Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan cara yang pelbagai. Media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik. Media cetak pula menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, atau komik [1] untuk menyebarkan maklumat mereka. Media luaran merupakan satu bentuk media massa yang terdiri dari papan iklan, tanda atau kenyataan yang diletakkan di luar dan di dalam bangunan perdagangan, stadium sukan, kedai dan bas. Media luaran lain termasuk papan tanda terbang (ditunda oleh kapal terbang), kapal udara, dan penulisan di langit.[2] Ucapan umum dan perhimpunan diatur juga boleh dianggap sebagai media massa.[3] Media digital merangkumi kedua-dua komunikasi massa Internet dan web mudah alih. Pembekal media Internet memberikan banyak perkhidmatan media massa, seperti email, tapak web, blog, dan radio dan televisyen berasaskan internet. Banyak saluran media massa lain memiliki kehadiran di web, seperti memiliki iklan TV yang memiliki pautan pada tapak web, atau menyebarkan Kod QR pada cetakan atau media luaran bagi memandu pengguna mobil ke laman web. Melalui cara ini, mereka boleh menggunakan capaian mudah yang dimiliki Internet, dan penyebaran yang dibolehkan melalui Internet, kerana maklumat boleh disiarkan dengan mudah pada banyak wilayah di dunia secara serentak dan efisen kos.
Organisasi yang mengawal teknologi ini, seperti stesyen telivisyen atau syarikat pencetak, turut dikenali sebagai media massa.[4][5][memerlukan petikan untuk diperiksa]
Media massa dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920-an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan secara besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks.
Pada akhir kurun ke-20, media massa boleh dibahagikan pada lapan industri media massa: buku, majalah, rakaman, radio, wayang, televisen, dan Internet. Dengan ledakan teknologi perhubungan digital pada akhir kurun ke-21 dan awal kurun ke-21, persoalan mengenai media apa yang patut dikelaskan sebagai "media massa" menjadi semakin menonjol. Sebagai contoh, menjadi pertikaian samaada bagi memasukkan telefon bimbit, permainan video dan permainan komputer (seperti MMORPGs) dalam takrifan. Pada 2000-an, pengelasan yang dikenali sebagai "tujuh media massa" menjadi popular. Dalam turutan diperkenalkan, ia adalah:
Setiap media massa memiliki jenis kandungannya sendiri, artis kreatif dan tekniknya sendiri, dan model businesnya sendiri. Sebagai contoh, Internet merangkumi tapak web, blog, podcasts, dan pelbagai teknologi lain yang dibina di atas jaringan agihan umum. Media ke enam dan tujuh, internet dan mudah alih, sering kali secara berkelompok dikenali sebagai media digital; dan yang keempat dan kelima, radio dan TV, sebagai media siaran. Sesetengah mendakwa bahawa permainan video telah membangun menjadi bentuk meida massa yang berbeza.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.