KRU
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
KRU[b] merupakan kumpulan penyanyi lelaki Malaysia dari Kuala Lumpur.[1][2] Mereka ditubuhkan pada tahun 1992 oleh tiga bersaudara Norman,[3] Yusry dan Edry Abdul Halim. KRU mempersembahkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris dan mengeluarkan beberapa single hit sekitar kebangkitan muzik pop Malaysia, secara kolektif dikenali sebagai M-Pop dan menjelang abad ke-21. Gaya muzik kumpulan itu, yang mendapat pujian untuk kualiti lagu dan penglibatan emosi yang menarik minat khalayak, merangkumi gabungan pop, R&B, dan hip hop, manakala lirik mereka memfokuskan pada subjek termasuk kehilangan, kesedihan dan perhubungan serta perjuangan peribadi. KRU juga terkenal sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman dan telah menyumbang kepada karya muzik untuk artis industri muzik Malaysia terkemuka dalam pelbagai genre sejak itu.
Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Music. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.[4][5]
Remove ads
Sejarah
Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang ibu saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
Ketika mereka menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor kecuali Yusry yang lebih menyokong pasukan Kuala Lumpur, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.
Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula mencipta dan menulis lebih banyak lagu sendiri. Tanpa pengetahuan mereka, rakan sekampus Norman menghantar demo mereka ke satu kedai kaset yang kemudiannya sampai ke tangan pihak EMI. Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong menyukainya dan memanggil tiga beradik itu untuk sesi uji bakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirlah kumpulan KRU.
Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka juga tidak lari dari pelbagai kontroversi namun mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.
Pada tahun 2000, mereka menubuhkan kumpulan muzik maya bernama Tyco, yang ahlinya terdiri daripada mereka bertiga sendiri versi animasi.[6]
Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[7] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[8] Menurut Norman selaku ketua kumpulan, keputusan ini telah dipersetujui oleh beliau, Yusry dan Edry.[9] Malah tiada perancangan untuk KRU membuat persembahan pertemuan semula pada masa hadapan berikutan setiap anggotanya sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing.[10] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[11]
Sebuah rokumentari khas mengenai perjalanan muzik KRU telah diumumkan oleh Norman dan telah diterbitkan pada Julai 2018.[12]
KRU Mengumumkan Kini Kembali 10 Oktober 2024 Ahli Kumpulan Norman' Edry' Yusry
Remove ads
KRU Berhad
KRU Berhad, ialah sebuah syarikat media dan hiburan multinasional Malaysia yang diasaskan oleh kumpulan KRU. Syarikat ini terdiri daripada KRU International Sdn. Bhd. (dahulunya KRU Records Sdn Bhd), KRU Media Sdn. Bhd., KRU Studios Sdn. Bhd. (dahulunya KRU Motion Pictures Sdn Bhd), United Studios Sdn. Bhd., Showbiz Productions Sdn. Bhd., Kartun Studios Sdn. Bhd., KRU Music Sdn. Bhd., KRU Entertainment Sdn. Bhd. (berdaftar KRU Distribution Sdn. Bhd.), KRU Arena Sdn. Bhd. (dahulunya Music Unlimited International Sdn. Bhd.), KRU Masterclass Sdn. Bhd. (dahulunya KRU Academy Sdn. Bhd.), Prodigital Lab Sdn. Bhd. (dahulunya KRU Music Group Sdn Bhd), VSOCloud Southeast Asia Sdn. Bhd. (Usaha sama), KRU America, Inc., KRU Singapore Pte. Ltd., KRU Live HK Limited, PT. Wanna B Music Production (dahulunya PT. KRU Indonesia), dan KRU Entertainment UK Limited. Selain ibu pejabatnya di Selangor, cawangan KRU terdapat di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Eropah, dan United Kingdom.[13]
Cabang lain
Selain bidang muzik, KRU turut mengembangkan sayap mereka dalam bidang perniagaan menerusi Kumpulan Syarikat KRU yang ditubuhkan pada 1992. Berikut ialah senarai anak syarikat KRU:
- KRU Studios Sdn. Bhd., (dahulunya KRU Motion Pictures Sdn Bhd)
- KRU Media Sdn. Bhd.
- KRU International Sdn. Bhd. (dahulunya KRU Records Sdn Bhd)
- United Studios Sdn. Bhd.
