Filem romantik komedi Malaysia 1985 arahan Jins Shamsuddin From Wikipedia, the free encyclopedia
Filem Ali Setan yang mula ditayangkan dipawagam pada 16 Februari 1985 merupakan filem romantik komedi arahan pengarah terkenal Jins Shamsuddin, yang menggabungkan pelakon lelaki yang baru iaitu Azmil Mustapha dengan penyanyi popular Fauziah Ahmad Daud.
Ali Setan | |
---|---|
Pengarah | Jins Shamsuddin |
Penulis | Osman Abadi |
Lakon layar | Jins Shamsuddin |
Cerita oleh | Osman Abadi |
Dihasilkan oleh | Harun Hassan |
Dibintangi | Azmil Mustapha Fauziah Ahmad Daud Izi Yahya Liza Abdullah Ebby Saiful Shah Rezza Sheila Majid |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Adnan Abu Hassan |
Syarikat penerbitan | Amir Communications |
Tarikh tayangan | 16 Februari 1985 (Malaysia) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.1 Juta |
Pecah panggung | RM 990,852 |
Kisah mengenai kenakalan seorang pelajar senior Universiti Sains Malaysia bernama Ali. Dia sering mengacau pelajar-pelajar lain termasuk pelajar baru bernama Asmidar sebagai mangsanya. Namun perasaan Asmidar berubah menjadi cinta. Tipah sepupu Ali cuba merebut Ali dengan mengaku dinodai oleh Ali.
Kisahnya bermula apabila Asmidar dan Ali bertemu dalam keretapi semasa perjalanan ke Pulau Pinang ,Ali dan rakan-rakan mengenakan dia dengan air Coke kemudian Asmidar balas semula dengan hempuk telur dekat kepala Ali.Tidak berakhir di situ Ali masih meneruskan kerja menyakat Asmidar hingga pernah dimarahi oleh Dekan di tempat belajar namun Asmidar meminta Dekannya agar tidak melakukan apa-apa tindakan dan perbuatan dia hanyalah gurauan.
Dalam masa sama Jeff tidak menyukai kelakuan Ali lebih-lebih lagi melakukan perbuatan terhadap Asmidar wahal Jeff ada simpan perasaan terhadap beliau. Walaupun Ali gemar mengacau tetapi tidak pernah abaikan pelajaran dan kerap memberi nasihat kepada rakan lain tentang masa depan selain beri pandangan tentang sesuatu benda.
Kedua-dua pelakon utamanya telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-6, 1986. Selain itu filem ini telah memenangi beberapa kategori lain seperti Penyunting Terbaik (Johari Ibrahim), Penataan Muzik Terbaik (Adnan Abu Hassan) dan Lagu Terbaik iaitu "Debu Di Hati" yang telah dicipta oleh Azmi Ab Rahman. Cerita ini disambung dengan filem Ali Setan 2. Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 990,852 (RM 0.99 Juta).[1]. Pada waktu ditayangkan filem ini tidaklah begitu popular berbanding filem Adik Manja yang menjadi fenomena sewaktu ditayangkan dan mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari Filem Ali Setan iaitu sebanyak RM 3.5 Juta. Tetapi TV swasta, TV3 sentiasa menayangkan filem Ali Setan setiap tahun menjadikan filem Ali Setan lebih popular di kaca tv.[2].
Antara lagu dimuatkan dalam filem Ali Setan:
•Wajah Rahsia Hati - Sheila Majid versi intro & Fauziah Ahmad Daud versi album
•Debu di Hati - Ebby Saiful
•Wajah Rahsia Hati - versi instrumental
Colorfilm Sydney (Australia) ... Pasca Penerbitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.