Pelakon, pengacara dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Nora Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Ana lu'lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.
Nora Danish | |
---|---|
Kelahiran | Nora binti Mohd Danish Hanif 7 Mac 1982 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyanyi, model |
Tahun aktif | 2003–kini |
Ketinggian | 160 cm (5 ka 3 in) |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Ibu | Salimah Talib |
Bapa | Mohd Danish Hanif |
Hubungan |
|
Nora mempunyai beberapa peranan filem terkenal seperti Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006), Cuti-Cuti Cinta (2010), Seru (2011), Aku Terima Nikahnya (2012), Lagenda Budak Hostel (2013), Polis EVO (2015-23) dan Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017).
Nora dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Setiu, Terengganu kepada ibu bapanya, Mohd Danish Hanif dan Salimah Binti Talib.[1] Beliau yang berdarah kacukan Arab dan Myanmar merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang, Selangor di mana beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia.[2]
Kerjaya hiburan Nora bermula pada 2004 sewaktu menjayakan iklan Gadis Misteri Hotlink.[3]
Pada tahun berikutnyya, ketika berusia 23 tahun, Nora mula mendapat perhatian umum sewaktu menjayakan peranan utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman.[4] Beliau bekerja sekali lagi di bawah arahan Aziz dengan membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Gila-Gila Pengantin Popular lakonan Norman Hakim, Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Pada tahun berikutnya, beliau mempunyai peranan sebagai Dr. Lisa dalam filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita lakonan kumpulan Senario.
Beliau menjayakan watak sebagai serikandi Tun Fatimah dalam drama sejarah Pendekar 5 yang disiarkan di TV9 bermula 24 Oktober 2007.[5][6] Setahun kemudian, beliau membintangi siri drama Gadis Cuci musim pertama. Beliau berlakon bersama dramatis Ryzal Jaafar menerusi drama Slot Lagenda TV3 Sumpah Bunian yang bersiaran pada 30 September 2009, Nora memegang watak gadis bunian bernama Hawa.[7][8]
Pada 31 Mei 2010, Nora menjayakan peranan Cempaka dalam siri drama epik fantasi TV3. Arjuna terbitan KRU. Nora memegang watak Eava Ealiana, seorang pengarah di syarikat bapanya dan kepentingan cinta Omar Rudy lakonan Farid Kamil dalam filem drama romantik 2010, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.[9] Filem ini menandakan gandingan sulung Nora dan Farid, ditayangkan pada 21 Oktober 2010.[9]
Nora menjayakan peranan judul dalam drama Ana lu'lu arahan pertama Pierre Andre untuk siaran di Slot Lestary TV3. Ia mengisahkan seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya, ia turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Wawa Zainal dan Kamal Adli.[10]
Nora digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri drama Khurafat The Series, adaptasi daripada filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di Astro Ria, Nora memegamg watak sebagai Mastura.[11] Nora berpasangan bersama Ady Putra dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012.[12] Juga pada 2012, Nora digandingkan bersama penyanyi dan pelakon Syed Hussein dalam drama waktu perdana Ariana Mikhail di TV9.[13]
Pada tahun 2013, beliau berlakon dalam tiga filem serentak—Lagenda Budak Hostel,[14] Mencari Cinta[15] dan 2 Kalimah.[16] Pada Jun 2014, selepas kali terakhir membintangi dua filem terdahulu (Cuti-Cuti Cinta dan Bencinta), Nora digandingkan sekali lagi bersama Farid Kamil dalam filem seram Pengantin Malam arahan Eyra Rahman. Beliau mendedahkan beberapa ulasan di akaun Instagram rasmi beliau mengenai filem ini.[17][18] Nora memegang watak Maya, isteri kepada Razif yang sering kali diganggu kejadian mistik sehingga menyebabkan hidupnya sengsara dan dan hilang ingatan.[19]
Nora digandingkan kembali bersama Ady Putra dalam filem keagamaan romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015.[20][21] Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.[22][23]
Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, Nora berlakon bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi Polis EVO, beliau memegang watak sebagai Anis.[24] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem.[25] Nora kembali bekerja di bawah arahan Ghaz menerusi telefilem Lampu Merah yang diterbitkan untuk Karya 12 Astro Citra; Nora memegang watak gadis psiko yang mengejar seorang pemandu Uber. Ia turut dibintangi oleh personaliti media sosial popular, Ucopp.[26]
Nora tampil berkolaborasi bersama penyanyi W.A.R.I.S menerusi lagu single "Ini Lagi Boom" terbitan KRU Music yang dikeluarkan pada 9 Januari 2017.[27][28][29][30]
Beliau membintangi bersama pelakon Indonesia, Fedi Nuril dan Laudya Chintya Bella dalam filem drama keagamaan Surga yang Tak Dirindukan 2 arahan Hanung Bramantyo yang mana beliau memegang watak sebagai Sheila.[31][32] Filem ini menandakan penampilan filem Indonesia pertama Nora.[33]
Nora digandingkan bersama Syamsul Yusof dalam filem drama biografi romantik Makrifat Cinta arahan Kamal G, beliau memegang watak sebagai Sofea. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018.[34] Beliau menjayakan peranan utama sebagai Dewi dalam filem drama hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, Bukan Cinta Malaikat arahan Aziz M. Osman dan Herdanius Larobu yang ditayangkan pada 25 Januari 2018. Filem ini turut dibintangi oleh Ashraf Muslim, Fachri Albar dan Donita.[35][36][37]
Pada 19 April 2018, The Malay Mail melaporkan bahawa Nora akan kembali aktif berlakon selepas Hari Raya Aidilfitri.[38] Beliau menjadi pengacara jemputan untuk MeleTOP bersama Nabil Ahmad di Astro Ria pada 17 Julai 2018.[39]
Nora kembali digandingkan bersama Kamal Adli menerusi telefilem Hingga Jumpa Lagi yang memulakan tayangan perdana di Astro Citra pada 17 November 2018.