- Showbiz Productions Sdn. Bhd.
- Kartun Studios Sdn. Bhd.
- KRU Masterclass Sdn. Bhd., (dahulunya KRU Academy Sdn. Bhd.)
- KRU Music Sdn. Bhd.
- Hot Jam Cafe @ DPulze Cyberjaya (ditutup)
- KRU America, Inc.
- KRU Singapore Pte. Ltd.
- KRU Live HK Limited
- PT. Wanna B Music Production, (dahulunya PT. KRU Indonesia)
- KRU Entertainment UK Limited, (daftaran KRU Distribution UK Limited)
- KRU Entertainment Sdn. Bhd., (berdaftar KRU Distribution Sdn. Bhd.)
- Prodigital Lab Sdn. Bhd., (dahulunya KRU Music Group Sdn Bhd)
- VSOCloud Southeast Asia Sdn. Bhd. (Usaha sama)
- KRU Arena Sdn. Bhd., (dahulunya Music Unlimited International Sdn. Bhd.)
Remove ads
Diskografi
Album studio
- Canggih (1992)
- reKRUed (1993)
- Awas! (1994)
- Beware: Awas! Da Soundtrack (1995)
- Ooh! La! La! (1996)
- The Way We Jam (1998)
- Formula Luar Biasa (1999)
- Tyco (2000)
- KRUjaan (2000)
- Empayar KRUjaan V 2.0 (2002)
- KRUnisme (2005)
- 10 Di Skala Richter (2006)
- KRUnomena (2013)
- Kaset (2025)
Album kompilasi
Single
Lagu-lagu ciptaan
Berikut ialah lagu-lagu ciptaan KRU yang dipersembahkan oleh artis lain.
- Cyndi Wang (Penyanyi Taiwan) - Hi Hi Bye Bye (Nyanyian asal Ezlynn)
- AZ Yet ft. Jaclyn Victor - Magical Moment (OST Ribbit)
- Yuki - 亂了 (Aku Siapa Kau Siapa, Penyanyi asal: Elite)
- Alex To - 妳有罪的心 (Andai Kau Pergi, Penyanyi asal: Indigo)
- Terri Kwan - 我不是公主 (Jikalau Aku, Penyanyi asal : Ezlynn)
- Potrait - Will You Still Love Me (Apa Saja, Penyanyi asal : KRU)
- Jaclyn Victor - Ikut Rentakku
- Amy Search - Orait
- AC Mizal - Di Sini
- Caliph Buskers - Hanya NamaMu
- Sharifah Aini - Takkan Melayu Hilang Di Dunia
- Anita Sarawak - Seksis; Ular
- Erra Fazira - Ingin Tahu
- Yusry - Dekat Padamu; Warna Kehidupan
- Yusry & Erra Fazira - Ucapkanlah; Jika Kau Tiada
- Ella - Permata Pemotong Permata; ISA /Aku
- Tiara Jacquelina - Asmaradana (OST Puteri Gunung Ledang)
- Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa)
- Zainal Abidin - Ceritera (OST Silat Lagenda)
- Amy Mastura - Satu Dalam Sejuta; Tekanan Jiwa
- Ning Baizura - Bawa Daku Pergi
- Rabbani - Pergi Tak Kembali; Satu Kiblat Yang Sama; Apa Yang Kau Tahu; Intifada
- Feminin - Kini; Untukmu; Di Mana; Selamat Tinggal Cinta
- Imam Muda - Pejuang Agama (Lagu Tema Imam Muda 2)
- Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
- Elite - GIG; Trauma; Tamparan Wanita; Manisnya Senyumanmu; etc (Artis KRU)
- Adam - Tak Tahu; Robot; etc ( Artis KRU )
- Forteen - Kita; Berdua Bersatu; etc (Artis KRU)
- Adira - Aku Ada Kamu
- Daus - Kenapa
- Mawi & Diana Danielle - Penyembuh Rindu (OST Magika)
- Mawi, Akhil Hayy; Imam Muda - HambaMu (Lagu Tema Imam Muda)
- Tomok - Arjuna
- Syura - Gantung
- Sofaz - Pencinta Terbaik
- Indah & Ewal - Cerita Cinta Kita (OST Pelamin Fantasia)
- Slam - Sinar Menunggu; Biarkannya
- Amuk - Kerek (OST Karak)
- Dr Kronik - Hidup-Hidup Dibakar; Buragas (Artis KRU)
- Indigo - Istimewa; Gadis Misteri;etc (Artis KRU)
- X-factor - Sehangat Api;7251364; etc (Artis KRU)
- Phyne Ballerz - Monte Carlo; Kawan Makan Kawan; etc (Artis KRU)
- Ezlynn -Hi Hi Bye Bye; etc (Artis KRU)
- Stacy - Pakai Buang; Jahat;
- Arip (Pemenang Kilauan Emas 4) - Aku Tak Bisa
- Artis Bersatu - Suluhkan Sinar (Solidariti Tsunami 2004)
- Pelbagai Artis - Gemuruh Suara (Team Malaysia)
- Mojo - Romancinta; Andaiku Bercinta lagi; Korbankan Kita; etc (Artis KRU)
- Haleeda - Nantikan Saja
- Nora Ariffin - Semudah 1,2,3
- Baby Shima - Tak Sabar
- Tilu - Ku Bukan Aku (Artis KRU)
- Senario - Kereta Piang
Remove ads
Konsert
- 1993
- ReKRUed Rap Tour[14]
- 1995
- Awas Da' Concert
- 1997
- KRU Mega Tour (Ditaja oleh Peter Stuyvesant)
- 1999
- Jammin the Nation
- 2002
- Konsert Empayar Krujaan (26 Oktober 2002) - Dataran Merdeka
