Remove ads
Pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ebby Saifullah Ali atau lebih dikenali sebagai Ebby Saiful (lahir 19 Disember 1959) merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular di Malaysia dan Singapura pada era 1980an.
Ebby Saiful | |
---|---|
Kelahiran | Ebby Saifullah bin Ali 19 Disember 1959 Tanah Jajahan Singapura (kini Singapura) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, komposer, pengarah drama TV, pemuzik |
Tahun aktif | 1963–kini |
Pasangan | Marini Ahmad |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Norsiah Yem |
Bapa | Ali Ahmad |
Ebby Saiful yang dilahirkan pada 19 Disember 1959 merupakan anak kepada komposer Ali Ahmad dan aktres Norsiah Yem.[1] Beliau juga cucu kepada aktor Yem Ibrahim dan aktres Minah Yem. Beliau merupakan bapa kepada Erin Adrina Salsatila dan Endra Edrian Saifullah dan suami kepada, Marini Ahmad. Ebby memulakan 'kariernya' sebagai pelakon ketika berusia sembilan tahun dalam filem Asmara Kirana yang diterbitkan pada 1971. Pun begitu, sebenarnya beliau sudah mula berlakon ketika umur tiga tahun sebagai pelakon ekstra kanak-kanak dalam filem Raja Bersiong (versi Hitam Putih) pada awal 1963. Pengarah Nas Achnas menawarkan watak Jantan dalam filem Asmara Kirana bersama aktor terkenal Ed Osmera. Walaupun filem berkenaan dikatakan telah menampilkan bakat lakonannya, Ebby tidak berminat untuk terus menjadi pelakon kanak-kanak/remaja kerana lebih meminati bidang muzik seperti yang diwarisi daripada bapanya.
Penampilannya dalam drama purba Demang Lebar Daun bersama Idris Hashim telah membuatkannya meninggalkan bidang muzik dan nyanyian. Drama purba arahan Hasiah Ariffin untuk RTM benar-benar membuka pintu hatinya untuk berlakon semula. Bermula daripada drama itulah, Ebby terus ditawarkan berlakon dalam filem Jangan Tinggal Daku (1971), Setinggan (1981), Ali Setan (1985) diikuti Balik Kampung (1986), Ali Setan 2 (1986), Hantu Siang (1986), Suara Kekasih (1986), Marah-Marah Sayang (1987), Sumpahan Mahsuri (1989), Pak Tam Duda (1989), Rentak Desa (1990), Jaket Biru (1991) dan filem terakhirnya Azizah The Legend (1993).
Filem beliau yang paling diingati adalah Ali Setan. Memegang watak sebagai Latif, kawan baik kepada Ali Setan lakonan Azmil Mustapha, Ebby berjaya mencuri hati para peminat filem ketika itu. Sebagai siswa sebuah universiti, lakonan benar-benar mewarnai filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu.[2]
Apabila berusia 19 tahun, beliau bersama rakan-rakan seusia menubuhkan kumpulan The Beez kemudian dikenali New Breed. Mereka bermain muzik di Hotel Merlin selama tujuh tahun mulai 1978. Bakatnya sebagai pemuzik bukan sahaja menjadi sumber rezeki Ebby, malah ia memberi peluang kepada Ebby menjadi artis rakaman apabila dia muncul dengan dua album dibawah syarikat rakaman SRC iaitu Pahlawan Cangkul (1980) dan Untuk Anita (1983). Kemudian Ebby muncul dengan album ketiganya Kisah Cinta. Album tersebut yang mengandungi lagu hits Bila Bunga Berguguran diterbitkan dibawah syarikat Polygram pada tahun 1986.
Selain berlakon, Ebby juga berbakat mencipta lagu. Ini terbukti kesemua lagu untuk filem Marah-Marah Sayang dicipta olehnya. Bukan itu sahaja, malah lagu ciptaannya Bunga-Bunga Berguguran yang pernah mencipta populariti aktres yang juga penyanyi Fauziah Ahmad Daud dalam filem Suara Kekasih. Selain mencipta lagu untuk filem, Ebby juga turut mencipta lagu untuk penyanyi lain antaranya, Flora Santos dengan lagu Melodi Kasih. Ebby juga sering mencipta lagu tema untuk drama arahannya antaranya Dengan Nama Tuhan untuk drama Antoganis.
Sementara Sumpahan Mahsuri yang diterbitkan oleh syarikat milik Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1989, menonjolkan sisi Ebby sebagai penolong pengarah. Filem yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong, bukan sahaja meletakkan isterinya, Datin Rosnani Jamil sebagai penolong pengarah, malah Ebby turut dilantik sebagai penolong pengarah kedua. Penggambaran filem itu memakan masa lebih sebulan. Berkampung di Kedah dan Langkawi sepanjang penggambaran memberi banyak pengalaman dan pendekatan kepadanya dalam bidang pengarahan. Sejak itulah, Ebby meneruskan kerjayanya sebagai penolong pengarah apabila Anwardi Jamil menawarkannya juga jawatan. Biarpun sinonim dengan produksi drama-drama dan filem bergenre purbakala, Ebby juga diberi peluang pada tahun 1990 apabila Anwardi mengarah drama komedi Gado-Gado dan melantiknya sebagai penolong pengarah. Bermula dengan Gado-Gado terbitan Double Vision, kemudian Anwardi memberi peluang mengarah drama bersiri purba Melaka sebanyak 13 episod dan 13 episod lagi diarahkan oleh Jamil.
Sejak itulah, Ebby mula mengorak langkah sebagai pengarah drama tanpa menoleh ke belakang dan sehingga kini lebih daripada 100 drama telah diarahkannya. Menurut Ebby, pengalaman sekian lama sebagai pengarah drama, sedikit demi sedikit menggamit hatinya untuk mengarah filem juga namun sehingga kini beliau belum mendapat kesempatan tersebut.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1963 | Raja Bersiong | Putera Johan | Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak |
1971 | Asmara Kirana | Jantan | Sebagai pelakon kanak-kanak |
Jangan Tinggal Daku | Tahir (kecil) | ||
1981 | Setinggan | ||
1985 | Ali Setan | Latiff | |
1986 | Balik Kampung | Ebby | |
Ali Setan 2 | Latiff | ||
Hantu Siang | |||
Suara Kekasih | Amir | ||
1987 | Marah-Marah Sayang | Roslan | |
1989 | Pak Tam Duda | Isa | |
Sumpahan Mahsuri | Deramang | Juga sebagai penolong pengarah kedua | |
1991 | Rentak Desa | Baba | |
Jaket Biru | Murad | ||
1993 | Azizah The Legend | Abu | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1970 | Intan | Atan | TV1 | Drama pertama sebagai pelakon kanak-kanak |
1973 | Demang Lebar Daun | |||
1985 | Haryati | Bergandingan dengan Uji Rashid | ||
Drama Minggu Ini: Upih Pinang Seludang Kelapa | ||||
1990 | Gado-Gado | TV3 | Sebagai penolong pengarah | |
2000 | Maria Mariana The Series | Remy | ||
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | The Masked Singer Malaysia (musim 1) | Peserta sebagai Rimau | Astro Warna |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.