Nora berkahwin dengan ahli perniagaan, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada awal Julai 2008 semasa dia sedang mengandung selama 3 bulan. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki.[40][41]
Pada 30 Mac 2017, beliau berkahwin kali kedua dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada ahli politik BN UMNO, Mohamed Nazri Abdul Aziz dan dia menjadi ibu tiri kepada anak lelaki Nedim yang merupakan hasil daripada perkahwinan pertama beliau yang telah berakhir disebabkan penceraian pada tahun 2013.[42][43][44]
Pada 21 Februari 2018, Nora dan suaminya, Nedim, dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki.[45][46]
Selain penampilan di media elektronik, Nora juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan untuk beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Berita Harian dan Harian Metro. Beliau dilaporkan mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram dan 1.7 juta di Twitter, menjadikan Nora sebagai personaliti media sosial terkemuka di Malaysia.[47]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2005 | Gila-Gila Pengantin Popular | Mala | Filem pertama |
2006 | Senario Pemburu Emas Yamashita | Dr. Lisa | |
2010 | Jangan Pandang Belakang Congkak 2 | Seha | |
Cuti-Cuti Cinta | Eeva Eliana | ||
2011 | Seru | Yana | |
2012 | Aku Terima Nikahnya | Arlisa | |
2013 | Lagenda Budak Hostel | Seroja | |
Mencari Cinta | Myra | ||
Dua Kalimah | Selena | ||
Bencinta | Fathia | ||
2014 | Pengantin Malam | Maya | |
Anak Jantan | Nara | ||
2015 | Gudang Kubur | Zarra | |
Hantu Bungkus Ikat Tepi | Mimie | ||
Suami Aku Ustaz | Alisa | ||
Jurassic World | Claire Dearing | Alih suara BM | |
Suamiku Jatuh Dari Langit | Asyikin | ||
Polis EVO | Anis | ||
Chowrasta | Hanizah | ||
Isteri Untuk Dijual | Anabella | ||
2017 | Surga yang Tak Dirindukan 2 | Sheila | Filem Indonesia |
Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 2 | |||
2018 | Makrifat Cinta | Sofea | |
Bukan Cinta Malaikat | Dewi | Filem Malaysia-Indonesia | |
2020 | Kelaster | Ain | |
2022 | 7 Minggu Sebelum Kahwin | Syifa Hana | |
Kan Cheong | Ayu | ||
Seratus | Pelayan Restoran | Penampilan khas | |
2023 | Sumpahan Malam Raya | Misha | |
Raya Heist | Nor | ||
Polis EVO 3 | Anis | ||
Sayu Yang Syukur | Liana | ||
2024 | The Parcel | ||
TBA | Mak Cun The Movie | Halimatun |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005–2008 | Puteri | Puteri Fara Nordin | TV3 | Drama pertama |
2006 | Gerak Khas | Fara | TV2 | Episod: "Minah Reweng" |
Misi XX-Ray | TV3 | 1 episod | ||
Ejen 016 | ||||
2007 | Pendekar 5 | Tun Fatimah | TV9 | |
2008 | Gadis Cuci (Musim 1) | Nasha | Astro Ria | |
2009 | Sumpah Bunian | Siti Hawa | TV3 | |
2009 | Keliwon | AYU | TV3 | Episod : Hantu Geweh |
2009–2010 | Tiga Serumah | Astro Warna | ||
2010 | Arjuna | Cempaka | TV3 | |
2010–2011 | Putera Katak | Tina | ||
2011 | Ana lu'lu | Ana Lu'lu | ||
Mistik Alam Hitam | Normah | Astro Ria | Episod : Beranak Dalam Kubur | |
Khurafat The Series | Mastura | Astro Ria | ||
Tentang Dhia | Nur Kamardhia (Dhia) | TV3 | ||
Ariana Mikhail | Ariana | TV9 | ||
2013 | Benci Vs Cinta | Alisa | Astro Ria | |
2015 | Ajaibnya Cinta | Halimatun | TV3 | |
2015–2019 | Mak Cun | |||
2016 | Rumi & Jawi | Sharon | Astro Prima | |
2018 | Bahagia Bukan Bidaan | Ain Farhana / Hana | TV3 | |
2019 | Imaan | Imaan | Astro Ria | |
Atin, Atan & Mak Cun | Halimatun | TV3 | ||
2020 | Sepenggal Puisi | Aisha | Astro Citra | Drama Malaysia-Indonesia |
Rumah Rara | Rafidah | Awesome TV | Drama Komedi di Awesome TV | |
Bougainvillea | Mimie | TV3 | ||
2021 | Covid Oh Covid | Suhaila | ||
