From Wikipedia, the free encyclopedia
Zeera Azizi (lahir Nurazeera Azizi; 16 Januari 1996) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019. Beliau ialah kakak kepada pelakon Neera Azizi.[1]
Nurazeera binti Azizi dilahirkan pada 16 Januari 1996 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Bandar Melaka, Melaka. Adiknya, Nurazneera "Neera" Azizi juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.
Zeera memulakan kerjaya awal sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia. Beliau pernah bergelar atlet boling di mana beliau mewakili Pahang di Sukan Malaysia (SUKMA). Zeera dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee dan Anna Jobling.[2] Beliau ialah peserta pertama yang tersingkir dari pertandingan tersebut.[3]
Kerjaya lakonan beliau bermula apabila berlakon bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose dalam drama adaptasi novel karya Anna Milia, Setelah Terlafaznya Akad, di mana beliau memegang watak Hani. Beliau pernah merakamkan sebuah lagu berjudul "Kehilangan", namun kurang mendapat sambutan.
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Setelah Terlafaznya Akad | Hani | Astro Ria | |
2021 | Love Elsa | Sofea | ||
Malaysian Ghost Stories | Mila | Episod: "Jembalang Tanah" | ||
2022 | Jiwa Wanita | Teha | TV9 | |
Setelah Terlafaznya Akad 2 | Hani | Astro Ria | ||
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | The Secret | Nurul | Viu | Drama pertama |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018–2019 | Dewi Remaja 2018/19 | Dirinya sendiri / Peserta | Astro Ria | |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.