Sijil Pelajaran Malaysia

peperiksaan awam di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa Tingkatan 5[1]. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan sekolah menengah[2].

Contoh Sijil Keputusan SPM
Contoh muka hadapan bagi kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh kod QR calon peperiksaan SPM 2022

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.[3][4] Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM[5], Matrikulasi[6][7] atau Asasi. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.[8]

Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM[9][10][11]. Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR)[12] yang digunakan diperingkat antarabangsa.

Senarai subjek [13][14][15][16]

Subjek teras

Subjek-subjek tertentu adalah wajib. Antaranya ialah :

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan Syarat Khas
1103 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam Bahasa Melayu Diambil oleh pelajar beragama Islam sahaja
1225 Pendidikan Moral Bahasa Melayu Diambil oleh pelajar bukan Islam
1249 Sejarah Bahasa Melayu
1449 Matematik Bahasa Melayu dan Inggeris
1511 Sains** Bahasa Melayu dan Inggeris
Tutup

*Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.

**Subjek Sains tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka

Subjek elektif[17]

Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti di bawah. Namun begitu, ia perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah[18]. Ada juga beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan. Pelaksaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2020 telah menyebabkan beberapa perubahan bagi subjek elektif[19].

Elektif Bahasa

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
2361 Bahasa Arab (اللغة العربية[20]) Bahasa Arab
6351 Bahasa Cina * (华文[21][22][23][24][25]) Bahasa Cina (Cina Ringkas)
6354 Bahasa Tamil (தமிழ்மொழி[26][27][28]) Bahasa Tamil
6356 Bahasa Iban (jaku Iban) Bahasa Iban
6357 Bahasa Kadazandusun (Boros Momogun) Bahasa Kadazandusun
6358 Bahasa Semai (Engrok Semai) Bahasa Semai
Tutup

*Bahasa Cina[29] merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari dan diambil oleh setiap pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)[30][31][32][33]

Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan Syarat Khas
2280 Geografi Bahasa Melayu
2611 Pendidikan Seni Visual Bahasa Melayu
2621 Pendidikan Muzik Bahasa Melayu
3754 Pengajian Keusahawanan Bahasa Melayu Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
3756 Prinsip Perakaunan Bahasa Melayu
3766 Perniagaan Bahasa Melayu
3767 Ekonomi Bahasa Melayu
2216 Kesusasteraan Melayu Komunikatif Bahasa Melayu
2206 Kesusasteraan Inggeris (English Literature) Bahasa Inggeris
9216 Kesusasteraan Cina (华文文学) Bahasa Cina (Cina Ringkas)[34]
9217 Kesusasteraan Tamil (தமிழ் இலக்கியம்) Bahasa Tamil
Tutup

Elektif Pengajian Islam[35]

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
5226 Tasawwur Islam Bahasa Melayu
5227 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Bahasa Melayu
5228 Pendidikan Syariah Islamiah Bahasa Melayu
Tutup

Subjek elektif pengajian Islam turut dibahagi kepada subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)[36] dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).[37]

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
5401 Usul Al-Din Bahasa Arab
5402 Al-Syariah Bahasa Arab
5403 Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah Bahasa Arab
5404 Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami Bahasa Arab
5405 Al-Adab wa Al-Balaghah Bahasa Arab
Tutup
Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Subjek Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
5301 Hifz Al-Quran Bahasa Arab
5302 Maharat Al-Quran Bahasa Arab
5303 Turath Al-Quran wa Al-Sunnah Bahasa Arab
5304 Turath Dirasat Al-Islamiah Bahasa Arab
5305 Turath Bahasa Arab Bahasa Arab
Tutup

Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan)

Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
3472 Matematik Tambahan Bahasa Melayu dan Inggeris
4532 Fizik Bahasa Melayu dan Inggeris
4541 Kimia Bahasa Melayu dan Inggeris
4551 Biologi Bahasa Melayu dan Inggeris
Tutup

Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi)

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan Syarat Khas
3729 Pertanian Bahasa Melayu
3759 Lukisan Kejuruteraan Bahasa Melayu Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik
3760 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Bahasa Melayu
3761 Pengajian Kejuruteraan Awam Bahasa Melayu
3762 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Bahasa Melayu
3763 Reka Cipta Bahasa Melayu
3768 Asas Kelestarian Bahasa Melayu
3769 Sains Rumah Tangga Bahasa Melayu
3770 Sains Komputer Bahasa Melayu
3771 Grafik Komunikasi Teknikal Bahasa Melayu
4561 Sains Tambahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4572 Sains Sukan Bahasa Melayu
Tutup

Elektif STEM (Mata Pelajaran Vokasional)

Kebiasaannya, subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional[38].

