Episod |
Tarikh penyiaran |
Ringkasan |
1 |
31 Julai 2023 |
Atas jasa Qistina, dia dan ibunya diberikan sedikit ganjaran oleh Tuan Budi. Kematian Tuan Budi menyebabkan Aniq dibelenggu rasa tamak dan gila kuasa. Luqman mula ada perasaan terhadap Qistina. |
2 |
1 Ogos 2023 |
Herni risau apabila tiada ahli keluarga arwah Tuan Budi yang menghubunginya berkenaan dengan hal penjualan tanah. Aniq rasa dia layak untuk menerajui perniagaan syarikat keluarganya. |
3 |
2 Ogos 2023 |
Aniq memberitahu ahli keluarganya yang dia akan bernikah dengan Amanda. Diana rasakan yang keputusan Aniq adalah sebab dia mahukan baki harta. Qistina keliru dengan perasaannya terhadap Luqman. |
4 |
3 Ogos 2023 |
Aniq risau jika kegiatan haramnya bakal dibongkar oleh Kahar. Ziyan terpandang Qistina dan mula mengekorinya. Luqman merasa gelisah apabila melihat Qistina berbual mesra dengan Ziyan. |
5 |
4 Ogos 2023 |
Kedatangan Amanda secara mendadak ke rumah Aniq membuatkan Aniq terpaksa melakukan pelbagai helah untuk menyelamatkan dirinya daripada didapati curang. Luqman cuba meluahkan rasa hatinya kepada Qistina. |
6 |
7 Ogos 2023 |
Aniq terkejut apabila mengetahui dalang di sebalik pembunuhan Kahar. Herni dan Qistina berjumpa dengan Aniq untuk mengetahui status pembelian tanah mereka itu. |
7 |
8 Ogos 2023 |
Luqman bersetuju jika Aniq menjadi pengganti Tuan Budi, tetapi meletakkan satu syarat yang mungkin akan membongkar rahsia Aniq. Nadia rasa Benjamin perlu memihak kepada Aniq. |
8 |
9 Ogos 2023 |
Qistina dimarahi oleh Herni kerana lewat pulang. Herni mengingatkan Qistina bahawa status keluarga mereka dan keluarga Luqman adalah sangat berbeza. |
9 |
10 Ogos 2023 |
Herni dan Qistina berharap akan ada berita gembira tentang status pembelian tanah mereka. Herni marah apabila mengetahui apa yang Aniq pernah cuba lakukan terhadap Qistina. |
10 |
11 Ogos 2023 |
Diana berterima kasih kepada Qistina kerana kehadirannya telah membuat Luqman semakin bahagia. Akibat berlaku salah faham, kekecohan berlaku antara Hadi dan Benjamin. |
11 |
14 Ogos 2023 |
Aniq memberitahu Sahara yang dia memang tidak tahu menahu tentang pemberian duit deposit sejumlah RM50 ribu yang diperkatakan oleh Qistina. Luqman mengajak Qistina pergi ke Kuala Lumpur. |
12 |
15 Ogos 2023 |
Sahara kecewa dengan Luqman kerana dia seperti tidak kisah tentang sambutan majlis harijadinya yang akan berlangsung. Namun Sahara tetap ada perancangan untuk memulihkan hubungan Luqman dengan Marina. |
13 |
16 Ogos 2023 |
Amanda bersetuju dengan Marina untuk tidak melantik Diana sebagai tukang masak di majlis perkahwinannya nanti. Luqman tahu hubungannya dengan Qistina akan mendapat tentangan keluarga. |
14 |
17 Ogos 2023 |
Marina masih merindui kenangan lama bersama Luqman dan terus membuat perancangan supaya dia dapat bersama dengan Luqman. Luqman cemburu dengan keakraban Qistina dan ibunya. |
15 |
18 Ogos 2023 |
Diana masih tidak berpuas hati dengan keputusan ibunya yang telah mengikut telunjuk Amanda. Ada bukti baru daripada Luqman yang bakal muncul yang mungkin akan membahayakan Aniq. |
16 |
21 Ogos 2023 |
Qistina terkejut apabila Luqman mahu Qistina menjadi pasangannya untuk pergi ke majlis perkahwinan Aniq dan Amanda. Ada masalah timbul di majlis perkahwinan tersebut. |
17 |
22 Ogos 2023 |
Sahara mengatakan yang Qistina dan Herni pasti ada agenda tersendiri untuk berbaik dengan Luqman. Qistina berasa agak janggal di majlis perkahwinan tersebut. Marina bersemuka dengan Qistina. |
