Uqasha Senrose

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Uqasha Senrose

Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992)[2] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kandung kepada Nelydia Senrose dan kakak seibu kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.[3] Beliau mula terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan kemudiannya sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Uqasha Senrose
اوقشا سينروس
Thumb
Uqasha di acara Anugerah Skrin 2015
Kelahiran
Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen

(1992-07-06) 6 Julai 1992 (umur 32)[a]
Nama lainUqasha, Qasha
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian1.66 m (5 ka 5 38 in)
PasanganKamal Adli (k. 2021)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Nik Sen Mat Rifin (Bapa)
  • Rosmizah Mohd Noor (Ibu)
Saudara
KeluargaRosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)
Tutup

Kehidupan awal

Uqasha Senrose dilahirkan pada Isnin, 6 Julai 1992 Masihi bersamaan 5 Muharram 1413 Hijrah di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Salah seorang daripada adik beliau juga seorang pelakon iaitu Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose. Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia selama setahun setengah.

Kerjaya

Uqasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, diadaptasi dari komik dalam talian dengan judul sama, ketika itu beliau dikreditkan menerusi nama sebenar Zaris Uqasha.[4]

Tiga tahun kemudian, iaitu pada 2013, Uqasha membintangi filem sulungnya, Paku Pontianak arahan Ismail “Bob” Hasim di mana beliau memegang watak utama sebagai Melati, bersama Pekin Ibrahim.[5] Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Rania dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.

Uqasha kemudiannya berlakon di samping Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem Bencinta arahan Eyra Rahman.[6] Beliau membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Ombak Rindu yang dipentaskan pada 22 April hingga 1 Mei 2016; Uqasha memegang watak sebagai Izzah yang sebelum ini dilakonkan oleh Maya Karin dalam filem dengan judul sama yang dikeluarkan pada 2011.[7][8]

Beliau muncul bersama Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anjell dan kemudiannya memegang watak sebagai Puteri Emallyn dalam Hero Seorang Cinderella lakonan Fazura dan Fattah Amin. Uqasha merupakan salah seorang pelakon utama drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan; memegang watak sebagai Arissa.[9]

Bekerja di bawah arahan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, Uqasha bersama Zul Ariffin menjayakan peranan utama bersama Datuk Awie dalam filem Hantu Kak Limah;[10] beliau memegang watak Puteri Bunian bernama Eton yang bercinta dengan Husin.[11]

Uqasha menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.[12][13]Beliau digandingkan bersama Zizan Razak dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, ia turut dibintangi oleh Nadiyah Shahab.[14][15]

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi Uqasha banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan lelaki, malah terdapat segelintir pihak beranggapan beliau sering bertukar-tukar teman lelaki.[16][17] Uqasha sebelum ini dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad.[18] Beliau sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, namun hubungan mereka berakhir di pertengahan jalan.[19] Pada 8 Disember 2017, Uqasha diancam oleh seorang pengikut Instagram beliau, yang ingin meminta gambar bogelnya.[20][21]

Pada 8 Mei 2018, Uqasha telah ditahan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 pil Eramin 5 di dalam beg tangan Chanel miliknya. Beliau turut mengesahkan keputusan ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya disahkan negatif dan dibebaskan dengan ikat jamin.[22] Uqasha turut mendakwa beliau disabotaj.[23][24][25]Pada awal 12 Ogos 2018, Uqasha mendedahkan dakwaan kes dadah ke atasnya telah selesai dan beliau tidak lagi di bawah pemerhatian polis.[26][27]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lukisan Hati Nurliana Filem bebas; dikreditkan sebagai Zaris Uqasha
2013 Paku Pontianak[28] Melati Filem pertama
Bencinta Lia
2018 Hantu Kak Limah Zaiton/Puteri Bunian
2023 Sumpahan Jerunei Bee
2025 Bisikan Dosa Zara
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012-2013 Setia Hujung Nyawa Natie TV3 Drama pertama
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Rania
Tok Abah Yana Astro Oasis
2014 Ratu Shuhada Shuhada / Bawang Putih TV1
Tanah Kubur (Musim 10) Aishah Astro Oasis Episod: "Topeng Solehah"
Kalau Itu Jodoh Kita Lutfa Shirin Mawar TV AlHijrah
2015 Babyana Yana TV2
Dan Hati Pun Berkata Adira
Qarin[29] Dhiya TV1
Sayap Jibril Sarah Astro Oasis Episod: "Perampas Itu Mencuri"
Pengembaraan Jason Murad Atie TV9
Strawberi & Karipap (Musim 2) Emma Astro Ceria
2016 Tundukkan Playboy Itu Nurin Areesa TV3
2017 Syurgaku Tak Sempurna Fariena HyppTV
Kerana Anisa Laili TV3
Hero Seorang Cinderella Puteri Emallyn Astro Ria
Khabar Dari Casablanca Nadia TV2
Perempuan Paling Bahagia Maya Astro Oasis
Dia Segala-galanya Suraya TV1
Duda Pujaan Dara Tengku Rahayu Astro Ria Penampilan khas
2018 Rahsia Hati Perempuan Arissa
2019 Spanar Jaya X Syasya TV3 Sitkom
Setelah Terlafaznya Akad Nawal Astro Ria
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Salsabila
2020 Perempuan Tanpa Dosa Lily Shazrina
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Kasih Maisara
Kampung Kolestrol Kiambang TV9 Penampilan khas
The Hotel Dr. Firhani Astro Ria
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja
2022 Setelah Terlafaznya Akad 2 Nawal
2023 Akira Khan Akira Khan
Isteri Halal Eyra
Jangan Lupa Janji Raihana
Nak Dengar Cerita Hantu? Yana DEGUP Episod 2
Tutup

