||||
Kerjaya muzik | |||||||||
Genre | |||||||||
Alat muzik | Vokal | ||||||||
Kegiatan berkaitan |
|
Beliau meraih kemasyhuran dalam kerjaya lakonan pada tahun 1980-an, dan terkenal dengan filem termasuk Ali Setan (1985), Marah-Marah Sayang (1987) dan Kolej 56 (1989).[1]
Kemunculan beliau dalam bidang lakonan, sezaman dengan Sabree Fadzil, Ridzuan Hashim, Mustapha Kamal, Liza Abdullah, Ogy Ahmad Daud dan ibu saudaranya Raja Hajjah Noor Baizura Raja Haji Shahar Shah.[2]
Kehidupan awal
Beliau diputerakan pada 26 Januari 1961 dan merupakan anakanda bongsu daripada dua orang adik-beradik.[3][4]
Kerjaya
Shah Rezza memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 14 tahun pada 1970-an.
Beliau kemudian memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1981 menerusi filem Mangsa. Hanya pada 1985, beliau mula dikenali menerusi filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Kemudian beliau muncul bersama Dato' M. Nasir dan Pyan Habib menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada 1986. Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan hiburan sukaramai iaitu Muzik Muzik terbitan TV3 bersama Habibah Yusof pada tahun 1986.
Beliau muncul dalam rancangan hiburan RTM iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini bergandingan dengan antara lainnya Uji Rashid dan Ahmad Fauzee. Dalam tahun 1987, beliau muncul dalam tiga filem—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung dan Jejaka Perasan. Beliau paling dikenali menerusi filem Kolej 56 arahan dan lakonan Ahmad Fauzee dan dibintangi bersama Salwa Abdul Rahman.
Pada tahun 1997, beliau melangkah ke bidang muzik sebagai penerbit album kompilasi berjudul Pedoman, yang menampilkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan oleh Nassier Wahab, Ebby Saiful, Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.
Shah Rezza mengembangkan kepintaran perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Nusantara Gems, yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.[5]
Sejak 2006, beliau telah menganjurkan Festival Fesyen Islam Antarabangsa tahunan, bagi meraikan fesyen tradisional dan moden, dan gabungannya dengan tema Islam.[6][7]
Beliau menerbitkan album berjudul Pedoman 2 pada 2013, mengandungi lagu yang dicipta dan ditulis oleh Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslaw, S. Atan dan Akbar Nawab.[8]
Shah Rezza memegang watak sebagai Dato’ Azizan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[9]
Kehidupan peribadi
Dato' Sri Shah Rezza berasal dari Kerabat Diraja Perak dan dibesarkan oleh keluarga bonda tirinya, YBM Tengku Dato' Hajah Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra di Kelantan.[10][11]
Beliau merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.[12]
Ayahanda beliau, YM Tengku Sri Kelana D'Raja Kolonel (B.) Raja Dato' Haji Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah meninggal dunia pada 26 Januari 2018.[13]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1981 | Mangsa | Filem pertama | |
1985 | Ali Setan | Jali | |
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Fareez | |
Ali Setan 2 | Jali | ||
Balik Kampung | Razak | ||
Jejaka Perasan | Agus | ||
1987 | Marah-Marah Sayang | Rosdin | |
1988 | Antara Dua Hati | Joe | |
1989 | Kolej 56 | Tengku Kamil | |
1990 | Hati Bukan Kristal | Zain | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Pembesar Istana III | |
2021 | J2: J Retribusi | Majid | |
Drama
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1988 | Harimau Miau-Miau | Amran | TV1 | |
2015 | Cinta Qasidah | Engku Zunur | Astro Ria | |
2017 | Siapa Dia Sebenarnya | TV3 | ||
2020 | Tuan Petri Saadong | — | Astro Citra | Sebagai Penerbit |
2024 | Kau Takdirkan Bersama Raya | Pak Leman | TV3 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1987 | Mekar Sejambak | TV1 | |
Hiburan Minggu Ini | |||
Diskografi
Tajuk | Maklumat album |
---|---|
Pedoman[14] |
|
Pedoman 2[15] |
|
Gelaran dan penghargaan
Gaya bagi Raja Shah Zurin | |
---|---|
![]() | |
Rujukan gaya | Yang Berhormat Mulia |
Gaya percakapan | Tengku |
Gaya alternatif | Tengku Sri Kelana D'Raja |
Pada bulan April 2022, Dato’ Sri Shah Rezza telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Sri Kelana D’Raja oleh sepupunya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan gelaran rasmi Yang Berhormat Mulia Dato' Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah, SSAP, SJMK, DSAP, DIMP, SK, Tengku Sri Kelana D'Raja.
Pahang
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2012)[16]
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2011)[17]
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2003)[18]
Kelantan
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) - Dato' (2019)[19][20]
Bintang Seri Kelantan (SK)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.