Hans Isaac

Pelakon, penerbit, juruacara, penulis dan pengarah Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hans Isaac

Dato' Gerald Hans Isaac (lahir 20 Ogos 1971) ialah seorang pelakon, penerbit, juruacara, penulis serta pengarah filem Malaysia. Beliau juga pernah melibatkan diri sebagai seorang model.[1]

Fakta Segera Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Didahului oleh ...
Hans Isaac
Thumb
Dato' Hans ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 3 Mei 2016.
Pengerusi
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Menyandang jawatan
26 Mac 2025
Didahului olehDatuk Kamil Othman
Dalam jawatan
8 April 2019  22 Mei 2020
Didahului olehDatuk Samsuni Mohd Nor
Digantikan olehZakaria Abdul Hamid
Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)
Dalam jawatan
7 Jun 2023  20 Mac 2025
Raja Sultan Ibrahim
Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
MenteriPuan Hannah Yeoh
Digantikan olehDatin Anita Azrina Abdul Aziz
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, PKR
Menyandang jawatan
2022
PresidenDato Seri Anwar Ibrahim
Maklumat peribadi
Lahir
Gerald Hans Isaac

(1971-08-20) 20 Ogos 1971 (umur 53)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politik PKR (sejak 2020)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (2020-kini)
Tinggi185 cm (6 ka 1 in)
Ibu bapa
  • Edward Anthony Gerald Isaac (bapa)
  • Carmina Anciano Isaac (ibu)
Tempat belajarInstitusi St. John, Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanAhli politik, pelakon, penerbit, juruacara, penulis, pengarah, pengacara
Tutup

Kehidupan awal

Hans dilahirkan pada 20 Ogos 1971 di Hospital Besar Sultanah Aminah di Johor Bahru kepada ibu bapanya Carmina Isaac[2] dan Edward Anthony Gerald Isaac.[3] Keluarga Carmina yang berketurunan peranakan Filipina-Sepanyol, mengendalikan Orkestra Simfoni Singapura manakala bapanya yang berketurunan peranakan India-Serani-Jerman, Gerald Edward Isaac, merupakan ketua pangkalan tentera laut KD Malaya di terletak di seberang Tambak Johor–Singapura.

Keluarga Isaac menetap di Johor selama lapan tahun sebelum berpindah ke pangkalan KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur ketika Hans berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun apabila bapanya dilantik sebagai pembantu khas kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara sehingga persaraannya.[3] Di bandar itu jugalah beliau menerima pendidikan awalnya di Institusi St. John[3][2]

Hans juga merupakan pengarah urusan dan pengarah kreatif syarikat miliknya, Tall Order Productions Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat produksi filem dan program televisyen.[4][5]

Kerjaya

Hans memulakan kerjaya lakonannya pada 1995, ketika berusia 22 tahun menerusi filem Ringgit Kasorrga yang ditayangkan dua tahun kemudian. Pada 1997, beliau berlakon di samping Ratu Rock negara, Ella dalam filem Hanya Kawan arahan Harith Iskander.

Pada Mac 2004, Hans memegang watak sebagai Roy, seorang pereka perisian komputer dan kaki buli dalam filem sulung arahan Afdlin Shauki, Buli yang menampilkan barisan ahli pelakon terdiri daripada Afdlin, AC Mizal, Nasha Aziz, Ako Mustapha, dan ramai lagi. Beliau menjayakan kembali peranannya dalam sekuel filem ini, Buli Balik (2006).

Hans sekali lagi meneruskan kerjasama dengan Afdlin menerusi filem Baik Punya Cilok (2005) yang turut dibintangi oleh AC Mizal, Awie, Harun Salim Bachik, Ida Nerina dan Harith Iskander. Beliau memulakan kerjaya pengarahan pada 2008 menerusi filem Cuci terbitan syarikat miliknya, Tall Order Productions dan ditaja oleh Tune Group. Juga, pada tahun yang sama, beliau membintangi bersama Natasha Hudson, Christian Sugiono dan Titi Kamal dalam filem gabungan kerjasama Malaysia dan Indonesia, Tipu Kanan Tipu Kiri.

Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Mir dalam filem romantik Filipina, Miss You Like Crazy arahan Cathy Garcia-Molina, lakonan John Lloyd Cruz dan Bea Alonzo. Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hans meneruskan rentetan kerjasama bersama Afdlin Shauki dalam filem aksi fantasi Misteri Jalan Lama di mana dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Indra, seorang kaki judi. Hans memegang watak sebagai Jimmy, seorang ketua sindiket pengedarah dadah antarabangsa dalam filem Langgar arahan Syed Hussein. Pada 8 Ogos 2013, Hans mengarah dan menulis skrip filem kedua arahannya Lemak Kampung Santan, beliau sendiri turut berlakon, memegang watak sebagai Ridzuan.[6]

Pada 16 April 2018, Hans bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Neelofa, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[7][8][9]

