Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Neera Azizi (lahir Nurazneera Azizi; 11 Julai 1998) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2016, dengan peranan televisyen termasuk Sayangku Kapten Mukhriz (2016), Miss Kapten Cikgu Waiz (2017), dan Melankolia (2018).[3][4] Beliau ialah adik kepada pelakon Zeera Azizi.
Neera Azizi | |
---|---|
Kelahiran | Nurazneera binti Azizi 11 Julai 1998 |
Nama lain | Neera Azizi |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2016–kini |
Saudara | Zeera Azizi (kakak) |
Nurazneera binti Azizi dilahirkan pada 11 Julai 1998 di Bandar Melaka, Melaka dan dibesarkan di Kuantan, Pahang.[5] Kakaknya, Nurazeera "Zeera" Azizi merupakan seorang penyanyi dan peserta Dewi Remaja 2018/19.[6]
Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam kerjaya hiburan tanah air setelah dipilih menjayakan watak sebagai Dr. Anisa dalam drama adaptasi novel, Sayangku Kapten Mukhriz yang dibintangi oleh Raja Afiq dan Niena Baharun.[7]
Neera paling dikenali menerusi gandingannya bersama pelakon Singapura Erwin Dawson menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz arahan M. Hitler Zami yang mana beliau memegang watak sebagai Khalisha. Untuk drama ini, beliau mempelajari sistem kokpit pesawat.[8]
Beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Menatap Dalam Mimpi" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan "Bulan Bintang" nyanyian Izzmad Harun.[2] Neera merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[9]
Neera paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Sha, seorang pelajar Indonesia dalam drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020) yang memerlukan beliau untuk bertutur bahasa Indonesia.[10]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Musyrik | Sabrina | Filem pertama |
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2016 | "Menatap Dalam Mimpi" | Siti Nurhaliza |
"Bulan Bintang" | Izzmad Harun | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Oops Terkena (Episod 2) | Artis Jemputan | Awesome TV |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2018 | "Rasa Hati" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.