Maklumat lanjut Kod Subjek, Nama Subjek ...
Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan
7101 Pembinaan Domestik Bahasa Melayu
7103 Kerja Paip Domestik Bahasa Melayu
7104 Pendawaian Domestik Bahasa Melayu
7105 Kimpalan Arka dan Gas Bahasa Melayu
7106 Menservis Automobil Bahasa Melayu
7107 Menservis Motosikal Bahasa Melayu
7108 Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara Bahasa Melayu
7109 Menservis Peralatan Elektrik Domestik Bahasa Melayu
7110 Pembuatan Perabot Bahasa Melayu
7201 Rekaan dan Jahitan Pakaian Bahasa Melayu
7202 Katering dan Penyajian Bahasa Melayu
7203 Pemprosesan Makanan Bahasa Melayu
7205 Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Bahasa Melayu
7207 Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut Bahasa Melayu
7208 Gerontologi Asas dan Geriatik Bahasa Melayu
7301 Landskap dan Nurseri Bahasa Melayu
7302 Akuakultur dan Haiwan Rekreasi Bahasa Melayu
7303 Tanaman Makanan Bahasa Melayu
7403 Produksi Multimedia Bahasa Melayu
7405 Produksi Reka Tanda Bahasa Melayu
7406 Hiasan Dalaman Bahasa Melayu
7407 Reka Bentuk Grafik Digital Bahasa Melayu
Tutup

Gred dan pencapaian

Mulai pada tahun 2009:[39]

Maklumat lanjut Gred, Pencapaian ...
GredPencapaianPurataMarkah
A+Cemerlang Tertinggi090 - 100
ACemerlang Tinggi180 - 89
A-Cemerlang270 - 79
B+Kepujian Tertinggi365 - 69
BKepujian Tinggi460 - 64
C+Kepujian Atas555 - 59
CKepujian650 - 54
DLulus Atas745 - 49
ELulus840 - 44
GGagal90 - 39
Tutup

Senarai pelajar terbaik SPM

Maklumat lanjut Tahun, Nama ...
TahunNamaSekolahKeputusan SPM
2000 Ong Jin Hock SMK Ibrahim 12 1A
2001 Alvin Choong Ching Yek

Lee Shen Han

Joy Wee Xin Ning

SMK Penang Free

SMK Ibrahim

SMK Convent

12 1A

12 1A

12 1A

2002 Yap Sui Lin[40][41] SM (P) Kuen Cheng 14 1A, 1 2A
2003 Ahmad Atiq Abdul Hamid SMK La Salle Klang, Klang 14 1A, 1 2A
2004 Nur Amalina Che Bakri

Anushree Lalitha A/P Subramaniam

SMK Ulu Tiram, Johor

SMK Perempuan Sri Aman

17 1A

14 1A

2005 Chong Huey Ee

Chin Shiang Jin

Esther Elizabeth Jack

SMK (P) Treacher Methodist, Taiping

Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu

SMK Raja Lumu, Klang

15 1A. 1 2A

15 1A

15 1A

2006 Siti Fatimah Mukhtar

Yeo Jie Ming

Melissa Sia Yin Ying

Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu

SMK Bukit Mertajam

SM Kian Kok, Kota Kinabalu

17 1A, 1 2A

16 1A

16 1A

2007 Azali Azlan

Quek Khai Ren

SMK Agama Yan

SMJK Hwa Lian, Mentakab

20 1A, 1 2A

16 1A

2008 Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal‎

Lim Shu Yong

Tan Chin Huat

Akira Wong Neng Chun

SMA (Ugama) Maahad Muhammadi (Perempuan)

SMJK Yoke Kuan, Sekinchan

SMJK Yoke Kuan, Sekinchan

SMJK Tung Hua, Sibu

19 1A, 1 2A

16 1A

16 1A

16 1A

2009 Grace Kiew Sze-Ern

Gladys Tan Yee Kim

SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya

SMK Green Road

15 A+

10 A+

2010 Muhammad Putera Farid Iskandar SMS Tuanku Munawir 10 A+
Tutup

Bermula SPM 2011, tiada pengumuman pelajar terbaik dibuat. Bagi SPM 2010-2014, seramai 30 pelajar (SPM 2009,2010) dan 50 pelajar (SPM 2011-2014) paling cemerlang (semua A+) dalam SPM diberikan Biasiswa Nasional secara automatik.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.