Pada 8 April 2019, Hans dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau menggantikan Samsuni Mohd Nor yang telah tamat kontrak pada Mac.[10]

Beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi FINAS pada 22 Mei 2020 selepas setahun menerajui badan filem itu.[11][12] Hans sebelum ini dilaporkan berkata hanya Menteri boleh pecat beliau sebagai Pengerusi Finas.[13]

Pada Disember 2021, Hans mengumumkan di laman Instagramnya bahawa beliau telah bersara daripada kerjaya lakonan selepas lebih dua dekad.[14][15]

Kehidupan peribadi

Pada Februari 2017, beliau mengumumkan perkahwinannya dengan Aileen Gabriella Robinson, yang memenangi gelaran Miss Tourism International 2011.[16] Pada 30 Oktober 2017, beliau mengumumkan tidak dapat melangsungkan perkahwinan.[17]

Beliau juga ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2020.[18] Beliau memenangi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR pada pemilihan parti 2022.

Hobi dan minat

Di luar kerjaya lakonan, Hans mempunyai pelbagai minat, seperti menyelam, skuasy dan bola sepak. Beliau tergolong dalam Kelab Bolasepak Desa Hartamas. Beliau pernah bermain bola sepak untuk sekolahnya, Institusi St. John, Kuala Lumpur, ketika berusia 17 tahun dan hingga ke hari ini beliau masih[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] sebagai penjaga gol.

Hidangan kegemaran beliau ialah masakan ibu beliau seperti keluak (kari Serani), ketam dan popiah. Hans juga aneh mengemas sendiri mengaku yang memastikan bahawa segala-galanya adalah jangka sekitar rumah.[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]]

Filemografi

Filem

Thumb
Melakonkan watak sebagai Indra dalam filem Misteri Jalan Lama.
Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Ringgit Kasorrga Khal Filem pertama
Child's Play Filem pendek
Amok Rem
1996 Scoop Norman
1997 Gemilang Yusry
Hanya Kawan Hans
2003 Laila Isabella Johan
City Sharks Chief
2004 Buli Roy
Cinta Luar Biasa Adam
2005 Baik Punya Cilok Jerry
2006 Buli Balik Roy Juga sebagai penerbit
Persona Non Grata Ben Juga penerbit bersama
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Qabil Khushry
2008 Cuci Khai Juga sebagai pengarah, penerbit, penulis serta sinematografer[19][20]
Tipu Kanan Tipu Kiri Remo Rizal[21]
Los dan Faun Los
2009 Duhai Si Pari-pari Tuan Rumah Penampilan khas
2010 Miss You Like Crazy Mir[22] Filem Filipina
2011 Misteri Jalan Lama Indra[23]
2013 Awan Dania The Movie Pengacara Majlis[24]
Langgar Jimi [25][26]
Lemak Kampung Santan Ridzuan Juga sebagai pengarah, penerbit, penulis serta penyunting[27]
Papadom 2 Qib
2015 Nota Kamal[28]
2017 J Revolusi Penyimpan Kira[29] Filem terakhir
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Maya Mira TV3 Drama pertama
2003 Sephia Haykal
Cinta.Com Mediacorp Suria
Kutub Utara Kutub Selatan Azman TV2
2005 Simbiosis TV3
2008 Ali Din
Awan Dania (Musim 1) Astro Ria
2009–2010 Cuci Cuci Services Khai TV2 Sebagai penerbit
2011 7 Gerhana Astro Prima
2013 Dahlia Razman Astro Mustika HD
2014 Oh My English! (Musim 3) Astro TVIQ Episod: "Anda Jeli, Henry?", drama terakhir
Tutup

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Amer Amera Amer TV3
1996 Putih Gaun Pengantin
YB & Thuraya TV1
1997 Anak Abah
1998 Kugiran Bad TV3
1999 Minah Minachi
2008 Mama.Net Arshad
2013 Cahaya Insaniah TV1
Tutup

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Catatan
2011 Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Arahan bersama Harith Iskander
2012 Lawak Ke Der? Penerbit
2013 Lawak Ke Der? 2 Persembahan lawak berdiri diadakan di Istana Budaya[30]
Supermokh Sebuah Muzikal Arahan bersama Harith Iskander
2014 Lawak Ke Der 3 Penerbit
2015 Baik Punya Cilok Watak sebagai Jerry
Lawak Ke Der 4 Penerbit
2016 Lawak Ke Der 5
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1999 Golf Fever Pengacara TV2
2017 Konsert Komedi 2017 Dirinya sendiri - Minggu 5 (Baik Punya Cilok) Astro Warna
Lawak Ke Der! Coverline Pengacara
Tutup

Kerjaya politik

Pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2022 beliau bertanding jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan ketua cabang Ampang. Beliau bagaimanapun tewas kepada Altimet dalam pemilihan ketua cabang Ampang tetapi menang dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat PKR. Beliau antara 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang disokong oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Penghargaan

Penghargaan

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 Artis Bukan Melayu Popular Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.