- 2012
- Konsert Ulang Tahun Ke-20 - Orange Club, Kuala Lumpur
- 2018
- Konsert Gergasi 25 KRU - Istana Budaya Kuala Lumpur
- 2025
- genKRU - Axiata Arena, Bukit Jalil, 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025
Anugerah
Anugerah Industri Muzik
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995 – Jurutera Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas); Album Pop Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 – Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Artis/Album: KRU/Awas da’ Soundtrack)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 – Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry/Izan/Jon Gass/Martin Horenburg/Steve Hall/Ooh! La! La!); Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Ooh! La! La!)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Saw Teong Hin/Fanatik)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: KRU/The Way We Jam); Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry Abdul Halim/The Way We Jam); Anugerah Kembara
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002 – Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/KRU/Intifada)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Virginia Kennedy/Impak Maksima); Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/Edry, Archie & Ustaz Sohibul/Qiblat)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 2011 - Lagu Terbaik (Lagu/Pencipta/Penyanyi: Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Anuar Zain)[15]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
- Anugerah Bintang Popular 1994 - Penghibur TV Paling Popular (Lelaki)
- Anugerah Bintang Popular 1995/96 - Penyanyi Berkumpulan Popular
- Anugerah Bintang Popular 1998/99 - Penyanyi Berkumpulan Popular
- Anugerah Bintang Popular 2004 - Penyanyi Lelaki Popular (Yusry)
- Anugerah Bintang Popular 2025 - Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Anugerah Era
- 2005: Muzik Video Pilihan (Terhangat Di Pasaran)
- 2005: Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan (KRU&Adam)
Anugerah Juara Lagu
- AJL18: Pemenang kategori Pop Rock menerusi lagu Hi Hi Bye Bye oleh Ezlynn
Anugerah Planet Muzik
- Anugerah Planet Muzik 2001 - Duo/Kumpulan Terbaik
- Anugerah Planet Muzik 2008 - Anugerah Cipta Planet Muzik
Festival Filem Malaysia
- Festival Filem Malaysia 20 (2007) - Anugerah Khas Juri - Usaha Gigih Aplikasi Imej Janaan Komputer (Cicakman)
- Festival Filem Malaysia 21 (2008) - Anugerah Khas Juri - Filem Pecah Panggung (Duyung)
- Festival Filem Malaysia 22 (2009) - Penataan Bunyi Terbaik (Cicakman 2), Pereka Kostum/Busana Terbaik (Cicakman 2)
- Festival Filem Malaysia 23 (2010) - Filem Terbaik (Magika), Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abdul Halim/Magika), Pereka Kostum/Busana Terbaik (Magika), Penataan Seni Terbaik (Magika), Lagu Tema Asal Terbaik (Penyembuh Rindu/Magika), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Magika), Pengarah Harapan (Edry Abdul Halim/Magika), Filem Komedi Terbaik (My Spy)
- Festival Filem Malaysia 24 (2011) - Filem Terbaik (Hikayat Merong Mahawangsa), Sinematografi Terbaik (Hikayat Merong Mahawangsa), Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abdul Halim), Pereka Kostum/Busana Terbaik (Hikayat Merong Mahawangsa), Penataan Seni Terbaik (Hikayat Merong Mahawangsa), Lagu Tema Terbaik (Edry Abdul Halim/Sedetik Lebih), Kesan Visual Terbaik (Yusry Abdul Halim), Poster Terbaik (Hikayat Merong Mahawangsa)
- Festival Filem Malaysia 25 (2012) - Pereka Kostum/Busana Terbaik (29 Februari), Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (29 Februari), Pelakon Wanita Terbaik (29 Februari)
- Festival Filem Malaysia 27 (2014) - Filem Animasi Terbaik (Ribbit)
Anugerah Shout!