18 |
23 Ogos 2023 |
Perjumpaan Qistina dan Marina menimbulkan rasa kurang senang pada kedua belah pihak. Herni dituduh merosakkan majlis perkahwinan Amanda. Qistina muncul untuk membela ibunya. |
19 |
24 Ogos 2023 |
Luqman tidak berpuas hati apabila melihat Qistina rapat dengan Ziyan. Luqman ingin mengahwini Qistina tetapi Herni tidak mahu mereka terburu-buru membuat keputusan. |
20 |
25 Ogos 2023 |
Qistina memberanikan diri untuk bersemuka dengan Sahara untuk meminta maaf atas kejadian tempoh hari. Kehadiran pihak polis membuatkan Sahara mengambil keputusan drastik terhadap Herni dan Qistina. |
21 |
28 Ogos 2023 |
Marina masih berusaha untuk mendekati Luqman. Herni risau kerana Qistina kelihatan tidak sihat. Pengakuan Qistina mengejutkan Herni. |
22 |
29 Ogos 2023 |
Luqman bersemuka dengan Harun untuk mengetahui kisah sebenar tentang Qistina dan Herni. Herni meminta tolong Hajar untuk mencari duit RM50 ribu yang hilang. |
23 |
30 Ogos 2023 |
Hajar lega apabila mendapat tahu ada orang menolong Herni dan Qistina. Herni memarahi Qistina kerana perkenalan Qistina dengan Luqman telah membawa kesedihan dalam kehidupan mereka. |
24 |
31 Ogos 2023 |
Luqman terkejut apabila mengetahui yang ibunya telah melantik Aniq sebagai Pengarah Syarikat yang baru. Perjalanan Qistina ke Johor menghadapi pelbagai rintangan. |
25 |
1 September 2023 |
Zai memberitahu Herni yang dia sudah tahu kenapa Herni dan Qistina. Marina mula diganggu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali. |
26 |
4 September 2023 |
Qistina masih bersusah-payah untuk mencari Luqman. Luqman mula percaya dengan kata-kata hasutan orang-orang di sekelilingnya hingga merasakan yang Qistina dan Herni mungkin sebenarnya adalah penipu. |
27 |
5 September 2023 |
Qistina terkejut apabila Luqman sangsi tentang kehadiran dirinya dalam hidup Luqman. Luqman sudah buntu kerana tidak tahu siapa yang dia patut percaya. Amanda mahu penjelasan daripada Aniq. |
28 |
6 September 2023 |
Amanda mula sangsi dengan perlakuan Aniq. Marina dan ayahnya masih terus diancam bahaya. Luqman mengupah seseorang untuk menjejaki Qistina. |
29 |
7 September 2023 |
Qistina rasa bersalah apabila terpaksa memberikan berita palsu kepada ibunya. Luqman buntu memikirkan nasib Qistina. Hajar terkejut apabila mengetahui sepupunya Harun ada kaitan dengan Qistina dan Herni. |
30 |
8 September 2023 |
Luqman hadir ke tempat Qistina bekerja untuk mencari Qistina. Aniq mula gila kuasa. Marina terpaksa menggunakan muslihat untuk memerangkap Luqman. |
31 |
11 September 2023 |
Qistina memberitahu Ziyan yang hubungannya dengan Luqman sudah kembali pulih. Marina teruskan langkah untuk memerangkap Luqman. Berlaku pertengkaran antara Luqman dan Aniq. |
32 |
12 September 2023 |
Nadia terkejut yang Omar berani mencuba sesuatu yang baru. Amanda teruskan siasatan terhadap suaminya. Pertengkaran berlaku antara Luqman dan ibunya. |
33 |
13 September 2023 |
Qistina bersemangat untuk belajar ilmu baru di sebuah kolej swasta. Marina risaukan tentang apa yang berlaku terhadap dirinya. Luqman ternampak kelibat Qistina dan terus cuba untuk menjejaki Qistina. |
34 |
14 September 2023 |
Luqman terkejut apabila Aniq mengambil tindakan melulu untuk menjual produk baru. Nazri memberi amaran tegas kepada Haslin. Luqman dapat menjejaki Qistina. |
35 |
15 September 2023 |