2022 | Puteri Reunion | Puteri Fara Nordin | ||
2023 | Nak Dengar Cerita Hantu? | DEGUP | ||
2024 | Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu | Mek La Chendering | Astro Warna |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Ombak Rindu The Series | Dr. Khadijah | Iflix | 1 episod |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Cinta KLCC | Farah | VCD |
2004 | Celak Pak Andam | Lisa | |
2005 | Poyo | Norma | |
2010 | Madu Sorok | Nora | TV3 |
2012 | Jujur Aku Dayus | Lisa | |
Maafkan Aku | Marya | ||
Anak Ikan | Maria | Astro Prima | |
Panah Asmara | Adilla | TV1 | |
Di Bawah Langitmu | Annur | TV3 | |
2013 | Ijab Dan Qabul | Zarra | |
2014 | Spain Uolls! | Halimatun | |
2016 | Cikgu Timah Sekolah Bandar | Timah | Astro Citra |
Mak Cun Pi New York! | Halimatun | TV3 | |
Lampu Merah | Nora | Astro Citra | |
2017 | Kuntom | Kuntom | |
2018 | Hingga Jumpa Lagi | Eva | |
2020 | Puyah & Putat | Puyah | |
2021 | 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend | Sha | |
2022 | Survival 486 | Syuhada | |
2024 | Bakal Menantu Hajah Noraini | Kalsom | TV1 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | Juri | Astro Warna |
2015 | Sensasi BollyOne HD | Pengacara | Astro Prima |
2018 | MeleTOP | Pengacara Jemputan | Astro Ria |
2019 | Muzikal Lawak Superstar | Juri | Astro Warna |
2021 | Shopee 3.3 Supermarket Sale Show | Artis Jemputan | TV3 |
2024 | Melodi | Pengacara Jemputan | |
Tahun | Tajuk lagu | Artis undangan |
---|---|---|
2011 | "Ajari Aku" | Anuar Zain |
"Sempurnakan Aku" | ||
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | "Bersama Together" | Iz Sulaini | Penyanyi jemputan |
2017 | "Ini Lagi Boom" | W.A.R.I.S | |
Pada Julai 2013, Nora bersama-sama dengan Adi Putra, Neelofa, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza, dilantik oleh TV3 sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[48][49][50]
Pada 16 April 2018, Nora bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Scha Al-Yahya, dan Kavita Sidhu menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[51][52][53][54]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2005 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
2007 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 | Pakaian Paling Glamor[55] | Menang |
2009 | Anugerah Parti Hip TV[56] | Artis Hot Mama | Tercalon |
2010 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Paling Fotogenik | Tercalon |
Anugerah Shout! 2010 | Anugerah Hot Chick | Tercalon | |
2011 | Anugerah PPMH | Anugerah Selebriti Cekal | Tercalon |
Anugerah Janda Hot | Menang | ||
Anugerah Hot Mama | Tercalon | ||
Anugerah Skrin 2011 | Anugerah Sinaran Pantene | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 | Artis Wanita Popular Online | Tercalon | |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | ||
2012 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Paling Fotogenik | Tercalon |
Selebriti Harapan Pilihan | Tercalon | ||
Anugerah Shout! 2012 | Anugerah Hot Chick | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | ||
Artis Wanita Stailo | Tercalon | ||
Gandingan di Layar Serasi (bersama Adi Putra) | Tercalon | ||
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial | Tercalon | ||
Artis Asia Paling Popular | Tercalon | ||
2013 | Anugerah Bella | Skrin Bella | Tercalon |
2017 | Anugerah Instafamous 2017 | #tilljannah with Nedim | Menang |
2018 | Indonesian Box Office Movie Awards[57] | Kategori Pendatang Baru Terbaik | Tercalon |
Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Wanita Terbaik Filem | Tercalon | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.