Web drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2019 Ombak Rindu The Series Hazirah Iflix
Tutup

Videografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Cinta Sesungguhnya" Sabhi Saddi feat Marsha
2017 "Pejamkan Mata" Malique feat Dayang Nurfaizah
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Arman Siti TV3
2014 Hitam Zaleha
Oops Terlebih Pulak Thia TV9
Sedalam Mana Cinta[30] Zalia TV3
2015 7 Petola Cinta Ainul TV9
Bila Hati Berbunga TVi
Mat Despatch Raya Sakan Sha TV2
Wang atau Cinta Farhaini TV9
Cik Puan Bibik Che Ta (Rozita) TV1
Sesumpah Ramadan Sophia TV3
Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya Zaharah TV1
Tok Samad Siti TV9
Orang Gaji Pontianak Zaleha Astro Ria
Ally Akashah Karmila TV9
2016 Jam Aju Tanpa Jarum Nida TV2
3 Hari 7 Likur Elyana TV1
Awe Keno Nikoh Mek Tie
2017 Hanya Kau Yang Satu Arlisa HyppTV
Ilham Nia/ Indah Astro Citra
2018 Pok Ya Cong Codei Aina
Esok Untuk Kita Zalia ntv7
Kampung Kuala Lambat Jamilah Astro Citra
Andai Ku Cinta Lagi Marissa TV2
Dipulangkan Kasihnya Juwita TV2
2019 Hantu Don Ayu TV3
Saya Jual Ye Bang Rosalinda Ahmad Astro First Eksklusif
Boyfriend Aku Dari Neraka Risya Astro Citra
2021 Pengantin Dari Neraka Elly Surtinah
Tutup

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Tarikh pementasan
2016 Ombak Rindu Izzah / Suri 22 April - 1 Mei 2016
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Super Spontan 2014 Artis Jemputan Astro Warna
2015 Super Spontan All Stars Peserta Kumpulan Kungfu Kipidap
Spontan Boboi & Kengkawan
Sepahtu Reunion 2015 Sofia Artis Jemputan: Episod "Rewang"
2016 Ketuk Ketuk Ramadhan Dirinya sendiri TV1 Artis jemputan
2017 Sepahtu Reunion Live 2017 Cikgu Nana Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Suci Dalam Debu"
2023 Sepahtu Reunion Live 2023 Tiara Artis Jemputan: Episod "Kasih Dua Darjat"
2022 Sepahtu Reunion Live Tour Linda Artis Jemputan: Episod "Tanpamu Tapan"
The House: Kamal & Uqasha Dirinya sendiri Astro Ria Bersama suaminya Kamal Adli
2024 Oh Baby Kamal & Uqasha Bersama suaminya Kamal Adli dan anaknya Hawra Uqaira
2025–kini Sepahtu Renew Sofia Astro Prima
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Trending Popular Uqasha Senrose Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Kamal Adli) Setelah Terlafaznya Akad Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pelakon TV Wanita Popular Uqasha Senrose Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Kamal Adli) Perempuan Tanpa Dosa Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa Pelakon Wanita Drama TV Terbaik Rindu Awak Separuh Nyawa Tercalon
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Artis Filem Wanita Popular Uqasha Senrose Tercalon
Tutup

Catatan

  1. Beliau dilahirkan sama ada 6 Julai 1992 atau 1 Ogos 1992; berdasarkan sumber berbeza. Namun, Uqasha memilih 6 Julai 1992 sebagai tarikh lahir rasmi berdasarkan dari nombor kad pengenalan dan dokumen kelahirannya.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.