Luqman kecewa kerana isteri Nik sanggup menipu supaya Luqman tidak berjumpa dengan Qistina. Amanda terpaksa melayan kerenah Haslin. Diana pelik keluarganya terlampau senang untuk mempercayai orang baru. |
36 |
18 September 2023 |
Luqman memarahi Marina kerana memasuki rumahnya tanpa izin. Kedatangan Ziyan untuk berjumpa Qistina membuatkan Luqman berasa kurang senang. Abu teruskan usaha untuk mendekati Hajar. |
37 |
19 September 2023 |
Qistina terkejut apabila bertemu dengan Marina yang membawa berita mengejutkan. Luqman sangsi apabila dia dituduh mengakibatkan Marina mengandung. Rafael teruskan agenda untuk perangkap keluarga Nadia. |
38 |
20 September 2023 |
Anita akan terima apa saja keputusan keluarga Benjamin. Luqman sedih kerana Qistina telah meninggalkannya tanpa sebarang berita. Luqman buntu apabila mendengar berita tentang kandungan Marina. |
39 |
21 September 2023 |
Sahara mahu Luqman bertanggungjawab ke atas Marina. Kepulangan Qistina membawa kegembiraan dalam hidup Herni. Luqman bertegas untuk mengetahui lokasi Qistina. |
40 |
22 September 2023 |
Luqman masih keliru dengan tindakan Qistina yang pergi meninggalkannya tanpa sebarang alasan. Diana masih tidak berpuas hati dengan Aiman. Sahara tidak setuju dengan tindakan Amanda yang terburu-buru. |
41 |
25 September 2023 |
Luqman masih rindukan Qistina. Herni gembira kerana Ziyan suka tolong Qistina, tetapi tetap risau jika Ziyan ada harapkan sesuatu daripada Qistina. Amanda perlukan seorang kawan untuk berkongsi masalah. |
42 |
26 September 2023 |
Luqman memarahi Nadia yang disifatkan sering menjadi batu api kepada permasalahan keluarga mereka. Qistina rasa dia seperti mengenali Harun. Aleetha menasihatkan Benjamin supaya berjumpa pakar terapi. |
43 |
27 September 2023 |
Luqman mahu siasat dahulu tentang latar belakang perniagaan Nazri. Ben terkejut apabila Sahara menyangka yang dia sudah dikenakan ilmu sihir oleh Aleetha. Qistina gembira dapat berjumpa dengan Diana. |
44 |
28 September 2023 |
Benjamin dan Luqman berkongsi rasa tentang masalah cinta yang sedang mereka hadapi. Qistina cuba bersemuka dengan Harun. Marina teruskan agenda supaya Luqman dapat segera bernikah dengannya. |
45 |
29 September 2023 |
Sahara mahu pernikahan antara Luqman dan Marina dipercepatkan. Luqman tidak suka cara Husin yang membuat kerja. Qistina terharu dengan kemudahan yang Ziyan sudah sediakan kepadanya. |
46 |
2 Oktober 2023 |
Hajar masih tidak dapat dihubungi. Luqman tahu yang hanya Qistina saja yang masih bertakhta di hatinya. Qistina mendapat perkhabaran yang mengejutkan daripada Zai. |
47 |
3 Oktober 2023 |
Luqman kini sudah bergelar suami kepada Marina. Johari masih memaksa Marina untuk mendapatkan duit daripada keluarga Luqman. Qistina masih terkilan dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya. |
48 |
4 Oktober 2023 |
Luqman kesal kerana tidak memberi peluang kepada Qistina untuk memberitahu tentang kandungannya dahulu. Marina dan Luqman mula bertelagah. Ziyan rasa sudah tiba masanya untuk dia berterus-terang. |
49 |
5 Oktober 2023 |
Sahara terkejut apabila Luqman memberitahu yang dia mahu rujuk semula bersama Qistina. Amanda berhadapan dengan satu kejutan besar. Sesuatu berlaku kepada ayah Marina. |
50 |
6 Oktober 2023 |
Sahara tidak berpuas hati apabila Luqman bercadang untuk memeriksa DNA bayi yang Marina bakal lahirkan. Qistina terkejut apabila mendengar berita Luqman telah diserang. Nazri dan Badrul bersemuka dengan Aniq. |