- Anugerah Shout! 2012 - The Ultimate Shout Award
- Anugerah Shout! 2013 - Music Video Award (Semalam Tanpamu - bersama Stacy)
Malaysia Book of Records
- 1997
- Artis pertama berduet dengan yang telah meninggal dunia (P. Ramlee - Getaran Jiwa)
- Muzik video pertama dicalonkan di Anugerah Muzik Video MTV (Fanatik)
- 2001
- Artis Alam Maya Pertama Di Malaysia (Tyco)
2025
- Penjualan Tiket Konsert Terpantas dalam Tempoh Satu Jam
- Persembahan Terbanyak dalam Satu Siri Konsert[16]
Anugerah lain
- Anugerah Pencapaian EMI
- Memperoleh Platinum 10x untuk jualan album mencecah 1 juta.
- Anugerah Video M 1997
- Muzik Video Terbaik, Persembahan Terbaik oleh Artis, Suntingan Terbaik, Fotografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Arahan Terbaik
- ntv7’s Most Popular Video Clip
- Klip Video Terbaik (Jangan Lafazkan)
- Malaysian Video Awards 2002
- Impak Maksima memenangi PERAK dalam kategori Muzik Video Terbaik
Anugerah Blockbuster
- 2013: Filme Terhebat (Hantu Kapcai), Filem Aksi Terhebat (Hantu Kapcai), Filem Kelakar Terhebat (Hantu Kapcai), Hero Terhebat (Hantu Kapcai)
Carta Era
- 2000: Carta Akhir Tahun Era (Jangan Lafazkan - No. 2; Seperti yang Ku Jangka - No. 7)
- 2002: Carta Akhir Tahun Era (Perpisahan Terasing - No. 7), 100 Terhangat di Era (Perpisahan Terasing - No. 1)
- 2003: 100 Terhangat di Era (Dekat Padamu - No. 1)
Carta Radio Muzik
- 1996: Paling Popular (Ooh La La)
- Anugerah Tokoh Profima
- Norman Abdul Halim
- The BrandLaureate Grand Master Brand Icon Leadership Award
- Norman Abdul Halim
- MACP
- Lagu Inggeris Popular (The Way We Jam)
- Lagu Melayu: Kategory Persembahan Terbanyak 2010 (Buronan Cinta/The Lima/Edry Abdul Halim)
- Anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak (2014[17], 2015[18], 2016[19])- Edry Abdul Halim
- Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak 2021 - Edry Abdul Halim/I Am Me
- IOC Trophy Sport Innovation
- Kuasa Juara
- Niagara Integrated Film Festival
- 2014: Best Family Film - Ribbit
Anugerah Media Hiburan / Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
- 1998: Artis Berkumpulan Sensasi (KRU)
- 1999: Sampul Majalan Media Hiburan Pilihan (Yusry & Wardina)
- 2001: Artis Kacak Sensasi (Yusry)
- 2002: Anugerah Khas Personaliti Hiburan Lelaki (KRU), Personaliti Artis Kacak (Yusry), Pasangan Hero & Heroin (Yusry & Erra Fazira)
- 2003: Hero & Heroin Sensasi (Yusry & Erra Fazira)
- 2010/2011: Artis Duda Hot Pilihan (Yusry)
Remove ads
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
